Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2007

Fatwa-Fatwa Ringkas

Sumber Rujukan : Dar Ifta' al-Misriyyah 01.Hukum pakai cincin besi bagi orang lelaki? Makruh . Kata setengah ulama' Haram. 02.Saei di antara Sofa dan Marwah menggunakan laluan lama dan baru yang diperluas? Sah saeinya . Setengah pendapat mensyaratkan darurah dalam menggunakan laluan baru yang diperluas. 03.Sambutan maulid Ahli Bait Rasulullah dan para masyaeikh tarikat? Harus. 04.Hukum menemui paderi atau sami budha untuk tujuan berubat? Haram dan boleh bawa kepada syirik. 05.Hukum berhubung dengan jin? Tidak harus berhubung dengan jin dengan apa jua cara. 06.Hukum jual barang (yang dibeli secara ansuran) dengan cash? Sah jualan tersebut. 07.Hukum solat di belakang imam yang bermazhab bukan Syafe'i? Sah solatnya. 08.Suara perempuan aurat? Yang rojih bagi kami ialah suara perempuan itu tidak aurat pada zatnya. Akan tetapi melembutkan suara itu dengan perkataan akan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram adalah dilarang. 09.Pergaulan lelaki perempuan di universiti? Ti