Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

Pelik Tapi Benar atau Benar-Benar Pelik??

Pengharaman buku pelik tapi benar oleh KDN adalah suatu tindakan yang wajar dalam menghalang golongan-golongan yang terlebih pandai (ayat Mufti Perak) dalam melamapui ulama'-ulama' untuk memahami nas-nas hadis dan al-Quran. Maka timbul persoalan buku ini pelik atau benar? Atau benar-benar pelik sehingga diHARAMkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan alasan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Kita jarang melihat atau terdengar tentang pengharaman buku-buku agama yang bersepah di dalam pasaran negara kita. Jadi pengharaman ini sudah tentu kerana buku “pelik tapi benar” “benar-benar pelik” menurut ajaran Islam yang sebenar. Syabas buat pihak yang terlibat dalam pengharaman buku ini. Semoga ini menjadi titik tolak dalam menolak fahaman wahabi atau anti-mazhab atau kaum muda atau golongan yg terlebih pandai yang tidak habis-habis mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam kita di Malaysia. Ana sempat bertanya pak cik google untuk melihat resp

Ahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan

Berbuka dengan kurma itu sunnah Nabi SAW Ini antara isi kuliah maghrib Al-Amin Daud di surau Pasir Tumboh berhadapan SMU(A) Taqaddum Maarif pada malam Khamis 28/8/08. Puasa Ramadhan merupakan satu rukun daripda 5 rukun Islam. Ramadhan merupakan suatu bulan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala khusus kepada ummat Nabi Muhammad SAW tidak kepada umat-umat Nabi-Nabi terdahulu. Padanya terdapat seribu kebaikan yang tidak ternilai hitungannya. Ramadhan merupakan bulan rahmat, bulan keampunan dan bulan pembebasan daripada api neraka seperti hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi Radiyallahu 3anhu ; وهو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار “ Dialah satu bulan awalnya ada rahmat pertengahanya ada keampunan dan penutupnya ada pelepasan dari api neraka” Puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sepertimana sabda Nabi SAW : كم من صائم ليس له من صيامه إلا الجوع والعطش Mafhumnya : Berapa ramai orang yang berpua

Berhijrah dari WINDOWS kepada LINUX.

Selama seminggu aku cuba meng"explore" UBUNTU. Belajar macamana cara nak install software. Macamana nak tukar tulisan arab dan macam-macam lagi ilmu yang aku pelajari.Suatu hari, kat kb mall diadakan PC fair. seminggu lepas la lebih kurang. so aku pergila. saje nak survey-survey. tengok-tengok kalau ada something new yang aku tak tahu. Al-Maklumla hampir setahun berada di Mesir. Jadi aku tidak dapat mengikuti perkembangan teknologi di Malaysia. Sampai di satu booth,aku tertarik dengan satu mini laptop yang menggunakan LINUX OS. So, aku memulakan sesi temuramah tanpa segan silu dengan tuan punya booth tu. Akhirnya aku dapat sedikit maklumat tentang LINUX tapi itu tak cukup detail bagi aku yang tidak pernah mengenali apa itu LINUX. Pada malam tu, aku cuba ke kedai komputer untuk mencari Cd or DVD untuk memulakan sesi ujikaji ke atas laptop aku sebab aku sudah bosan mengguna windows yang memerlukan aku format laptop sekali seminggu. Hang la, Virus la. Vista lagi la. Harap ga

What is UBUNTU??

Assalamualaikum.. Setelah sekian lama saya tidak berpostingan..kali ini saya ingin membawa topik mengenai UBUNTU. Kawan-kawan pernah mendengar pasal UBUNTU? Ada yang telah mencuba? Kepada yang telah mencuba ana ucapkan syabas kerana berani. Yang belum mencuba dan masih tertanya-tanya apa itu UBUNTU. Jom ana nak cerita.. Apa itu UBUNTU? Ubuntu adalah satu sistem sistem operasi lengkap Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemprosesan kata, pembaca mel elektronik, perisian pelayan jaringan dan alat-alat pengaturcaraan. Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dan sumber terbuka. Anda boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain it

Selamat Pengantin Baru..

Alhamdulillah,, pada hari sabtu 2 hari yang lepas, ana berkesempatan ke majlis kenduri sahabat ana, Nik Hakimi dengan zaujahnya Anisah.. Tahniah.. Barakallahu Fikum.. Semoga perkahwinan yg didirikan di atas tunjang agama akan melahirkan generasi yang akan menjadi pejuang dan tentera kepada agama Allah di masa hadapan untuk menegakkan kalimatul 'Ulya..

Abg Longku Sudah Bertunang..

Ni gambar abg sulung aku dgn tunang dia. Dalam bulan 10 pada hari raya kelima nanti InsyAllah akan berlangsung majlis akad nikah diaorang. Jemputlah datang ye.hehehe.. Aku boleh doakan jela kat sini. Yela duk jauhkan. Nak wat mcmn. Bila pulak saat2 indah ini akan ku alami.. hehehe.. Semoga berbahagia ke anak cucu.. Barakallahu Fikum.. Pertunangan atau al-khitbah dlm bahasa arab ialah suatu muqaddimah kpd perkahwinan. Di dalam Islam pertunangan itu mempunyai adab dan syarat2 yg telah diajar oleh Rasulullah SAW. pertunangan di antara lelaki dan perempuan dilaksanakan bila ada rughbah (kecintaan) utk berkahwin. ولا جناح عليكم فيما عرضتم به من خطبة النساء أو أكننتم في أنفسكم – البقرة 235 “Dan tidak berdosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu” – al-Baqarah 235 Ayat di atas merupakan dalil kpd keharusan bertunang. Meminang dgn sindiran ini bg perempuan yg dlm 'iddah kerana mati suam

Kenali Dan Cintai Ulama' Kita.

Ketahuilah Dengan Menyebut Nama Mereka Turunnya Rahmat.. Al-Habaib Al-Hadhrami Al-Habib Umar Bin Salim Bin Hafidz Bin Syeikh Abu Bakar Hafizohullah (Mudir Darul Musthofa,Tarim) As-Syeikh Abd Ghani Ibnu as-Syeikh Soleh al-Ja'fari Hafizohumallah Dr. Wahbah az-Zuhaily & Dr. Sa'id Ramadhan al-Bouti Hafizohumallah Syeikhuna Yusuf Mahyuddin Al-Hasani(Mufti Kanada)&Sheikhuna Muhammad Fuad al-Maliki Hafizohumallah Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz B Nik Mat Hafizohullah ( Menteri Besar Kelantan ) Syeikhul Islam Al-Imam Al-Akhbar as-Sufi Dr Abd Halim Mahmud Rahimahullahu Ta'ala Syeikhuna Dr. 'Ali Juma'ah Hafizohullah (Mufti Mesir) As-Syeikh al-Muhaddis Muhammad Ibrahim al-Kattani Hafizohullah As-Syeikh Dr. Sa'id Ramadhan al-Bouti & Al-Habib 'Ali Al-Jifri Hafizohumallah As-Syeikh Muhammad Mutawalli As-Sya'rawi & As-Syeikh Khalil Khatib Rahmatullahi 'Alaihima As-Syeikh Amir Fadl Al-Abbas Ad-Dandarawi Hafizohullah Al-Muhaddis Prof. Dr. Syed Muh

Binatang-Binatang Syurga

Sumber : Risalah al-Mi3raj yg bernama Mar-atussaalikin m/s 12. Binatang-Binatang dunia yg dimasukkan ke dalam syurga ada sepuluh ekor; 1) Buraq (Tunggangan Nabi Muhammad SAW ketik isra') 2) Unta yg disembelih oleh kaum thamud yg zalim dan derhaka kpd Nabi Soleh a.s. 3) Himar (keldai) tunggangan Nabi Allah 'Aziz. 4) Lembu jantan yg hendak dijamukan oleh Nabi Ibrahim kpd Malaikat yg datang ke rumahnya berupa orang2 muda. 5) Kibash penebus leher Nabi Allah Ismail tatkala hendak disembelih oleh ayahnya Nabi Allah Ibrahim a.s.. 6) Burung Hud Hud Nabi Allah Sulaiman. 7) Semut (Ketua semut yg keluar bersama2 Nabi Allah Sulaiman tatkala hendak meminta hujan di tengah padang. 8) Anjing ashabul kahfi. 9) Ikan nun yg menelan Nabi Allah Yunus a.s tatkala dibuang oleh kaum fasiq ke dalam laut. 10) Lembu Bani Israil yg disembelih kerana hendak membangunkan org kaya sudah mati dibunuh oleh anak saudaranya supaya dipukulkan Nabi Allah Musa lidahnya kepada mayat itu boleh