Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Diari Mesir

Selamat kembali ke malaysia

    “9 jam bersama Egypt Air” Assalamualaikum.. Makluman kepada sahabat-sahabat semua, ana sudah sampai ke Malaysia jam 4 petang waktu Malaysia 9 Nov 09. Berlepas ke Kota Bharu jam 6.25 petang dan sampai di airport Pengkalan Chepa selepas 55 minit penerbangan dari KLIA. Jazakumullahu khairan jazak diucapkan kepada semua warga Mansurah yang sudi datang ke rumah dan kepada sahabat-sahabat yang menghantar kami ke mathor (airport). Jazakumullahu khairan jazak juga diucapkan kepada hamba Allah yang meng"sponsor” 2 biji tremco ke mathor. Jazakumullahu khairan jazak kepada akhi kamil yang mengadiahkan baju yang paling disukai beliau kepada ana. Walaupun pertemuan kami hanya seketika kerana Ust Kamil baru tahun ini sampai ke bumi Mansurah tetapi saat yang sedikit itu amat ana hargai. Semoga Akhi Kamil terus tabah berada di sana dan tertunai segala cita-cita dan impian akhi untuk mendamba mutiara ilmu di sana.   “Akhi Kamil menjemput makan dirumah beliau,...

Salam lebaran..

Assalamualaikum.. Di kesempatan ini walaupun agak terlewat, saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidulfitri maaf zahir dan batin kepada semua sahabat yang mengenali diri ini di alam maya atau di alam nyata. Kullu sanaah wentum toyyibun. Saya akan kembali ke Malaysia dalam bulan 11, biiznillah. Doa-doakan ya agar dipermudahkan segala urusan saya di sini. Justeru itu, saya agak sibuk dengan urusan-urusan di sini dan mohon maaf jika blog saya tertangguh daripada posting terbaru.

Permata Mansurah..

Sebulan yang lepas, bumi Mansurah diserikan dengan kelahiran beberapa orang cahayamata sulung bagi pasangan Pakdam dan Makdam yang berkahwin di sini. Pakdam dan Makdam adalah panggilan oleh pelajar Malaysia kepada golongan yang telah berkahwin di sini.. Di kesempatan ini, saya bersama beberapa orang sahabat menziarahi mereka. Tak dapat dukung anak sendiri,,ambik berkat anak orang pun takpe dah..hehehe..sampai masa kita dukung anak sendiri pulak..ke guane Ammu Pamies ? Mohd Faahim Zaidan merupakan anak kepada sahabat saya, saudara Azizi yang melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya, saudari Mas pada tahun lepas. Kedua-duanya merupakan sahabat saya semasa belajar di Kusza. Saudara Azizi yang mengambil keputusan nekad untuk berkahwin di sini walaupun pada awal pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi mereka dan akhirnya cinta mereka disatukan dengan sebuah ikatan suci. Sememangnya melangsungkan perkahwinan di dalam tempoh belajar merupakan tindakan yang berani. Keberaniannya me...

Nasi Ayam Hadhramaut

Kali ini saya nak kongsi dengan kawan-kawan satu masakan yang popular di Mesir dan harganya boleh tahan la.. Hehehe..Semalam Ust Amidi mengajak kami ahli beit (housemate) untuk lunch di Restoran hadhramaut di Gama'ah..Nasik ayam dengan beras basmati..Masakan ini berasal dari negara Yaman dan Hadhramaut merupakan nama tempat di sana. Masakan nilah yang saya mula-mula kenal semasa sampai di Mesir...Kat Kaherah pun ada restoran dia..Banyak cawangan.Ni kat Gamaah Mansurah.Kalau kawan-kawan datang ke Mesir jangan lupa singgah di restoran Hadhramaut..Memang tak menyesal.. Saya bukan nak kongsi resepi macamana nak masak tapi saya nak kongsi foto-foto yang saya sempat snap sebagai kenang-kenangan..Jom layanzz,, "Bila nak sampai nasi dan ayam ni.." "Sampai juga akhirnya..Inilah rupa nasik dengan ayam dia" Menyelerakan tak??? "Time untuk menjamu selera"Jom makan! "Sebelum balik,,posing dulu...

Selamat Hari Lahir ke-24

Tanggal 27 jan setiap tahun merupakan tarikh keramat buat diri ini. Mengingati tarikh kelahiran kita seumpama kita mengingat tarikh kematian yang akan menjemput kita bila-bila masa. Kenapa saya umpamakan sedemikian kerana dengan menyambutnya kita akan menyedari bahawa umur kita semakin bertambah. Semakin tua la maksudnya. Waa,, udah tua ka aku ini?? Amal gimana? Kini umurku sudah 24 tahun. Begitu pantas masa berlalu. Ke manakah kesudahan penghujung kita? Kata kawan-kawan ; Muda lagi tu.. Time ni la nak enjoy.. Muda ni sekali je beb.. Betul sahabat-sahabatku, muda hanya sekali dan tua pun hanya sekali, mati juga sekali dan hidup juga sekali. Mengapa usia muda sahaja yang difikirkan sekali? Jika kita sedari hidup ini pun hanya sekali apakah kita terasa untuk enjoy? Sepatutnya di saat tenaga masih kuat, tubuh masih sihat dan akal masih cerdas kita cuba meningkatkan ketaatan kepada Allah SWT. Ya Allah! Kurniakan kekuatan kepada kami, anak-anak muda untuk menjadi mujahid di ja...

Imtihan Li Termit Awwal

Di kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menghadapi imtihan kepada semua sahabat-sahabat Al-Azhariyyun dan juga Al-Azhariyyaat yang mengenali diri ini atau yang pernah singgah ke teratak ini, atau yang pernah terserempak dengan saya di tepi-tepi jalan di Kaherah mahupun Mansurah dan kepada siapa jua yang sedang atau akan menghadapi imtihan. Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Sesungguhnya kita tidak sesekali mampu untuk lari daripada ujian. Nak ambil lesen kereta pun kena test dulu hatta nak kahwin pun sekarang kena test HIV dan sebagainya. Ini ujian-ujian yang bersifat duniawi yang tidak hakiki namun ujian yang sebenar ialah saat kita kembali kepada pengadilan Rabbul Izzati. Apakah kita akan mendapat Mumtaz atau jayyid jiddan atau jayyid atau maqbul sahaja. Bagaimana jika natijahnya adalah rosib (gagal)?? Nauzubillahi min zaalik. Di sana tidak ada lapi i3adah (repeat paper) untuk kembali menghadapi imtihan kali kedua. Kegagalan di sana akan menentukan kegagalan selama-lamanya. Ya Alla...

Mee Special

Hari ini saya sesaje nak kongsi apa yang saya masak untuk hari ni. Mesir yang jauh daripada ibu yang selalu menyediakan hidangan untuk kita mengajar saya nilai sebuah kasih sayang seorang ibu melalui masakan. Rindunya nak makan masakan mama. Huhuhu.. Saya hanya masak mee goreng special. Special sebab saya masak sendiri. Rasa dia tak special mana pun. Di sini tak ada mee macam kat Malaysia tu so kami guna spageti untuk dibuat mee. Rasa dia sama saja. Hari-hari makan nasik muat jugak. Lunch tadi dah makan nasik daging masak kicap, dinner layan mee lak. Biasanya seminggu sekali atau 2 kali seminggu kami akan masak mee. Alhamdulillah saya dianugerahkan ahli beit (housemate) yang saya anggap macam abang saya sendiri kedua-duanya pandai masak. Rajin pulak tu. Thanks bro kie and wan. Selalu masak untuk saya. Saya je tak berapa pandai. huhuhu.. hentam sajalah. Janji tak tertukar mee dengan maggi. Jom layan gambar yang saya sempat snap dengan N95 saya. "Ni la 3 beradik ...

Salam Eidul Adha

Di kesempatan pagi aidiladha yang syahdu ini bersama alunan takbir memuji kebesaran Tuhan, saya ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini terutama keluarga tercinta di Malaysia. Mama, abah, abang-abang, kakak ipar dan adik-adik yang dirindui serta insan-insan yang menyayangi diri ini. Hasrat untuk beraya di rumah pada tahun ini tidak tercapai kerana tidak ada tiket selepas hari raya. InsyAllah, tahun ini tahun terakhir saya di sini. Raya ini merupakan raya pertama saya di Mansurah. Sebelum ini saya akan ke Kaherah beraya bersama PMRAM dan BKAN Kelantan tapi pada tahun ini saya ingin merasai suasana beraya di sini bersama DPM Mansoura dan sahabat-sahabat perjuangan di sini. Akhir kalam,, semoga hari raya korban mengajar kita erti sebuah pengorbanan demi mendamba cinta Tuhan.

Cakap tak serupa bikin

"Inilah rupa kitab yang dicari..Kitab At-Toriq ilallah karangan Dr Ali Juma'ah" "Ust Din macamana dengan kitab tu,, ada tak??". Tanya saya kepada Ust Din. Ust Din merupakan timbalan yang dipertua dewan perwakilan mansurah. Kitab yang saya minta beliau tolong belikan untuk pengajian di Markaz pelajar Malaysia di Mansurah sebelum saya kembali ke Malaysia iaitu kitab At-Toriq ilallah karangan Dr Ali Jumaah, Mufti Mesir sekarang . Pada awal perbincangan kami, Ust Din meminta saya untuk mensyarahkan kitab matan al-Ajrumiyyah tetapi saya mencadangkan kitab ini kerana mutiara-mutiaranya cukup bernilai untuk kita berjalan menuju Allah. Al-Ajrumiyyah sebuah kitab matan nahu yang sangat agung kerana kebanyakan pondok-pondok, universiti-universiti di Malaysia, Indonesia dan di tanah arab sendiri menggunakan kitab ini. Dengan kata lain, tidak ada seorang pun daripada ulama’-ulama’ kita yang dapat menguasai qawaid asasiyyah dalam nahu melainkan bermula d...

Al-Azhar yang sentiasa menduga imanku..

Masjid Al-Azhar yang menjadi mercu tanda keagungan Universiti Al-Azhar. Min, mu tahu tak muqarar (sukatan) baru azhar tambah 5 madah (subjek) lagi?? Tanya Amad pada saya di dalam telefon. Ya ke? biar betul ko mad?? Tahun 4 i'adah kena juga ke?? " Ya. Budak usul tahun 4 tambah 3 madah lagi". Jawab amad. Teruk la macamni maknanya tambah 6 yang aku i'adah (repeat) 11 madah la semuanya. Macam mustagid (pelajar baru) pulak la aku. Saya mengeluh. Kemudian telefon terputus kerana Amad kehabisan kredit. Amad merupakan sahabat saya semasa di Kusza lagi kemudian kami bersama-sama terbang ke Mesir. Saya pun bergegas online ym saya kalau-kalau ada kawan saya yang berada di Mesir untuk mendapatkan kepastian. Kelihatan Matnoq (orang kedah) sekelas dengan saya sedang online dan saya terus bertanya dengan dia. Salam, noq, betul ke kena tambah 3 madah lagi kita? Confirm ke?? Tanya saya. Wslm,, Ya confirm.. bukan 3 tapi 5. Balas Matnoq. Ya Allah bagai nak gugur jantung saya. 5...

Abg Longku Sudah Bertunang..

Ni gambar abg sulung aku dgn tunang dia. Dalam bulan 10 pada hari raya kelima nanti InsyAllah akan berlangsung majlis akad nikah diaorang. Jemputlah datang ye.hehehe.. Aku boleh doakan jela kat sini. Yela duk jauhkan. Nak wat mcmn. Bila pulak saat2 indah ini akan ku alami.. hehehe.. Semoga berbahagia ke anak cucu.. Barakallahu Fikum.. Pertunangan atau al-khitbah dlm bahasa arab ialah suatu muqaddimah kpd perkahwinan. Di dalam Islam pertunangan itu mempunyai adab dan syarat2 yg telah diajar oleh Rasulullah SAW. pertunangan di antara lelaki dan perempuan dilaksanakan bila ada rughbah (kecintaan) utk berkahwin. ولا جناح عليكم فيما عرضتم به من خطبة النساء أو أكننتم في أنفسكم – البقرة 235 “Dan tidak berdosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu” – al-Baqarah 235 Ayat di atas merupakan dalil kpd keharusan bertunang. Meminang dgn sindiran ini bg perempuan yg dlm 'iddah kerana mati suam...

Fly to Malaysia

Rasa macam bermimpi.. pejam celik-pejam celik, lusa saya akan balik ke Malaysia.. Fly to Malaysia.. Rindunya nak makan nasik belauk, keropok lekor, nasik lemak, makan nasik dengan sayur air, tom yam, singgam daging cicah budu ..hehehe.. mmm.. makan bersama family. masakan my mum.. fuhh,, mahunya 3 pinggan tambah.. semuanya akan jadi kenyataan lusa.. hehehe.. Doakan kepulangan saya..

Demam..

Hari ini dalam sejarah hidup saya kerana terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan demam+batuk+selesema. Bermacam-macam ubat yang telah saya beli dan makan untuk melegakan sementara menghadapi imtihan fasal ni. Namun selepas seminggu berlalu demam semakin parah. Kepala semakin pening. Namun apakan daya perjuangan tetap diteruskan. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan sehingga saya dapat menghabiskan imtihan ini dgn baik.. Allahummasyfina min kulli daa’ fiddunya wal aakhirah.. Madah pertama telah berlalu. Madah al-Quran. Madah yg menakutkan. Soalan tahun ni adalah antara soalan yg terpayah. Kata kawan senior saya. Ya Allah, kurniakan kejayaan kepadaku. Ameen Ya Rabb.. Madah seterusnya tauhid. Hari Rabu ni. Persediaan? hehehe.. kepala otak hanya duk fikir rumah jer. Tak sabar-sabar rasanya nak terbang ke Malaysia. Abah dan ma cakap, saya demam sebab nak balik Malaysia. Ada ke sebab tu. Sebenarnya sebab perubahan musim dari musim sejuk ke musim panas. Orang baru macam saya yang ...

Syafawi Berlalu Tahriri Menanti

Pagi tadi ana sudah selesai imtihan syafawi al-Quran (Oral). Alhamdulillah. Macamana? Boleh jawab ke? hehehe.. Biarlah rahsia. Doakan semoga najah.. Kami waafidin (bukan arab) diwajibkan menghafal 8 juzuk untuk tempoh 4 tahun. Dengan kata lain 2 juzuk setahun.. Untuk arab kulluh 30 juzuk. Bagi ana yg datang secara mu'adalah KUSZA - AL-AZHAR, ini menjadi suatu taklifan yang amat berat.. Kerana di KUSZA kami hanya diwajibkan menhafal 100 ayat sahaja dr awal surah al-Baqarah.. Doktor akan soal menggunakan style “tebuk ayat” (secara rawak) maka tak dapat tidak ana kena menghafaz semua sbb tak tahu ayat mana akan diminta sambung. Tapi mampukah ana dalam masa setahun ni?? Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. tapi ana nak berdalih gak.. hehehe.. sempat tu memang la sempat tapi Quran ni bukan jenis yang hafal akan ingat sampai bila-bila.. kita kena selalu ulang. Yang selalu ulang pun masih terlupa yg jarang-jarang lagi la kan.. Tapi kalau diminta baca ayat kursi atau ...

Aku akan pulang

"bayar duit tiket kat Ust Yus, 5000 genih tu (kena mntk royalti ni.. tlg promosi..hehe..)" Setelah berfikir sampai kepala pun naik pening nak balik ke tidak, akhirnya ana buat keputusan untuk balik jgk ke Malaysia.. walaupun ada sebahagian sahabat-sahabat yang menasihati ana supaya tunggu sehingga natijah keluar dan ada yg nasihat supaya pegi ke Yaman dulu, talaqqi kat sana untuk daurah nanti, alang-alang dah dtg Mesir ni. Kata mereka. Bukanlah maknanya bila ana balik Malaysia pandangan sahabat-sahabat, ana tak terima. Namun hati ana tidak dapat menolak harapan Ma, Abah dan adik-adik ana yg selalu mengukapkan kata-kata rindu setiap kali ana menelefon mereka. Lebih-lebih lagi adik bongsu ana yang baru bersekolah darjah satu, soalan yg biasa dia tanya bila bercakap dengan dia. "Abang Amin bila nak balik?Baby rindula kat abang Amin, Lama dah Baby tak tengok Abang Amin, balik la Abang Amin, Baby rindu sangat kat Abang Amin" Hati Abg mana yg tak tersentuh dgn pujukan adi...

Selamat Hari Ibu

(Gamba bukan sekadar hiasan.. Foto original mama saya yg di"adobe" oleh adik saya) Ya Allah, Kasihilah ibuku sebagaimana dia mengasihiku dr kecil sehinggala aku mengenal erti kehidupan. Sesungguhnya aku amat menyayanginya.. Jadikan aku kurrata a'yun di mata hatinya.. Semoga dgn keredhaannya aku mendapat redhaMu Ya Allah.. Tidak dapat kubalasi jasa dan pengorbanannya terhadapku, hanya doa kumampu panjatkan utk mamaku tercinta. Mama nantikan kepulangan Amin..

Balik atau tidak??

"Gambar sekadar hiasan..bukan gambar saya semasa kecil" Hari berganti hari, bulan silih berganti. sedar tak sedar dan buat-baut tak sedar hanya tinggal sebulan sahaja lagi utk saya menghadapi imtihan fasal kedua. Kalau najah maknanya saya tak akan merasai lagi keperitan peperiksaan di Universiti tertua di dunia ini. Kalau sambung master?? itu tak tahu lagi. Nak buat kat sini ke atau kat Malaysia. Rasa macam nak buat kat sini. Tp entahla.. Keluarga minta buat kat Malaysia je. Persediaan entah ke mana. masa bagaikan terlalu pantas berlari. Kepala otak asyik duk fikir nak balik je. Abah pun asyik tanya nak balik ke tidak? Mestila nak. huhuhu.. rindu bangat rasanya walaupun baru 7 bulan saya di bumi Mesir ini. Kalau balik rasa macam rugi lak sbb time cuti tu la saya boleh bertalaqqi kat masjid azhar. kalau tak balik rasa macam nak balik sebab tu permintaan daripada ma, abah dan adik-adik, Tapi kalau balik pun saya akan datang lagi (ayat nak sedapkan ati(",)) Hajat di hati na...

