Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Falsafah

Apa itu falsafah??

Perkataan Falsafah فلسفة   ialah kalimah معربة   mu’arrabah (bukan asal perkataan arab tetapi dijadikan kalimah arab) Asal perkataan ini daripada bahasa Greek lama yang terdiri daripada dua perkataan dan dicantumkan menjadi satu perkataan. 1) Philo فيلو : Bermaksud mahabbah (cinta). 2) Sophia سوفيا : Bermaksud hikmah. Apabila digabungkan maka jadilah maknanya cintakan hikmah. Adapun ahlinya disebut فيلوسوف   (failusuf) yang membawa maksud  محب الحكمة   (muhibbul hikmah = pencinta hikmah) Ahli sejarah berbeza pandangan dalam menetukan siapa yang mula-mula menggunakan dua kalimah ini. Dikatakan oleh ahli sejarah, dua perkataan ini tidak pernah digunakan kecuali pada kurun ke 6 sebelum milad (iaitu sebelum kelahiran Nabi Isa Al-Masih) atau sebelum masihi. Dikatakan فيثاغورس (Pitagoras) yang mula-mula menggunakan perkataan ini dan juga menggabungkan di dalam satu tarkib (susunan perkataan). Ini dapat dilihat melalui perkataan beliau yang menye...