Skip to main content

Mama Masuk Wad

Assalamualaikum...

Dalam kesibukan kerana mama saya dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad kecemasan selama 2 hari saya masih lagi sempat menukar template blog saya. Template sebelum ini agak sukar untuk saya menyesuaikan dengan warna adsense. Menyesuaikan warna adsense dengan warna blog adalah salah satu tips yang berkesan untuk meningkatkan earning kerana pengunjung akan menganggap ia sebahagian daripada content blog kita.

Apa pandangan kawan-kawan?? Template asal bukan sebegini tetapi saya telah mengubah font dan warna mengikut citarasa saya. Sebenarnya susah untuk mencari template yang dapat memuaskan hati kita. Ada font dia cantik tapi design tak cantik. Sidebar wrapper tak smart dan sebagainya. So, saya ambil jalan mengoreksi sendiri. Tak reti pun sebenarnya dengan coding HTML. Tak pernah belajar secara khusus. Main try-try je. Banyak je tutorial kat google tu.

Mesej kawan-kawan dalam Cbox tu hilang bukan sebab saya menukar template tetapi saya tersalah setting di dalam akaun Cbox. Mula-mula saya nak save all mesej-mesej lama tetapi entah macamana keadaan tidak dapat diselamatkan. Habis koleksi saya hilang. Huhu.. sedih sangat.. lepas ni kalau kawan nak kongsi pandangan boleh komen je kat posting. Baru tak hilang.

Mama saya telah pun dibenarkan pulang petang tadi. Entah apa penyakit yang dialami, doktor tidak dapat pastikan lagi. Mama saya diminta untuk menemui doktor pakar kepala pada minggu hadapan.

13112008086

"menemani mama saya di hospital bersama adik-adik..mama kelihatan tersenyum.."

13112008084

“Abahku kerisauan”

Mama saya mengadu sakit kepala. Mula-mula ingat ke sakit biasa. Bila sakitnya berterusan selama beberapa hari dan mama hampir pengsan, akhirnya saya bawa ke klinik yang berdekatan dengan rumah saya. Kemudian doktor di klinik ini menghantar mama saya ke Kota Bharu. Maknanya sakit yang dialami agak berat sehingga tidak dapat diselesaikan di sini. Biasanya kalau penyakit yang biasa, memadai dengan rawatan di sini.

Doktor mengesyaki penyakit lama mama datang kembali. Mama saya pernah mengalami tirod yang menyebabkan mama saya kehilangan berat badan. Selepas mendapat rawatan akhirnya mama kembali sihat.

Sehari dua ini mama saya kelihatan lebih sihat tetapi kepalanya masih sakit lebih-lebih lagi ketika waktu pagi. Minggu depan dia ada appoitment dengan doktor pakar kepala. Harap-harap tidak ada yang serius. Allahummasyfiihaa. Minta doakan mama saya ya.

Tinggal 2 minggu sahaja lagi saya akan terbang ke Mesir. Rasa berat hati ini bila memikirkan keadaan mama saya. Namun nak tak nak saya terpaksa pergi juga. Perjuangan harus diteruskan.

Comments

  1. ujian tuh, ustaz... Makin tinggi tingkat kita, makin berat ujian, kan?

    Haha... tak layak pon nak tazkirah ustaz nih. Ustaz lebih berilmu. Cumanya nak beritahu, kawan2 kat sini mendoakan kebaikan buat ummi ustaz. Dan sudah tentulah ayat2 ana nih diharap memberi sedikit confort pada ustaz..hehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Eya.

    Kenapa lak tak layak nak tazkirah? Kan tazkirah tu ada manfaat bg org mukmin. Fazakkir Tanfaul Mukminin. nasihat menasihati itulah Islam..

    Jazakallah kepada yang mendoakan mama saya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa