Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2007

Kenali Al-Amin Daud

Mohd Al-Amin Bin Daud dilahirkan pada 27 Januari 1985 di Kampung Gelam, Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Beliau merupakan anak ke-3 daripada 11 orang adik beradik. Al-Amin Daud merupakan graduan daripada Universiti Al-Azhar Mesir Cawangan Mansurah di dalam pengkhususan akidah dan falsafah, kuliah usuluddin dan dakwah. Pemegang Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin kemudian dinaik-taraf kepada Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA Beliau memulakan zaman persekolahan asas di Sekolah Kebangsaan Parang Puting daripada darjah 1 sehingga darjah 5. Kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa daripada darjah 5-6 kerana berpindah rumah kediaman dari Kg Batu 6 ke Kg Baung sehingga sekarang (Bukan kena buang sekolah tau..hehehehe). Selepas peperiksaan UPSR, beliau menlanjutkan pelajaran ke SMU(A) Ma'ahad Muhammadi Lilbanin (Lelaki) Kota Bharu, Kelantan. Al-Amin Daud pada zaman kampus, beliau merupakan pelajar yang cemerlang dan a