Skip to main content

Islam Untuk Semua




Takbir!!! Takbir!!! Takbir!!! Mungkin inilah agaknya laungan yg kedengaran di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan negeri2 yg ada pendokong dan penyokong perjuangan Islam. Rugi sekali aku rasakan kerana tidak dapat bersama menghayati suasana “tsunami politik” yg berlaku di Negara kita. Walaupun kami yg berada di sini layak mengundi tetapi tidak mampu utk balik melaksanakan amanah Allah dek jarak yg memisahkan namun doa dan airmata pengharapan tetap mengiringi perjuangan Islam di tanah air. Keterbatasan jarak tidak memisahkan kami untuk mengambil tahu soal negara tercinta kerana sabda Nabi SAW :


حب الوطن من الإيمان

"Cintakan Tanahair itu Sebahagian daripada Iman"

Dengan kemudahan internet yg ada, kami mengikuti perkembangan dari awal liku2 sampailah kepada kemenangan besar Barisan Alternatif di dalam pilihanaraya umum kali ini. Tanpa disedari air mata jatuh membasahi pipi, tanda syukur di atas kemenangan ini.Kemenangan PAS bukanlah kemenangan wakil rakyat dan parti semata2 tetapi kemenangan mereka mewakili kemenangan ISLAM.

Perubahan yg berlaku ini merupakan langkah pertama kepada langkah-langkah seterusnya. Tampaknya rakyat semakin berani dan bijak. mereka dapat membuat penilaian sendiri siapa pemimpin yg akan memimpin mereka. Apakah pemimpin yg rosak akhlaknya mampu menjadi pemimpin yg baik untuk rakyat sedangkan diri mereka sendiri tidak terpimpin. Ketokohan Tuan Guru Nik Abd Aziz semakin hari semakin diterima pihak lawan. Masyarakat Cina dan India semakin menyayangi pemimpin ini. Kerana prinsip Tok Guru, "kita semua ni sama. Berpunca daripada Nabi Adam a.s. cina ke kita, india ke kita, iban ke kita dan sbgnya". Ideologi seperti inilah yg bisa menyatukan pelbagai kaum yg wujud di Negara kita. Islam itu “Rahmatan Lil’alameen”.. Sekalian alam merujuk kepada semua makhluk Allah di muka bumi termasuk haiwan,tumbuh-tumbuhan dan batu-batan.

Penganalisis yg bertauliah dan tidak bertauliah mula menganalisis dan melontarkan pandangan masing-masing dalam mentafsirkan kemenangan Barisan Alternatif. Dato’ Seri Hishamuddin menyifatkan kemenangan ini suatu yg misteri. Macam misteri nusantara pulak. Ada yg kata sebab kritikan Tun Dr Mahathir, ada yg berpendapat sbb rakyat marah pasal harga minyak naik, ahli UMNO dan pemimpin mereka menyalahkan Khairy kerana mencampuri pentadbiran Negara dan parti. Dan macam2 lg lontaran idea yg kedengaran. Namun jawapannya sudah ada di dalam al-Quran 1400 tahun dahulu. Ayat yg dibaca oleh Tok Guru Nik Aziz pada sidang media yg pertama slps kemenangan dan ayat ini merupakan wirid yg diamalkan oleh umat Islam seluruh dunia slps solat adalah sgt tepat dalam menghuraikan misteri ini.





"Katakanlah (Muhammad) “Wahai Tuhan pemilik kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa pun yg Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari sesiapa pun yg Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa yg Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yg Engkau kehendaki. Di kekuasaan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu".

Comments

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa