Membaca berita ini di blog sahabat lama merangkap Sarjan Major, Saudara Haris Fadila semasa di Maahad Muhammadi mengingatkan kembali zaman persekolahan. Ana juga Sarjan Major tetapi ana bersara lebih awal kerana kesibukan menadah kitab memaksa ana untuk mengorbankan aktiviti kawad dan perkhemahan bersama kadet polis sekolah. Sememangnya semenjak dari dulu, kadet polis Maahad Muhammadi merupakan platun yang disegani. Kami berjaya memenangi beberapa tahun berturut-turut peringkat negeri Kelantan dan juga mendapat kawad terbaik di peringkat kebangsaan. Namun kejayaan ini bukanlah datang bergolek. Latihan yang tidak mengenal erti siang dan malam yang dipimpin oleh senior yang berjawatan S.I dan S.M telah membuahkan natijah yang selayaknya. Bergema tepukan daripada penonton masih ana rasa sampai sekarang apabila kami memulakan langkah pertama. Langkah pertama kami sememangnya dicemburui lawan kerana mempunyai kelainan di mana kami pacak beberapa saat sebelum memulakan hayunan kaki. Beb...
Kullu lillah...