Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009

Imam Syafie dan Qunut

Ustaz saya kata qunut Nabi tak buat dulu. Ustaz saya kata lagi, Imam Syafie dulu tersalah faham tentang apa yang sorang tukang hadis tu kata. Berdesing telinga saya apabila mendapat YM daripada seorang sahabat yang ingin meminta penjelasan. Saya tidak boleh dengar kalau ada orang yang celupar menghina ulama’ kita seperti Imamuna As-Syafie Radhiallhu Ta’ala ‘Anhu Wa Ardhah yang telah diakui oleh ribuan ulama’ dulu dan kini. Senarai imam-imam agung yang menjadi obor umat Islam sepanjang zaman dan menisbahkan diri mereka kepada mazhab Imam Syafie Radhiallahu Ta’ala ‘Anhum, boleh kita lihat di dalam kitab tobaqat as-syafiiyyah karangan Imam Subki Rahimahullahu Ta’ala. Kita akui ulama’ tidak maksum tetapi perkataan sebegini merupakan kalam yang keluar daripada mereka yang buta mata hati dalam mengenali siapa Imamuna As-Syafie yang digelar sebagai أنصار السنة (Penolong kepada Sunnah Nabi SAW) dan ditanggung namanya di dalam hadis yang masyhur. Sabda Nabi SAW ;