Majlis Pengijazahan Sanad Hadis Musalsal

(Bersama Syed dan Mahlam) (Syeikhuna Muhammad Fuad Hafizohullah sdg menandatangani ijazah sanad hadis musalsal) (Kenangan bersama Syeikhuna Muhamad Fuad al-Maliki Hafizohullah) Malam 27.1.2008 adalah malam yg sgt berharga buat diri ana kerana dapat menerima ijazah sanad hadis musalsal drpd Syeikhuna Muhamad Fuad al-Maliki Hafizohullah dan sanad umum kitab2 tulisan beliau yg diadakan di Dewan Malaysia 'Abbasiyyah Kaherah atau ARMA..Syeikhuna Muhamad Fuad al-Maliki merupakan anak murid kepada Syeikh Prof. Dr. Muhaddith Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Hasani Rahimahullahu Ta'ala Waqaddasallahu Wanawwara Dhorihahu, seorang ulama besar Mekah al-Mukarramah yg bersambung nasab sehingga Sayyidina Hasaan Radiallahu Ta'ala 'anhu, cucu Rasulullah SAW.. Sheikhuna Muhammad Fuad pernah menerima anugerah tokoh ma'al hijrah dan sekarang merupakan ahli majlis fatwa Negeri Sembilan.. Beliau merupakan khalifah Tariqah Ja'fariah di Malaysia..

..::LaSt PaPer::..

Bismillahirrahmanirrahim... Ye..ye.. lusa adalah last paper aku.. paper usul fiqh.. paper favourite aku.. suka sgt madah ni.. org kata wahabi sesat sebab diaorg meninggalkan kaedah usul fiqh la.. malas la nak ckp psl wahabi.. panjang pula jadinya.. masalah yg xsudah2..Keperitan menjalani peperiksaan di Al-Azhar amat kurasakan.. kdg2 tercetus di hati "susah jugak belajar kat Azhar ni ye" tp segalanya mesti kuhadapi demi membawa pulang segulung ijazah buat ma, abah, adik2 n abg aku..Peperiksaan satu fasal di sini bagaikan 3 tahun di kusza semasa menghabiskan diploma. permulaan di sini adalah permulaan yg asing bgku.. aku mulakan dgn langkah baru.. langkah sang musafir yg berkelana.. entah ke mana arah yg dituju.. aku mula mencari motivasi dan semangat kendiri agar ku bisa pergi jauh dgn langkah yg ku gagahi.. kemucup jalanan harusku pedulikan.. agar aku tidak terhenti ditengah jalan.. pergh,,, bermadah pujangga pulak.. hehehe.. "doakan aku di sini"

..::fiRst PaPeR Yg MeNaKutkaN::..

Hari ni hari pertama saya exam.. first paper. rasa nak gugur jantung ni. penuh debaran menanti soalan yg bakal dijawab. dah la saya tak struggle mana. last-last baru rajin sikit. harap-harap najah.. Ameen ya Rabb!! Mula-mula sampai kat kuliah tak ramai lagi arab sbb saya datang lebih awal. sempat baca sikit kat sana.. bila arahan suruh masuk berebutla arab. macam biasala diaorg.. suka sgt berebut. hehehe.. cari kelas pulak.. mmg jem mcmni. mmg dia dah bagitahu ting 5 tp kelas byk. dahla ni first time saya exam kat al-azhar ni. kat Kusza dulu senang la.. sistematik. memang bertambah pening mcmni. "sabar-sabar!! ni ujian blaja kat mesir".. saya memujuk hati.. Hari ni paper falsafah Islamiah. kira blaja tentang failusuf-failusuf Islam seperti Imam al-Ghazali, ibnu Rusyd, al-Farabi,ibnu Thufail dan ibnu Bajah tentang falsafah-falsafah mereka.. mula-mula tu belajar bab ta'rif falsafah apa.. macam biasa la satu-satu ilmu tu dibahas.. mesti kena tahu ta'rif dulu.. pastu bla...