Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2017

Kefahaman umum berkaitan Wahhabi dan Ekstremisme

بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله  وعلى آله وصحبه ومن والاه  أما بعد Wahhabi sangat marah apabila disebut Tauhid 3 menjadikan mereka kelompok ekstremis. Lantas mereka akan berhujjah Ahl al-Sunnah Wa Al-Jama'ah juga ada yang ekstrem. Kita perlu bezakan antara manhaj dan individu. Adapun yang disebut Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah juga ada yang ekstrem itu merujuk kepada individu bukan manhaj kerana manhaj Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah tidak pernah mengkafirkan atau menyesatkan seorang muslim di atas perbezaan pada cabang agama. Berbeza dengan Wahhabi, manhaj mereka itu sendiri yang mengajar mereka untuk menjadi ekstrem di dalam beragama. Mereka menyesatkan umat Islam di atas perkara khilafiyyah furu’iyyah (cabang) agama seperti tawassul, tabarruk, amalan baru yang mempunyai dasar di dalam agama dan lain-lain. Mereka juga menganggap hanya pendapat yang mereka pilih sahaja yang benar. Selain mereka tidak benar. Mereka juga menganggap hanya me

Pak Pandir VS Pak Engku - Zikir Allah! Allah! Bid’ah

Pak Pandir : Zikir Allah! Allah! tidak ada makna. Nabi tak ajar bla..bla.. Pak Engku : Allah سبحانه وتعالى berfirman ; وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. (Surah al-Insan:25) Apakah Allah bukan nama Tuhan kamu? Daripada Anas رضي الله عنه : Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Tidak akan berlaku qiamat sehingga tidak ada lagi yang menyebut di muka bumi Allah! Allah!” (Riwayat Muslim) عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "لاَ تَقُومُ السَّاعةُ حَتَّى لاَ يُقَالَ فِي الأَرْضِ: الله، الله". رواه  مسلم. Apakah Pak Pandir ingin mengatakan Nabi mengajar perkara yang sia-sia berdasarkan kepada hadith ini? Apakah Pak Pandir ingin mengatakan sahabat Nabi iaitu Bilal Bin Rabah رضي الله عنه mengatakan yang sia-sia kerana menyebut Ahad! Ahad! ketika diseksa? Zikir Ahad! Ahad! juga termasuk di dalam zikir ism