Hari Jumaat dua hari yang lepas saya agak kecapetan sedikit. Selepas daripada sahur seperti biasa saya akan menyampaikan kuliah subuh di sebuah madrasah yang terletak lebih kurang 1km dari rumah saya. Biasanya abang ke-2 saya dan adik lelaki bongsu saya akan ikut bersama. Saya anak yang ketiga dari 11 adik beradik.. Ramai tak?? Hehehe.. Best tau time raya camni.. Kebetulan tahun ni semua ada di rumah. Memang riuh la dengan usik guraun kami.. Alhamdulillah Allah Ta'ala menjadikan kami adik beradik agak rapat.
Pada jam 9.30 pagi saya dijemput menyampaikan ceramah di Kolej Kejururawatan lagi. Kali ini untuk pelajar-pelajar semester 5. Tajuk yang diminta ialah “lailatul Qadr”. Seperti biasa saya akan membuka sesi soal jawab kepada mereka kerana dengan cara ini saya tahu apa yang mereka ingin tahu. Ada juga persoalan yang dilontarkan berkaitan dengan kerjaya mereka sebagai jururawat.
Selepas asar saya dijemput pula untuk menyampaikan ceramah di sebuah masjid mukim yang agak besar. Masjid Mukim Teluk. Apatah namanya..Lupa daa.. Masjid Mubin kot.. Jaraknya agak jauh dari rumah saya. Mengambil masa lebih kurang setengah jam bagi pemandu yang berhemah. Audience lebih kurang seratus orang termasuk muslimat menggerunkan jiwa yang kerdil ini. Tajuk yang diminta juga berkisar mengenai “lailatul Qadr”
Pada jam 4 pagi pula saya diminta mengimami qiamullai dan seterusnya pagi itu menyampaikan kuliah subuh seperti biasa.
Begitulah jadual hari Jumaat saya yang lepas. Alhamdulillah sekurang-kurangnya kepulangan saya ke Malaysia tidak kosong. Harapan masyarakat kepada pelajar Al-Azhar yang dipandang tinggi tidak saya sia-siakan. Teringat pesan guru saya, Ustaz Hasanuldin (Pensyarah UDM Kusza) “ Enta balik ke Malaysia, enta cuba terjun ke dalam masyarakat dan enta tengok apa tatollubat ( keperluan ) masyarakat kita pada hari ini “ Alhamdulillah dengan pesanan yang diberikan dan dengan kekuatan yang Allah kurniakan kepada saya akhirnya saya dapat mempelajari banyak perkara yang saya tidak akan jumpa samasekali di dalam mana-mana kitab dan mana-mana kuliah iaitu “SEBUAH PENGALAMAN”.

"Ini gambar semasa ceramah di Masjid Mukim Teluk yang dicapture secara diam-diam oleh abang saya dengan menggunakan n73. Thanx Bro Hapiz"
salam..sejuk hati aku tgk sahabat aku sorang nih...syukur dapat kawan ngn alamin..hehehehe
ReplyDeleteTo anonymous ;
ReplyDeletewslm..sapa agaknya ni??knp xtinggal nama..aku pun syukur gak dapat kawan ngn mun walaupun aku xtahu sapa ni..hehehe..