Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Nukilan Hati

Layar Kehidupan..

  Puisi kehidupan   Kehidupan,, Ibarat pelayaran di lautan luas.. ada pasang ada surut.. Ada ombak ada badai.. Ada gelap ada cerah.. Bukan laut jikalau tidak berombak.. Tiada ombak jikalau tidak bergelora.. Kerana geloranya ombak.. Laut menjadi pantai.. Bayangkan laut tanpa ombak,, Bukan lagi pantai namanya,, Fikirkan ombak tanpa gelora,, Jadilah sengau yang mengalir sepi,, Destinasi kita semuanya sama,, Tapi arah yang membezakannya,, Sampai masa kan tiba jua,, Sampai atau tidak,, Nakhoda penentunya..     Nukilan: Mohd Al-Amin Bin Daud Mansurah 2.33 am.

Perutusan Eidilfitri

Kad Raya untuk kawan-kawan semua Assalamualaikum.. Sempena eidilfitri yang mulia ini, Al-Amin Daud ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat semua sahabat-sahabat di Mesir, di Malaysia khususnya di UDM Kusza, pensyarah-pensyarah dan guru-guru yang banyak mendidik jiwa ini, Sahabat-sahabat iluvislam, sahabat UK dan semua yang mengenali diri ini.. Ampun maaf dipinta andai sepanjang mengenali diri ini ada tersilap dan tersalah. Semoga kegembiraan kita dalam menyambut 1 Syawal tidak melenyapkan kesedihan kita berpisah dengan Ramadhan. Ramadhan tetap dirindui kehadiranmu. Ya Allah, sampaikan aku pada Ramadhan yang akan datang.. Ameen..

Aku Yang Faqir

  Aku Si Faqir Yg Berkelana.. Musafir Jauh Menuju Sana.. Datang Mencari Sirna Bahagia.. Agar Kegelapan Kembali Bercahaya.. Diri Ini Menanti Pergi.. Menjadi Pelakon Watak Sendiri.. Entahkan Untung Entahkan Rugi.. Entahkan Suka Entahkan Sepi.. Semuanya sudah ditentukan Ilahi.. Hanya Dia Tempat Tujuan.. KeredhanNya Saja Yg Kudambakan.. MaghfirahNya Jua Yg Kuharapkan.. Agar Ku Kembali Dgn Jiwa Yg Tenang.. Wahai Tuhan Rabbul 'Izzati, Kini Aku Jatuh Terbelenggu.. Dek Noda Yg Pernah Kulaku.. Dek Dosa Yg Datang Menghantu.. Terimalah Aku Sbg HambaMu.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku Yg Satu.. Khamis 1:07am .. di bumi mesir, mansurah

..::bUaT iNsaN beRnaMa keKaSih::..