Skip to main content

Tutorial Meletakkan Adsense di Blog Berbahasa Melayu


Di atas permintaan ramai daripada sahabat-sahabat peminat adsense untuk berkongsi trick meletakkan adsense di blog berbahasa melayu seperti yang kawan-kawan dapat lihat di blog saya, maka saya buatkan satu tutorial di sini.


Seperti yang dimaklumi oleh peminat adsense, google adsense tidak menerima blog yang 100% berbahasa melayu atau indonesia kerana google adsense menyiarkan iklan berdasarkan content blog yang kita siarkan.


Sekadar untuk pengetahuan sekiranya kalian belum tahu, iklan layanan masyarakat yang menghodohkan blog kalian sebenarnya tidak dibayar walaupun diklik. Jadi untuk apa kita memasangnya. Lebih baik kalian meletakkan iklan nuffnang atau advertlets. Ada juga hasilnya.


Peringatan : Trick ini menyalahi TOS google adsense kerana google adsense tidak membenarkan kita mengubah code yang disediakan untuk kita tetapi setakat yang saya gunakan dan pakar-pakar yang mengesyorkan tidak ada sebarang masalah. Jangan salahkan saya jika akaun kalian diban..hehehe..

Saya harap perkongsiaan ini memberi harapan kepada blogger Malaysian dan Indonesian untuk terus berblog dan disamping itu menjana pendapatan melalui blog kalian. Untuk apa javasricpt yang memberatkan proses loading blog kalian tetapi tidak memberikan pulangan untuk kalian. Ayuh gantikan dengan adsense.


Sudah tentu kalian tidak sabar-sabar untuk mengetahui bagaimana caranya. Jom ikuti dua step mudah untuk meletakkan adsense di blog Bahasa Melayu kalian.


Di bawah contoh javasript yang disediakan oleh google adsense;


<script type="text/javascript"><!--
google_ad_client = "pub-2837217737791167";
/* 468x60, created 7/3/08 */
google_ad_slot = "2846927536";
google_ad_width = 468;
google_ad_height = 60;
//-->
</script>
<script
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js" type="text/javascript">
</script>


Dua langkah mudah;

Langkah pertama : buang code yang berwarna biru di atas.

Langkah kedua : tambahkan code google_language= "en"; dibawah code google_ad_height = 60;



Perhatian : Pastikan code-code seperti google_ad_client, google_ad_slot, google_ad_width, dan google_ad_height diubah mengikut format kalian inginkan dan id akaun adsense kalian.

 

Cara mudah kalian copy code yang disetting di akaun adsense kalian kerana id kalian telah dimasukkan secara automatik dan format iklan mengikut pilihan kalian. Kemudian kalian ikuti dua langkah mudah di atas.


Kemudian kalian pasang di mana-mana bahagian yang kalian rasa dapat menarik perhatian pengunjung untuk mengkliknya. Tunggu beberapa minit untuk google memastikan kandungan blog kalian dan kemudian iklan adsense berjaya dipapar di blog kalian. Selamat mencuba.


Saya tidak berniat untuk meminta bayaran daripada perkongsian tutorial yang ikhlas ini cuma sedikit permintaan saya, apa salahnya jika kalian meletakkan link blog saya diblog kalian atau meletakkan blog saya sebagai blog list kalian. Terima kasih.

Comments

  1. salam,
    huhu tutorial yg menarik. Tak sangka ia boleh diubah mcm tu skali ye.. tQ for the share ^_^

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikassalam..
    Sharing is caring..smg kita dapat manfaatkan bersama..

    ReplyDelete
  3. salam. kalau di WP lepas tak?
    ke di blogspot je?

    ReplyDelete
  4. tapi sebelum tue kena daftar macamna? setting english ker?? adoi... yang nie yg saya x lepas nie...

    by the way... masa saya bukak page ustaz ni tadi , iklan sebelah kanan atas ustaz tadi ada keluar iklan sexy wallpaper... hhmm... bahaya nie.. 

    ReplyDelete
  5. masa register mmg kena setting english..tengok kat sini http://al-amindaud.blogspot.com/2009/01/panduan-mudah-mendaftar-google-adsense.html

    Tu bahaya tuh..time ana bukok xkeluar plop..hehehe..kena filter dia punya address..

    ReplyDelete
  6. kalau keluar gambar pelik2 enta klik dan bagi ana link dia..copy link bg kat ana..ana nak filter..ana xleh klik sendiri..kena ban nanti..hehehe..

    ReplyDelete
  7. menarik dan rasa berminat.. tapi pening la. kena g 'menadah' laptop gak dengan ustaz Amin ni. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…