Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009

Salam lebaran..

Assalamualaikum.. Di kesempatan ini walaupun agak terlewat, saya ingin mengucapkan selamat hari raya eidulfitri maaf zahir dan batin kepada semua sahabat yang mengenali diri ini di alam maya atau di alam nyata. Kullu sanaah wentum toyyibun. Saya akan kembali ke Malaysia dalam bulan 11, biiznillah. Doa-doakan ya agar dipermudahkan segala urusan saya di sini. Justeru itu, saya agak sibuk dengan urusan-urusan di sini dan mohon maaf jika blog saya tertangguh daripada posting terbaru.

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa