Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

Tutorial Meletakkan Adsense di Blog Berbahasa Melayu

Di atas permintaan ramai daripada sahabat-sahabat peminat adsense untuk berkongsi trick meletakkan adsense di blog berbahasa melayu seperti yang kawan-kawan dapat lihat di blog saya, maka saya buatkan satu tutorial di sini. Seperti yang dimaklumi oleh peminat adsense, google adsense tidak menerima blog yang 100% berbahasa melayu atau indonesia kerana google adsense menyiarkan iklan berdasarkan content blog yang kita siarkan. Sekadar untuk pengetahuan sekiranya kalian belum tahu, iklan layanan masyarakat yang menghodohkan blog kalian sebenarnya tidak dibayar walaupun diklik. Jadi untuk apa kita memasangnya. Lebih baik kalian meletakkan iklan nuffnang atau advertlets. Ada juga hasilnya. Peringatan : Trick ini menyalahi TOS google adsense kerana google adsense tidak membenarkan kita mengubah code yang disediakan untuk kita tetapi setakat yang saya gunakan dan pakar-pakar yang mengesyorkan tidak ada sebarang masalah. Jangan salahkan saya jika aka

Pak Lah Juga keliru

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta semua pihak memahami intipati fatwa yang diumumkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berkaitan amalan yoga dan tidak memutarbelitkan fakta sehingga membuat rakyat terkeliru. Perdana Menteri berkata, bagi umat Islam yang mengamalkan senaman yoga tetapi tidak menggunakan sebarang bentuk mantera, mereka boleh meneruskan aktiviti tersebut kerana ia adalah untuk kebaikan kesihatan mereka.“Saya ingin tegaskan bahawa amalan fizikal tanpa sebarang unsur-unsur pemujaan boleh diteruskan, ertinya tidak diharamkan. Saya percaya umat Islam tidak mudah untuk disyirikkan,” katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.Beliau diminta mengulas pelbagai pandangan dan kekeliruan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan yoga untuk umat Islam kerana ia melibatkan unsur mantera dan pemujaan. Perdana Menteri berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu berkecil hati mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Memahami makna syirik

  Entry ini saya tulis di atas permintaan Cikgu Eya . Khas untuk Cikgu Eya dan umum untuk kawan-kawan pengunjung blog ini. Cikgu Eya minta saya ceritakan mengenai syirik. Katanya kadang-kadang kita tidak sedar kita sebenarnya telah syirik dengan Allah SWT. Saya berharap ini dapat membantu walaupun sekadar ilmu yang sedikit. Kadang-kadang kita memandang syirik itu sebagai perbuatan jasad sahaja. Orang yang menyembah kubur, kita katakan ini perbuatan syirik. Orang yang mempercayai kayu kokka dapat menolak bala dan mendatangkan kesenangan, kita katakan ini syirik, orang yang menyembah berhala, kita katakan orang musyrik, orang yang mempercayai bomoh kita katakan orang yang syirik. Apa yang dimaksudkan dengan syirik sebenarnya?? Apakah perbuatan syirik terhad kepada perbuatan-perbuatan yang seumpama di atas sahaja atau banyak lagi perkara-perkara yang kita lakukan tanpa kita sedari sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah SWT. Wal3ieyazabillahi min zaalik.. Syi

Buat Teks Bergerak (Marquee)

Kepada akhi Arif yang bertanya dan kepada kawan-kawan yang nak buat text atau links atau gambar bergerak di blog kalian. saya cuba buat tutorial membuat teks bergerak atau marquee di sini. Marquee bukan sahaja untuk teks. Boleh juga untuk links dan gambar. buat pengetahuan Arif dan kawan-kawan yang lain, marquee boleh diletakkan di mana-mana bahagian di dalam blog. Ini coding HTML untuk marquee <marquee onmouseout="this.start()" direction="up" align="center" scrollamount="2" height="100px" onmouseover="this.stop()" width="100%">TEXT atau LINK atau URL gambar anda</marquee> Step asas Copy code di atas Pergi ke page element Add a gadget Pilih HTML/JavaScript Paste code tadi Gantikan text “TEXT atau LINK atau URL gambar anda” dengan content yang kawan-kawan nak. Panduan untuk mengedit code HTML di atas. onmouseout="this.start()" --&

Mama Masuk Wad

Assalamualaikum... Dalam kesibukan kerana mama saya dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad kecemasan selama 2 hari saya masih lagi sempat menukar template blog saya. Template sebelum ini agak sukar untuk saya menyesuaikan dengan warna adsense. Menyesuaikan warna adsense dengan warna blog adalah salah satu tips yang berkesan untuk meningkatkan earning kerana pengunjung akan menganggap ia sebahagian daripada content blog kita. Apa pandangan kawan-kawan?? Template asal bukan sebegini tetapi saya telah mengubah font dan warna mengikut citarasa saya. Sebenarnya susah untuk mencari template yang dapat memuaskan hati kita. Ada font dia cantik tapi design tak cantik. Sidebar wrapper tak smart dan sebagainya. So, saya ambil jalan mengoreksi sendiri. Tak reti pun sebenarnya dengan coding HTML. Tak pernah belajar secara khusus. Main try-try je. Banyak je tutorial kat google tu. Mesej kawan-kawan dalam Cbox tu hilang bukan sebab saya menukar template tetapi saya tersalah setting di dalam

Kenapa perlu bertarikat??

Fahmi: salam,ustaz...nak tanya kenapa kita perlu bertarikat dan kenapa kata fahaman wahabi adalah bahaya?.Adakah kita boleh menghukum sesorang itu dgn mengatakan dia wahabi? Wa'alaikumussalam.. Apabila berbicara persolaan tarikat maka tidak dapat tidak kita harus memahami tasawwuf. Apa itu tasawwuf?? Satu ilmu yang membincangkan perihal perbuatan hati seseorang manusia daripada segala perbuatan yang mahmudah dan mazmumah. Adapun perihal sah, batal, syarat, fasid, mani' dan yang zahir daripada ibadah termasuk di dalam perbahasan ilmu feqah. Persoalan i'tiqad dan aqidah pula dibicarakan di dalam ilmu usuluddin ataupun dinamakan juga sebagai ilmu kalam, ilmu tauhid dan lain-lain nama. Tarikat atau thoriqah di dalam bahasa arab tu suatu jalan atau methodologi dengan manhaj-manhaj yang tersusun melalui pengalaman ahlinya untuk mengenali Allah, mencintai Allah, mengenali siapa Rabb dan siapa abdun dan mengenal hakikat hamba dan kehambaan kepada Allah SWT.. Proses mujaha

Panggilan daripada Penjara

Hari ini abah menerima panggilan daripada penjara Pengkalan Chepa. Panggilan tu bukanlah sebab saya melakukan kesalahan jenayah tetapi pegawai dari sana bertanyakan tentang saya untuk diserap menjadi tenaga pengajar di sana. Seminggu sekali mereka mengadakan kuliah fardhu ain dan lain-lain untuk banduan di dalam penjara. Rezeki datang mencurah-curah sekembalinya saya daripada bumi barakah mesir untuk bercuti. Saya fikir percutiaan saya hanya dihabiskan di rumah bersama keluarga tanpa komitmen luar. Bermula dengan kuliah maghrib di masjid dan surau sekitar Kota Bharu, kuliah sekali seminggu di Kolej Kejururawatan Kota Bharu dan jemputan ceramah Ramadhan di JKR Negeri Kelantan. Sepanjang Ramadhan pula saya diamanahkan untuk menyampaikan kuliah subuh di sebuah surau seperti yang saya pernah cerita di entri yang lalu. Selepas daripada hari raya sehingga sekarang saya hanya memberikan kuliah di tiga tempat sahaja untuk dua kuliah maghrib dan satu kuliah sebelum Jumaat

Adsense Porno

Apa hukum adsense ustaz?? Memandangkan ada sahabat yang bertanya, maka saya cuba memberi sedikit panduan. Hukum adsense mubah (harus) pada hukum asalnya kerana tidak terdapat unsur kezaliman kepada mana-mana pihak. Asas jual beli dalam Islam ialah saling meredhai dan tidak wujud unsur penipuan atau yang haram. Google adsense telah mensyaratkan kandungan blog tidak mengandungi unsur-unsur gambar lucah , video porno atau minuman keras . Walaupun begitu tidak semua blog porno di ban oleh google. Ini kemungkinan disebabkan Encik Google terlepas pandang atau kerana blog tersebut tidak mengandungi porno yang melampau. Blog porno mudah untuk mendapat traffic yang tingg i dan menjamin hasil pulangan yang lumayan kepada earning adsense . Persoalannya apa hukum hasil adsense yang sebegini?? Hukumnya HARAM . Porno atau separa porno atau melayuboleh atau yang seumpama dengannya adalah HARAM . HARAM juga jika kita membuat satu video yang menipu dengan memasukkan sedikit unsur porno supaya

