Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008

Islam, Internet dan Talaqqi

Ziarah sahabat di Tanta. Selepas pulang daripada Masjid Sidi Ahmad Badawi singgah makan pizza jap.   Tanggal 14.1.2008 saya akan menduduki imtihan untuk paper falsafah ilmu dan pada 21.1 saya akan menduduki paper falsafah Islam. Untuk fasal satu ini, saya hanya ada dua papers sahaja. Memandangkan exam yang semakin hampir, maka blog saya agak sunyi. Saya tidak berkesempatan menulis. Saya hanya mampu sekadar menjenguk untuk melihat jika ada mesej-mesej yang ditinggalkan oleh kawan-kawan di chat box saya. Hari ini internet kami putus lagi. Puncanya ialah kerana wayar kami dipotong oleh arab yang memang bermasalah. Kali ini merupakan kali ketiga wayar internet kami dipotong. Beginilah karenah arab yang tidak dapat kami bendung. Kami hanya mampu pasrah dengan apa jua yang mereka lakukan. Hidup di mesir tanpa internet ibarat teh tanpa gula. Di sini kami tidak ada aktiviti luar yang menarik kerana risiko di luar sangat menakutkan untuk kami merayau-rayau tanpa tentu arah. So,

Salam Tahun Baru

Kesibukan untuk menghadapi imtihan yang tinggal beberapa minggu lagi menjadikan blog saya terbiar ibarat rumah usang tanpa penghuni.. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam tahun baru kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Terima kasih kepada sahabat seperjuangan saya yang sama-sama masih lagi berjuang di bumi anbiya' di atas kad ucapan di atas.. Semoga tahun baru yang hadir setiap tahun akan memperbaharukan juga iman kita seperti saranan Nabi SAW kepada sahabat untuk sentiasa memperbaharui iman mereka. Maka tanya sahabat. Bagaimana untuk kami memperbaharui iman kami wahai Rasulullah. Maka jawab baginda dengan memperbanyakkan menyebut la ilaha illallah.

Salam Eidul Adha

Di kesempatan pagi aidiladha yang syahdu ini bersama alunan takbir memuji kebesaran Tuhan, saya ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini terutama keluarga tercinta di Malaysia. Mama, abah, abang-abang, kakak ipar dan adik-adik yang dirindui serta insan-insan yang menyayangi diri ini. Hasrat untuk beraya di rumah pada tahun ini tidak tercapai kerana tidak ada tiket selepas hari raya. InsyAllah, tahun ini tahun terakhir saya di sini. Raya ini merupakan raya pertama saya di Mansurah. Sebelum ini saya akan ke Kaherah beraya bersama PMRAM dan BKAN Kelantan tapi pada tahun ini saya ingin merasai suasana beraya di sini bersama DPM Mansoura dan sahabat-sahabat perjuangan di sini. Akhir kalam,, semoga hari raya korban mengajar kita erti sebuah pengorbanan demi mendamba cinta Tuhan.