Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Doa tawassul ahlu kisa’

Hari ini saya cuba menjelaskan persoalan doa yang mengandungi unsur tawassul dengan ahlu kisa’. Ada yang menginkari doa ini kerana kata mereka terdapat unsur syiah kerana menyebut nama ahli keluarga Nabi SAW. Ada juga yang mengingkarinya kerana surat berantai ini mengandungi butiran palsu. Merujuk kepada surat berantai di atas. Pertamanya kita perlu jelas dan dapat membezakan surat berantai dengan doa yang dinyatakan adalah dua perkara yang berbeza. Kalau kita menafikan kebenaran surat berantai dengan nama yang tersebut di dalam surat itu tidak bermakna kita juga menafikan kebenaran doa tersebut. Secara peribadi saya juga tidak mengenali nama yang disebutkan di dalam surat tersebut. Tetapi doa ini saya telah kenali semenjak saya di bangku sekolah lagi sebelum wujudnya surat ini. Bahkan mengikut riwayat guru kami di pondok ia menjadi amalan guru-guru pada zaman dahulu untuk mengelak wabak taun. Ia dibaca secara beramai-ramai sambil berjalan mengelilingi kampung. Sudah tentu do

perbezaan ta’abbud dan ta’dzim

“Tuan Guru Haji Hadi bangun bersalam dan mencium dahi Tuan Guru Nik Aziz tanda penghormatan” Golongan wahabi seringkali mengelirukan umat Islam dengan pandangan yang menyimpang daripada kefahaman yang sebenar. Di antara persoalan yang ditimbulkan oleh mereka seperti permasalahan mencium tangan orang alim, berdiri menghormati orang alim, memuliakan Nabi SAW dengan panggilan Sayyidina, bertawasul, berhenti di maqam Nabi SAW ketika menziarahi baginda SAW dan banyak lagi persoalan yang digembar-gemburkan sebagai bidaah dan syirik oleh mereka. Pada sangkaan mereka itu termasuk di dalam ibadah kepada selain daripada Allah SWT. Punca kekeliruan ini berlaku kerana kejahilan mereka dalam membezakan apakah hakikat ibadah dan apakah hakikat تعظيم وتكريم وتشريف (ta’zim, takrim dan tasyrif = memuliakan). Jika Wahabi selalu menggunakan slogan retorik mereka kembali kepada Al-Quran maka kita mengajak mereka melihat apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Firman Allah Ta’ala di dalam surah A

Apa itu falsafah??

Perkataan Falsafah فلسفة   ialah kalimah معربة   mu’arrabah (bukan asal perkataan arab tetapi dijadikan kalimah arab) Asal perkataan ini daripada bahasa Greek lama yang terdiri daripada dua perkataan dan dicantumkan menjadi satu perkataan. 1) Philo فيلو : Bermaksud mahabbah (cinta). 2) Sophia سوفيا : Bermaksud hikmah. Apabila digabungkan maka jadilah maknanya cintakan hikmah. Adapun ahlinya disebut فيلوسوف   (failusuf) yang membawa maksud  محب الحكمة   (muhibbul hikmah = pencinta hikmah) Ahli sejarah berbeza pandangan dalam menetukan siapa yang mula-mula menggunakan dua kalimah ini. Dikatakan oleh ahli sejarah, dua perkataan ini tidak pernah digunakan kecuali pada kurun ke 6 sebelum milad (iaitu sebelum kelahiran Nabi Isa Al-Masih) atau sebelum masihi. Dikatakan فيثاغورس (Pitagoras) yang mula-mula menggunakan perkataan ini dan juga menggabungkan di dalam satu tarkib (susunan perkataan). Ini dapat dilihat melalui perkataan beliau yang menyebut; أنا لست حكيما