Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2008

Islam Untuk Semua

Takbir!!! Takbir!!! Takbir!!! Mungkin inilah agaknya laungan yg kedengaran di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan negeri2 yg ada pendokong dan penyokong perjuangan Islam. Rugi sekali aku rasakan kerana tidak dapat bersama menghayati suasana “tsunami politik” yg berlaku di Negara kita. Walaupun kami yg berada di sini layak mengundi tetapi tidak mampu utk balik melaksanakan amanah Allah dek jarak yg memisahkan namun doa dan airmata pengharapan tetap mengiringi perjuangan Islam di tanah air. Keterbatasan jarak tidak memisahkan kami untuk mengambil tahu soal negara tercinta kerana sabda Nabi SAW : حب الوطن من الإيمان "Cintakan Tanahair itu Sebahagian daripada Iman" Dengan kemudahan internet yg ada, kami mengikuti perkembangan dari awal liku2 sampailah kepada kemenangan besar Barisan Alternatif di dalam pilihanaraya umum kali ini. Tanpa disedari air mata jatuh membasahi pipi, tanda syukur di atas kemenangan ini.Kemenangan PAS bukanlah kemenangan wakil rakyat dan parti semata2 te