Aduhai Adsense

Hari ni saya nak cerita sikit pasal rahsia adsense . Kalau yang tak minat tu tak payah baca ler tapi kalau nak baca gak sebab nak tahu boleh je. Kawan-kawan perasan tak blog saya ni ada iklan adsense?? Mestila perasan kan cuma tak nak klik je. Hehehe.. Nak tahu?? Jom baca,, Kepada yang tak tahu lagi, google adsense ni dia tak boleh terima blog 100% Bahasa Melayu macam blog saya ni. Sebab dia tak boleh nak relate dengan iklan dia. Tapi setelah membuat sedikit kajian dan penyelidikan (hehehe..macam nak wat PHD) saya telah menjumpai satu rahsia. Caranya simple sahaja, tapi risikonya berkemungkinan pakcik google akan marah dan ban akaun saya. Sekarang masih lagi dalam eksperimen. Kalau ikut syarat yang ditetapkan kita tidak dibenarkan mengubah code iklan dia. Tapi saya takdela ubah cuma buat penambahan code sikit. Kira ubah juga la kan sebab berubah dari code asal dia. huhuhu.. Kalau kawan-kawan berminat nak pasang adsense di blog Bahasa Melayu boleh contact saya tapi kalau kena b

Diari Seorang Pemidato

"Gambar kenangan delegasi KUSZA ke KUIS" Assalamualaikum,, ni Mohd Al-Amin ke?? Wa'alaikumussalam.. Ya saya, siapa ni?? Saya cuba mendapatkan kepastian daripada pemanggil yang saya tidak berapa cam suaranya di dalam telefon. Ana ni Ustaz Talib. Ust Talib memperkenalkan diri. Ya Ustaz Talib. Ada apa Ustaz? Saya cuba bertanya dengan hati penuh persoalan menanti jawapan daripada Ustaz Talib. "Aku ada buat salah apa ya". Hati saya tertanya-tanya membuat seribu andaian. Enta boleh datang ke pejabat ana di HEP tak? Sekarang ke Ustaz?? Ya,,sekarang. Cepat sikit ya.. Seribu persoalan bermain di fikiran saya. Tertanya-tanya apakah yang telah saya lakukan sehingga dipanggil ke HEP. Saya cuba bergegas ke sana dengan hati penuh debaran. Ya Allah,, ampunilah dosa hamba-Mu ini. Kedatangan saya di sambut dan di jemput ke bilik Ustaz Talib. Ini kali pertama saya masuk ke bilik pegawai HEP walaupun sudah dua tahun di KUSZA. Ada apa ya Ustaz?? Saya mulakan perbualan kerana tidak

Cakap tak serupa bikin

"Inilah rupa kitab yang dicari..Kitab At-Toriq ilallah karangan Dr Ali Juma'ah" "Ust Din macamana dengan kitab tu,, ada tak??". Tanya saya kepada Ust Din. Ust Din merupakan timbalan yang dipertua dewan perwakilan mansurah. Kitab yang saya minta beliau tolong belikan untuk pengajian di Markaz pelajar Malaysia di Mansurah sebelum saya kembali ke Malaysia iaitu kitab At-Toriq ilallah karangan Dr Ali Jumaah, Mufti Mesir sekarang . Pada awal perbincangan kami, Ust Din meminta saya untuk mensyarahkan kitab matan al-Ajrumiyyah tetapi saya mencadangkan kitab ini kerana mutiara-mutiaranya cukup bernilai untuk kita berjalan menuju Allah. Al-Ajrumiyyah sebuah kitab matan nahu yang sangat agung kerana kebanyakan pondok-pondok, universiti-universiti di Malaysia, Indonesia dan di tanah arab sendiri menggunakan kitab ini. Dengan kata lain, tidak ada seorang pun daripada ulama’-ulama’ kita yang dapat menguasai qawaid asasiyyah dalam nahu melainkan bermula d

Obama dan harapan Umat Islam??

"Obama, isteri dan dua anaknya " Barack Hussein Obama, 47 secara rasminya telah memenangi pilihanraya Presiden Ameika Syarikat. Obama merupakan orang kulit hitam yang pertama yang mendapat kuasa tertinggi itu dalam tempoh 232 tahun sejak Amerika mencapai kemerdekaan daripada Britain seterusnya menduduki White House. Tidak dilupakan juga Obama merupakan keturunan Islam yang pertama yang memenangi jawatan tersebut. Tetapi sejauh mana prinsip Islam yang Obama pegang itu kita tidak dapat pastikan. Apa yang saya nampak isterinya tidak bertudung. Mugkin di negara barat seperti Amerika isu tudung dianggap biasa dan kemungkinan juga Obama cuba untuk tidak menonjolkan Islam yang diamalkan untuk meraih sokongan bukan Islam. Sebenarnya jika kita membuat sedikit pembacaan di laman berbahasa Inggeris kita akan mendapati ada pro and contra samada Obama seorang yang Muslim atau pun tidak. Seperti di laman danielpipes . Saya cuba memetik katanya : But was he ever a Muslim