Skip to main content

Pak Lah Juga keliru

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak memahami intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru. Perdana Menteri berkata, bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.“Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan.


Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan. Perdana Menteri berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu berkecil hati mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu kerana ia adalah berkaitan dengan masyarakat Islam semata-mata.“Apa yang saya fahami daripada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu adalah untuk memberi penjelasan kepada umat Islam yang terlibat dalam senaman yoga,” katanya.


Abdullah berkata, beliau turut memahami bahawa keputusan untuk melaksanakan fatwa itu hanya akan dilaksanakan selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Pengumuman mengenai pengharaman yoga untuk umat Islam itu dibuat oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin pada Sabtu lepas. — Bernama.


Penjelasan;


Siapa yang keliru sebenarnya?? Apa yang saya boleh katakan Pak Lah juga keliru.

"Gambar sekadar hiasan"

Kenapa???


Kita harus memahami. Pengharaman yoga bukan hanya kerana mantera dan unsur pemujaan tetapi termasuk juga bentuk senaman, latarbelakang amalan berkenaan, simbol, formasi kedudukan dan meditasi yang digunakan.


Seperti artikel saya sebelum ini, saya telah nyatakan aqidah boleh rosak dengan tiga sebab ;


1) Perkataan

2) Perbuatan

3) I3tiqad (pegangan hati)


Apa yang Pak Lah sebutkan termasuk di dalam perkara yang pertama. Bagaimana dengan yang kedua dan yang ketiga?? Mungkin Pak Lah hanya memahami satu sahaja dan cuba menjadi hero untuk menjelaskan kekeliruan padahal dia juga keliru.


Dalil aqliyyah yang cukup mudah untuk difahami. Jika seseorang menyembah patung seperti agama hindu tetapi dia tidak membaca apa-apa dan tidak juga mengi3tiqadkan patung itu sebagai Tuhan, apakah perbuatannya tidak dikira syirik??


Sudah pasti hukumnya syirik kerana penyembahan patung merupakan ajaran agama hindu. Soal dia membaca jampi serapah dan i3tiqad itu soal kedua. Persoalan pokok perbuatan yang dilakukannya telah menyimpang daripada ajaran dan aqidah Islam.


Begitu juga dengan yoga. Praktikalnya diambil daripada agama hindu yang dilakukan oleh sami-sami hindu di dalam gua.


Kemungkinan kita tasaaul (tertanya-tanya) di benak kita. Apa salahnya jika kita niatkan ia sebagai riadah (sukan) untuk menyihatkan tubuh badan. Kita tidak pernah anggap ia sebagai upacara keagamaan.

Maka jawapannya sepertimana sabda Nabi SAW;


( من تشبه بقوم فهو منهم - رواه أبو داود (4031)

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dikira golongan mereka" -Riwayat Abu Daud-


Ulama' menjelaskan maksud menyerupai sesuatu kaum bermaksud menyerupai sesuatu yang ada unsur keagamaan. Adapun jika unsur budaya yang tidak melibatkan agama dan dinilai baik oleh syara' maka ia diharuskan oleh agama. Islam bukan agama yang menolak kebaikan. Baik dinilai berdasarkan lunas-lunas syara3 bukan mengikut andaian kita. Seperti makan menggunakan sudu dan garfu atau makan di atas meja. Perbuatan yang demikian diharuskan oleh Islam.


Maka amalan seperti ini tidak perlu kepada niat. Kerana zahirnya sudah meniru upacara keagamaan sekalipun ia tidak berniat. Walaupun dia dikira sebagai Islam namun hukumnya tetap HARAM jika ia tidak mengetahui. Jika ia mengetahui dan masih melakukan maka boleh membawa kepada kekufuran.


Sebagaimana sabda Nabi SAW kepada Usamah;


إنما نحن قوم نحكم بالظواهر

"Sesungguhnya kami satu kaum yang menghukum mengikut apa yang zahir"



Dan kata Saidina Umar Al-Khottob R.A ;


إن أقواما كانوا يؤخذون بالوحي على عهد النبي صلى الله عليه وسلم، وإن الوحي قد انقطع بالنبوة، وإنما نحن قوم نحكم بالظواهر والله يتولى السرائر، فمن أبدى لنا صفحة عنقه أخذناه


Sesungguhnya beberapa kaum adalah mereka itu mengambil (hukum) dengan wahyu semasa zaman Nabi SAW dan sesungguhnya wahyu telah tamat dengan berakhirnya kenabian (Muhammad SAW) Adapun kami satu kaum yang berhukum berdasarkan apa yang tersurat dan Allah jua yang mengetahui yang tersirat. Maka sesiapa yang menzahirkan penentangan maka dia dihukum bunuh.


Jadi, kita tidak boleh katakan kemungkinan orang yang tidak pakai tudung tu baik. Lebih baik daripada yang pakai tudung kerana zahir yang nampak di mata kita dia telah melanggar perintah Allah Ta'ala dan melakukan perbuatan yang berdosa besar
(tidak menutup aurat) . Adapun jika dia seorang yang peramah, pemurah dan sebagainya itu persoalan yang lain yang kita tidak boleh kaitkan dengan pemakaian tudung kerana Hukumnya tetap HARAM dan berdosa besar.


Persoalan yang perlu ditanya kepada diri kita. Apakah tidak memadai dengan solat, zikir, puasa dan sebagainya sebagai proses meditasi? Islam telah mengajar bagaimana cara untuk umat Islam bermeditasi mencari ketenangan.


Bagaimana Sayyidina Ali Karramllahu wajhah ketika dipanah di dalam satu peperangan. Sahabat yang lain ingin mencabutnya maka kata beliau biarkan aku solat dahulu. Maka disolatnya dan sahabat lain mencabut panah yang menembusi tubuh Sayyidina Ali tanpa sedikitpun kesakitan yang dirasai beliau. Ajaib,, sangat ajaib. Solat yang ruhnya bermeditasi kepada Allah menghilangkan kesakitan jasad yang dialimi oleh orang yang solat.


Yakin atau tidak?? Terpulang kepada kekuatan iman kita. Kenapa kita boleh yakin dengan yoga tetapi tidak yakin dengan teknik yang diajarkan oleh Allah dan RasulNya. Kenapa dan kenapa?? Kajian sains telah membuktikan kelebihan solat. Tetapi jika tidak ada kajian ini pun sepatutnya kita lebih yakin dengan Allah yang telah menjadikan kita. Jika Allah mampu menjadikan kita dengan baik sekali berkaki bertangan, berhidung dan bermata di hadapan untuk melihat. Tidak yakinkah kita Allah berkuasa menjadikan solat dan zikir sebagai teknik terbaik untuk manusia?? Bayangkan kalau mata kita di belakang atau lubang hidung kita di atas. Sudah tentu ia merumitkan kita. Alhamdulillah 'ala husnil kholqi hakaza.


Fatwa yang sebegini diharapkan daripada pihak yang berwajib dalam menjaga kemurniaan akidah masyarakat kita yang semakin hari semakin keliru kerana kurang tumpuan kepada pendidikan agama kerana terlalu mengejar tuntutan dunia tanpa mempedulikan tuntutan akhirat.

Comments

  1. a'a..pak lah mmg keliru..

    ReplyDelete
  2. kalau dia diam kan bagus..Xdela kita tahu yg dia tak tahu..takut nnti ada orang lain yg akan keliru dengan kata2 dia..

    ReplyDelete
  3. salam..
    pak lah memang pening.. ulasan demo sama dengan kuliah ustaz zamihan semalam di masjid ana nie..dia siap tunjuk demontrasi lagi tentang yoga yang boleh membawa syirik melalui perbuatannya.. dan mentera2.. tahniah min..!

    ReplyDelete
  4. Wslm..

    Ooo yeke??ana ada baca gak tulisan dia kat blog..ana cuba bagi penjelasan dari sudut akidah dan cuba mendekatkan kefahaman dengan contoh yang mudah..

    ReplyDelete
  5. salam, itula yg penting belajar dan beramal.. btw, ya betul paklah keliru bab ni.. then lebih baik diam pada bersuara bg mengelak dari salah faham masyarakat Islam yg tidak beberapa tahu bab ini..

    ReplyDelete
  6. wslm..benar sekali kata nikube's.pendirian dia terhadap org bukan Islam boleh dipuji cuma bab ni. Padahal dia lulusan agama. Dia memang sudah keliru kita ni takut keliru gak. lebih2 lg org awam. Org umno lagi la..asal PM ckp semua betul..ni soal akidah beb..xleh buat main2..nak solat subuh xnak qunut ke, nak qunut ke xkisahla. ni soal iman dan kufur..

    ReplyDelete
  7. salam...
    pak lah memang sentiasa keliru..
    kesian2,sekrag najib pulak..
    ntahlah..doa2kanlah pimpinan kita boleh jadi yang terbaik dan layak untuk kita ikut kat belakang....

    ReplyDelete
  8. wslm..
    insyAllah..smg Allah menganugerahkan kita pemimpin yg membawa kita ke syurga bukan hanya aman damai di dunia..

    ReplyDelete
  9. kalau pening kepala, kita boleh bagi minyak angin cap kapak..
    kalau pening iman di dada.. ambik lah kapak, belah la dada..
    cuci sikit...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep f...