Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Iluvislam

Iluvislam dan kita..

Sebut sahaja nama Iluvislam pasti ramai yang sudah tahu tentang laman ini. Makcik-makcik di kampung pun sudah mengenalinya. Jika anda seorang pelajar universiti tetapi tidak mengenali laman ini pasti ada sesuatu yang tidak kena. Sebelum ke Mesir, saya tidak pernah mengenali laman ini. Nama pun tidak pernah dengar. Kemungkinan dek keterbatasan jaringan internet semasa di KUSZA menjadikan saya agak jauh dari dunia internet. Kesempatan memasuki makmal komputer yang terhad amatlah sesuatu yang berharga pada kami pelajar-pelajar KUSZA. Tetapi, sekarang tidak lagi. KUSZA selepas dinaiktaraf kepada universiti penuh dengan nama baru iaitu Universiti Darul Iman Malaysia , internet boleh dicapai di asrama secara percuma. Saya tidak berkesempatan dengan dunia baru ini tetapi saya mendapat maklumat daripada kawan-kawan lama yang masih belajar di sana. Menyingkap sejarah mengenali iluvislam ketika saya mula-mula menjijakkan kaki ke bumi Mansurah. Di Mesir internet menjadi suatu kewaji...