Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

Fly to Malaysia

Rasa macam bermimpi.. pejam celik-pejam celik, lusa saya akan balik ke Malaysia.. Fly to Malaysia.. Rindunya nak makan nasik belauk, keropok lekor, nasik lemak, makan nasik dengan sayur air, tom yam, singgam daging cicah budu ..hehehe.. mmm.. makan bersama family. masakan my mum.. fuhh,, mahunya 3 pinggan tambah.. semuanya akan jadi kenyataan lusa.. hehehe.. Doakan kepulangan saya..

"Lu Fikirla Sendiri"

Minyak naik lagi.. apa sudah jadi dengan Malaysiaku tercinta. Kalau naik ada masa dia turun kira ok jugak. ni sejak saya celik mata sampai sekarang harga barang naik tak pernah turun-turun. kata Malaysia makin maju dan ekonomi makin kukuh. sepatutnya bila makin maju dan ekonomi makin meningkat rakyat makin senang. ini tidak makin menyusahkan ada la. Setakat saya duk buat pembacaan sikit-sikit, saya melihat zaman Pak Lah paling banyak kali harga minyak naik. Naik tinggi dan drastik pulak tu. baru memerintah 2 penggal. bayangkan kalau 20 tahun..huhuhu.. so, kalau nak harga minyak turun, kena turunkan Pak Lah. Pada pandangan saya yang tak reti ekonomi ni, saya duk fikir-fikir, khabarnya ekonomi makin baik dan kukuh tapi kos sara hidup makin meningkat. ke macamna? kawan-kawan boleh fikir sendiri. bak kata Nabil Raja Lawak "Lu fikir la sendiri". Sudah bermacam-macam alasan bila harga minyak naik. kadang saya sudah menyampah dengan alasan yang kadang-kadang tidak masuk akal langsun

HIJRAH MENUJU PERUBAHAN

Screenshot Blog lama saya Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menjenguk teratak usang hamba yang tak seberapa ini.. Sempena dengan berakhirnya exam, ana meringankan tangan untuk menukar template baru.. Orang kata kalau nak maju kena selalu ada perubahan. Perubahan itu memerlukan kepada keberanian dan kita mesti bersedia menerima kritikan dengan perubahan yang kita lakukan. Apa kata kawan-kawan semua tentang tema hitam putih saya? Hitam itu kualiti..hehehe.. Sebenarnya mula-mula memang sayang nak tukar tetapi akaun google lama ana ada sedikit masalah selepas ana membuat pendaftaran adsense. so, ana cari inisiatif untuk membuat email baru tetapi masih menggunakan link yang asal. Ana dalam proses memasukkan balik semua posting-posting ana yang dulu. Kawan-kawan yang pernah komen kat posting ana sebelum ni, nampak gayanya memang tak boleh diselamatkan. ana cuba fikir nak copy balik tapi takpe lah.. sape2 yang berhajat nak komen balik boleh la berbuat demikian secara percuma..hehehe.

Perjuanganmu Sudah Selesai..

Ayuh tinggalkan barisan.. Undurlah dari medan.. Sebelum dirimu ditendang.. Kelak dirimu tidak dipandang.. Biar kalah dalam kemuliaan.. daripada menang penuh kehinaan.. Apalagi hendak dikau perjuangkan.. Andai bangsamu hilang kepercayaan.. Sekian lama kami alpa.. Bukan melayu mudah lupa.. Dek menjaga adat dan budaya.. Sopan santun budaya kita.. Undurlah dikau penuh kehormatan.. Usah sampai rakyat meradang.. Kelak bangsa jadi cagaran.. Cucumu jua akan kesusahan.. Tidak sekali dirimu kubenci.. Kerana dikau jua insani.. punya maruah dan harga diri.. Akhlak Rasul jadi teladani.. Apa erti benci-membenci.. Akhir masa kita kan pergi.. Bukan dunia ghayah hakiki.. Nun di sana kekal abadi.. Agamaku kian parah.. Bangsaku kian musnah.. Siapa harus aku persalah?? Sampai kemana akhir sudah.. Pejuang bangsa tidak kemana.. Kerana bangsa tidak pernah sama.. Hanya agama bisa menyatukan kita.. Kelak selamat di dua negara.. Mendapat rahmat dari yang Esa..