Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

Perutusan Eidilfitri

Kad Raya untuk kawan-kawan semua Assalamualaikum.. Sempena eidilfitri yang mulia ini, Al-Amin Daud ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat semua sahabat-sahabat di Mesir, di Malaysia khususnya di UDM Kusza, pensyarah-pensyarah dan guru-guru yang banyak mendidik jiwa ini, Sahabat-sahabat iluvislam, sahabat UK dan semua yang mengenali diri ini.. Ampun maaf dipinta andai sepanjang mengenali diri ini ada tersilap dan tersalah. Semoga kegembiraan kita dalam menyambut 1 Syawal tidak melenyapkan kesedihan kita berpisah dengan Ramadhan. Ramadhan tetap dirindui kehadiranmu. Ya Allah, sampaikan aku pada Ramadhan yang akan datang.. Ameen..

Hari Jumaat Yang "Capet"

Hari Jumaat dua hari yang lepas saya agak kecapetan sedikit. Selepas daripada sahur seperti biasa saya akan menyampaikan kuliah subuh di sebuah madrasah yang terletak lebih kurang 1km dari rumah saya. Biasanya abang ke-2 saya dan adik lelaki bongsu saya akan ikut bersama. Saya anak yang ketiga dari 11 adik beradik.. Ramai tak?? Hehehe.. Best tau time raya camni.. Kebetulan tahun ni semua ada di rumah. Memang riuh la dengan usik guraun kami.. Alhamdulillah Allah Ta'ala menjadikan kami adik beradik agak rapat. Pada jam 9.30 pagi saya dijemput menyampaikan ceramah di Kolej Kejururawatan lagi. Kali ini untuk pelajar-pelajar semester 5. Tajuk yang diminta ialah “lailatul Qadr” . Seperti biasa saya akan membuka sesi soal jawab kepada mereka kerana dengan cara ini saya tahu apa yang mereka ingin tahu. Ada juga persoalan yang dilontarkan berkaitan dengan kerjaya mereka sebagai jururawat. Selepas asar saya dijemput pula untuk menyampaikan ceramah di sebuah masjid mukim yang a

Kolej Kejururawatan

Pagi ni, Al-Amin Daud dijemput memberikan ceramah di Kolej Kejururawatan Cawangan Kelantan di Kota Bharu. Ceramah berkisar mengenai Ramadhan yang tinggal hanya sebelas hari sahaja lagi. Pendekatan ceramah yang disampaikan lebih kepada sesi soal jawab kepada permasalahan hukum yang berkaitan dengan puasa. Ceramah dimulakan dengan dengan membicarakan pengertian puasa dari aspek bahasa dan syara'. Kemudian Al-Amin Daud menjelaskan kenapa Ramadhan dinamakan dengan Ramadhan. Ramadhan diterbitkan dari perkataan "ramadha" yang bermaksud sangat panas. Ini kerana kebiasaan di negara arab pada bulan Ramadhan musimnya panas dan berpendapat sebahagian daripada ulama' ialah kerana pada bulan puasa Allah Ta'ala membakar dosa orang-orang yang berpuasa dengan puasanya. Maka dengan sebab itu dinamakan dengan Ramadhan. Sepertimana Sabda Nabi SAW ; Solat kepada solat yang lain, Jumaat kepada Jumaat yang lain dan Ramadhan kepada satu Ramadhan yang lain merupakan "

2 Mata

Berapa ramai daripada kita yang menangis kerana putus cinta? Berapa ramai daripada kita yang menangis kerana orang yang kita sayang meninggalkan kita? Berapa ramai daripada kita yang menangis kerana gagal dalam exam? Berapa ramai daripada kita yang menangis kerana menonton filem hindustan? Berapa ramai daripada kita yang menangis kerana penyakit dan kesempitan yang ditanggung? Tetapi,, Berapa kali mata kita menitiskan airmata kerana takutkan Allah?? Tepuk dada tanya iman.. Andai mata kita tidak bisa menitiskan airmata di atas setiap dosa dan noda yang pernah kita lakui, ketahuilah sebenarnya hati kita telahpun mati sebelum matinya jasad yang memiliki hati..

UZAR Vs Raja Petra

Tulisan ini adalah hujah balas kepada Raja Petra Kamaruddin dan rakan seangkatan dengannya (anti hadis dan Islam Liberal) berkenaan aurat wanita Muslim di dalam blog popularnya (Malaysia Today). Sumber RAKAN RAJA PETRA MENULIS: Di dalam artikel tersebut ada ayat yg mengatakan: "Nampaknya, tudung hanyalah di "kurniakan" kepada isteri-isteri Nabi dan bukan ke atas semua wanita..." Jadi saya telah melihat ke dalam Al-Quran dan menjumpai beberapa benda. 1) "Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59) Komen: Pertamanya, lihat maksud ayat "supaya mereka boleh dikenali dan tidak diganggu". Ini bermakna sekurang-kurangnya, bahagian muka mesti boleh dilihat. Adalah

Raja Petra Hina Islam

"Gambar Raja Petra bersama Isteri" PUTRAJAYA 5 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam hari ini membuat laporan polis ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (gambar) ekoran beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.   Laporan polis ke atas laman web dan penulis blog tersebut turut dilakukan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Balai Polis Putrajaya di sini pada pukul 12.30 petang. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz yang mengetuai kumpulan agensi tersebut berkata, pihaknya memberi perhatian berat terhadap beberapa artikel yang ditulis oleh Raja Petra antaranya yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam, Nabi Muhammad dan umat Islam. ''Tul

Ceramah Ramadhan di JKR

Pada 4.9.2008 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1429 Hijrah, Al-Amin Daud telah dijemput untuk memberikan ceramah di Pejabat JKR Cawangan Elektrik Negeri Kelantan dengan tajuk "Persiapan sebelum puasa, rukun dan sayarat-syarat puasa serta kelebihan bulan Ramadhan. Ceramah ini diberi tempoh selama satu jam namun terlebih sehingga sejam 15 minit kerana perbincangan menjadi hangat dengan sesi soal jawab yang ditujukan oleh hadirin. Hadirin yang hadir termasuk Tuan Pengarah, kakitangan-kakitangan JKR, kerani-kerani dan pelajar-pelajar praktikal yang berkerja di pejabat tersebut. Jazakumullah khairan Jaza' diucapkan kepada semua yang terlibat kerana memberi kepercayaan kepada Al-Amin Daud untuk menyampaikan ceramah tersebut. Persoalan yang dilontarkan berkisar mengenai puasa dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Persoalan jamak dan qasar juga ditujukan memandangkan ramai dari kakitangan yang akan balik bercuti ke kampung masing-masing sempena aidilfitri nanti. Ini merupakan kali pe