Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Politik

Pas Menang

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - PAS telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Abdul Wahid Endut, 51 dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini. Kemenangan Abdul Wahid dalam persaingan sengit itu menyaksikan Adun Wakaf Mempelam itu mengalahkan BN yang diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan. Ini bermakna jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini. PAS mendapat 32,883 undi manakala BN 30,252, sementara undi calon Bebas adalah 193 undi, di mana PAS mendapat kelebihan majoriti 2,631 undi. Perkara itu diumumkan oleh Pengurus Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu sebentar tadi. Pengumuman kemenangan itu disambut gembira dengan laungan takbir dan sorakan oleh ribuan p...

Obama dan harapan Umat Islam??

"Obama, isteri dan dua anaknya " Barack Hussein Obama, 47 secara rasminya telah memenangi pilihanraya Presiden Ameika Syarikat. Obama merupakan orang kulit hitam yang pertama yang mendapat kuasa tertinggi itu dalam tempoh 232 tahun sejak Amerika mencapai kemerdekaan daripada Britain seterusnya menduduki White House. Tidak dilupakan juga Obama merupakan keturunan Islam yang pertama yang memenangi jawatan tersebut. Tetapi sejauh mana prinsip Islam yang Obama pegang itu kita tidak dapat pastikan. Apa yang saya nampak isterinya tidak bertudung. Mugkin di negara barat seperti Amerika isu tudung dianggap biasa dan kemungkinan juga Obama cuba untuk tidak menonjolkan Islam yang diamalkan untuk meraih sokongan bukan Islam. Sebenarnya jika kita membuat sedikit pembacaan di laman berbahasa Inggeris kita akan mendapati ada pro and contra samada Obama seorang yang Muslim atau pun tidak. Seperti di laman danielpipes . Saya cuba memetik katanya : But was he ever a Muslim ...

Jahil Murakkab

MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara p enerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok. Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk .- Utusan. Sumber di sini. Apa kata Al-Amin Daud : Orang bodoh yang tidak mengetahui dia bodoh sahaja yang akan mencadangkan nama Shah Rukh Khan untuk dianugerahkan darjah ini. Di dalam istilah usuluddin disebut sebagai jahil murakkab . Kebodohan yang tersusun di antara bodoh dan dia tidak tahu bahawa dia sebenarnya bodoh atau jahil. Maka tersusun-susun akan kebodohan pada pandangan orang yang memandang dengan nur iman. Adapun bagi orang yang jahil murakkab dia sesekali tidak akan sedar akan kejahilannya sehingga dia menjadikan agama sebagai panduan hidupnya. Apakah sudah tidak ada rakyat Malaysia yang layak untuk dianugerahkan darjah tersebut sehingga kita perlu mengagungkan pelakon hindustan yang merosakkan mi...

UZAR Vs Raja Petra

Tulisan ini adalah hujah balas kepada Raja Petra Kamaruddin dan rakan seangkatan dengannya (anti hadis dan Islam Liberal) berkenaan aurat wanita Muslim di dalam blog popularnya (Malaysia Today). Sumber RAKAN RAJA PETRA MENULIS: Di dalam artikel tersebut ada ayat yg mengatakan: "Nampaknya, tudung hanyalah di "kurniakan" kepada isteri-isteri Nabi dan bukan ke atas semua wanita..." Jadi saya telah melihat ke dalam Al-Quran dan menjumpai beberapa benda. 1) "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59) Komen: Pertamanya, lihat maksud ayat "supaya mereka boleh dikenali dan tidak diganggu". Ini bermakna sekurang-kurangnya, bahagian muka mesti boleh dilihat. Adalah ...

Raja Petra Hina Islam

"Gambar Raja Petra bersama Isteri" PUTRAJAYA 5 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam hari ini membuat laporan polis ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (gambar) ekoran beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.   Laporan polis ke atas laman web dan penulis blog tersebut turut dilakukan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Balai Polis Putrajaya di sini pada pukul 12.30 petang. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz yang mengetuai kumpulan agensi tersebut berkata, pihaknya memberi perhatian berat terhadap beberapa artikel yang ditulis oleh Raja Petra antaranya yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam, Nabi Muhammad dan umat Islam. ''Tul...

"Lu Fikirla Sendiri"

Minyak naik lagi.. apa sudah jadi dengan Malaysiaku tercinta. Kalau naik ada masa dia turun kira ok jugak. ni sejak saya celik mata sampai sekarang harga barang naik tak pernah turun-turun. kata Malaysia makin maju dan ekonomi makin kukuh. sepatutnya bila makin maju dan ekonomi makin meningkat rakyat makin senang. ini tidak makin menyusahkan ada la. Setakat saya duk buat pembacaan sikit-sikit, saya melihat zaman Pak Lah paling banyak kali harga minyak naik. Naik tinggi dan drastik pulak tu. baru memerintah 2 penggal. bayangkan kalau 20 tahun..huhuhu.. so, kalau nak harga minyak turun, kena turunkan Pak Lah. Pada pandangan saya yang tak reti ekonomi ni, saya duk fikir-fikir, khabarnya ekonomi makin baik dan kukuh tapi kos sara hidup makin meningkat. ke macamna? kawan-kawan boleh fikir sendiri. bak kata Nabil Raja Lawak "Lu fikir la sendiri". Sudah bermacam-macam alasan bila harga minyak naik. kadang saya sudah menyampah dengan alasan yang kadang-kadang tidak masuk akal langsun...

Perjuanganmu Sudah Selesai..

Ayuh tinggalkan barisan.. Undurlah dari medan.. Sebelum dirimu ditendang.. Kelak dirimu tidak dipandang.. Biar kalah dalam kemuliaan.. daripada menang penuh kehinaan.. Apalagi hendak dikau perjuangkan.. Andai bangsamu hilang kepercayaan.. Sekian lama kami alpa.. Bukan melayu mudah lupa.. Dek menjaga adat dan budaya.. Sopan santun budaya kita.. Undurlah dikau penuh kehormatan.. Usah sampai rakyat meradang.. Kelak bangsa jadi cagaran.. Cucumu jua akan kesusahan.. Tidak sekali dirimu kubenci.. Kerana dikau jua insani.. punya maruah dan harga diri.. Akhlak Rasul jadi teladani.. Apa erti benci-membenci.. Akhir masa kita kan pergi.. Bukan dunia ghayah hakiki.. Nun di sana kekal abadi.. Agamaku kian parah.. Bangsaku kian musnah.. Siapa harus aku persalah?? Sampai kemana akhir sudah.. Pejuang bangsa tidak kemana.. Kerana bangsa tidak pernah sama.. Hanya agama bisa menyatukan kita.. Kelak selamat di dua negara.. Mendapat rahmat dari yang Esa..

Islam Untuk Semua

Takbir!!! Takbir!!! Takbir!!! Mungkin inilah agaknya laungan yg kedengaran di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan negeri2 yg ada pendokong dan penyokong perjuangan Islam. Rugi sekali aku rasakan kerana tidak dapat bersama menghayati suasana “tsunami politik” yg berlaku di Negara kita. Walaupun kami yg berada di sini layak mengundi tetapi tidak mampu utk balik melaksanakan amanah Allah dek jarak yg memisahkan namun doa dan airmata pengharapan tetap mengiringi perjuangan Islam di tanah air. Keterbatasan jarak tidak memisahkan kami untuk mengambil tahu soal negara tercinta kerana sabda Nabi SAW : حب الوطن من الإيمان "Cintakan Tanahair itu Sebahagian daripada Iman" Dengan kemudahan internet yg ada, kami mengikuti perkembangan dari awal liku2 sampailah kepada kemenangan besar Barisan Alternatif di dalam pilihanaraya umum kali ini. Tanpa disedari air mata jatuh membasahi pipi, tanda syukur di atas kemenangan ini.Kemenangan PAS bukanlah kemenangan wakil rakyat dan parti semata2 te...