Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bicara Aqidah

Allah Wujud Tiada Bertempat..

Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung mensyarahkan ayat; وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف : 84 Maksudnya : Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi. Tuhan di sini merujuk kepada Allah kerana ayat ini menggunakan ismul mausul ( الذي ). Isim mausul di dalam kaedah bahasa arab menunjukkan kepada ma'rifah iaitu Allah. Beliau menyatakan di dalam tafsirannya tidak ada bagi Allah tempat kerana tempat itu ciptaannya. Tidak ada bagiNya tempat dan masa kerana keduanya makhluk (ciptaan Allah). Sila rujuk video di atas. TAMBAHAN PENULIS. Jika dikatakan Allah di langit maka bertentangan dengan ayat ini kerana Allah menyatakan di langit dan di bumi. Apakah Allah ada dua? Maka pandangan yang mendakwa Allah di langit atau di bumi atau di 'arasy semua terbatal. Oleh sebab itu ulama' ahlussunah mengkategorikan ayat sebegini sebagai ayat mutasyabihah. Kerana ha...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep f...

Tafaqquh Al-‘Aqaaid Ad-Duriyyah

Sudah agak lama tidak menulis di blog. Sebenarnya ana baru pulang daripada alex atau iskandariyyah dalam rangka menziarahi sahabat ana Ustaz Fikri dan zaujah dan sambil cuti-cuti musim panas di sana, . Jazakumullahu khairan jaza’ kepada Ustaz Fikri dan zaujah Ustazah Ina di atas layan first class kepada kami. Alhamdulillah di kesempatan ziarah dan cuti-cuti Alex, ana berkesempatan menziarahi beberapa maqam auliya’ illah di sana. Antara maqam yang ana ziarahi ialah maqam Syeikh Busiri yang mashyur dengan qasidah dan madaih (pujian) ke atas junjungan baginda SAW. Ana juga berkesempatan menziarah maqam Sidi Abu ‘Abbas Al-Mursi dan Maqam ibu, bapak saudara dan khadam Sidi Ibrahim Ad-Dusuki. Ana tidak berkesempatan mengupload gambar untuk tatapan sahabat pembaca. Ada masa dan peluang nanti ana uploadkan. Cuma di kesempatan ini, ana ingin mewar-warkan kepada sahabat dan sahabiah yang berada di Mansurah, kelas tafaqquh sudah bermula. Minggu depan ana akan memulakan kelas pengajian kitab...

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah. Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid. Firman Allah yang dimaksudkan akhi; قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ “(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan meng...

Apa Ada Pada Kebetulan?

“Indahnya gandum yang menguning. Bukan kebetulan tetapi suratan Ilahi” Saya tertarik untuk mengupas suatu perkataan yang senantiasa meniti dibibir kita sehari-hari. Sebagai contoh bila kita berjumpa dengan sahabat kita secara tidak sengaja maka terpancul di mulut kita.. “kebetulan ya jumpa kat sini”.. atau jika kita berjumpa dengan orang yang mempunyai nama yang sama dengan kita maka kita akan katakan.. “kebetulan ya nama kita sama” Saya cuba membincangkannya secara literal dahulu. Perkataan kebetulan di ambil daripada perkataan betul yang memawa maksud benar atau sungguh. Secara penggunaan orang melayu digunakan perkataan ini untuk menunjukkan kejadian yang tidak dirancang dan telah berlaku. Perkara yang tidak berlaku lagi tidak dikira sebagai kebetulan. Apa pandangan Islam mengenai kebetulan? Di dalam akidah Islam tidak ada yang dikatakan sebagai kebetulan kerana semuanya merupakan takdir daripada Allah SWT. Setiap yang berlaku hatta sekecil mana sekalipun tidak terlepas d...

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Pak Lah Juga keliru

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak memahami intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru. Perdana Menteri berkata, bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.“Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan. Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan. Perdana Menteri berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu berkecil hati mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan ...

Memahami makna syirik

  Entry ini saya tulis di atas permintaan Cikgu Eya . Khas untuk Cikgu Eya dan umum untuk kawan-kawan pengunjung blog ini. Cikgu Eya minta saya ceritakan mengenai syirik. Katanya kadang-kadang kita tidak sedar kita sebenarnya telah syirik dengan Allah SWT. Saya berharap ini dapat membantu walaupun sekadar ilmu yang sedikit. Kadang-kadang kita memandang syirik itu sebagai perbuatan jasad sahaja. Orang yang menyembah kubur, kita katakan ini perbuatan syirik. Orang yang mempercayai kayu kokka dapat menolak bala dan mendatangkan kesenangan, kita katakan ini syirik, orang yang menyembah berhala, kita katakan orang musyrik, orang yang mempercayai bomoh kita katakan orang yang syirik. Apa yang dimaksudkan dengan syirik sebenarnya?? Apakah perbuatan syirik terhad kepada perbuatan-perbuatan yang seumpama di atas sahaja atau banyak lagi perkara-perkara yang kita lakukan tanpa kita sedari sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah SWT. Wal3ieyazabillahi min zaalik.. ...

UZAR Vs Raja Petra

Tulisan ini adalah hujah balas kepada Raja Petra Kamaruddin dan rakan seangkatan dengannya (anti hadis dan Islam Liberal) berkenaan aurat wanita Muslim di dalam blog popularnya (Malaysia Today). Sumber RAKAN RAJA PETRA MENULIS: Di dalam artikel tersebut ada ayat yg mengatakan: "Nampaknya, tudung hanyalah di "kurniakan" kepada isteri-isteri Nabi dan bukan ke atas semua wanita..." Jadi saya telah melihat ke dalam Al-Quran dan menjumpai beberapa benda. 1) "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59) Komen: Pertamanya, lihat maksud ayat "supaya mereka boleh dikenali dan tidak diganggu". Ini bermakna sekurang-kurangnya, bahagian muka mesti boleh dilihat. Adalah ...