Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Selamat kembali ke malaysia

    “9 jam bersama Egypt Air” Assalamualaikum.. Makluman kepada sahabat-sahabat semua, ana sudah sampai ke Malaysia jam 4 petang waktu Malaysia 9 Nov 09. Berlepas ke Kota Bharu jam 6.25 petang dan sampai di airport Pengkalan Chepa selepas 55 minit penerbangan dari KLIA. Jazakumullahu khairan jazak diucapkan kepada semua warga Mansurah yang sudi datang ke rumah dan kepada sahabat-sahabat yang menghantar kami ke mathor (airport). Jazakumullahu khairan jazak juga diucapkan kepada hamba Allah yang meng"sponsor” 2 biji tremco ke mathor. Jazakumullahu khairan jazak kepada akhi kamil yang mengadiahkan baju yang paling disukai beliau kepada ana. Walaupun pertemuan kami hanya seketika kerana Ust Kamil baru tahun ini sampai ke bumi Mansurah tetapi saat yang sedikit itu amat ana hargai. Semoga Akhi Kamil terus tabah berada di sana dan tertunai segala cita-cita dan impian akhi untuk mendamba mutiara ilmu di sana.   “Akhi Kamil menjemput makan dirumah beliau,Syukran Ya Akh