Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tazkirah Diri

Salam Imtihan..

Salam imtihan kepada semua Al-Azhari dan Al-Azhariyyah yang mengenali diri ini. Semoga kejayaan menanti kita untuk dikongsi bersama dengan perjuangan Islam. Firman Allah SWT; Dia yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang paling baik amalan -al-mulk. Allah Ta'ala menyebut kalimah kematian mendahului kalimah kehidupan. Ini menunjukkan priority kepada kematian itu lebih utama berbanding dengan kehidupan. Kehidupan itu hanya sementara walaubagaimanapun kita. Mungkin umur kita mencecah seratus tahun tetapi tetap juga akan mati dan kembali menemui Sang Khalik. Akhirat merupakan darul abadi. Negeri yang kekal. Jika kejayaan kita di sana maka kejayaan itu akan kekal abadi namun jika kegagalan kita di sana, kita tidak akan lagi diberikan exam untuk paper kedua. Dunia inilah satu-satunya paper untuk kita mendudukinya dan resultnya akan menentukan kejayaan kita di sana. Jika kita menyedarinya nescaya kita tid...

Kemiskinan Bukan Alasan..

“Adik Nur Madihah bersama ibu dan ayahnya di teratak kediaman mereka” Sebak hati membaca kisah perjalanan dan menatap pondok kediaman adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A. 19 A1 dan 1 A2. Tanpa disedari air mata membasahi pipi mengungkap setiap bait kata-katanya yang membahasakan diri sebagai kakak. Betapa kemiskinan dan kesusahan itu bukanlah suatu alasan untuk kita gagal bahkan ia menjadi pendorong yang sangat luar biasa untuk meraih sebuah kejayaan. Adik Nik Nur Madihah yang belajar di sekolah Maahad Muhammadi Lilbanat di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan merupakan anak sulung daripada 4 beradik ini merupakan anak kepada seorang nelayan dan ibunya bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Malaysia Kelantan. Beliau tinggal di Kampung Parang Puting di mana sekolah rendah saya dahulu dan kampung saya membesar tapi saya tidak pernah mengenali adik ini sehinggalah kejayaan ini menjadikan beliau selebrit...

Hagah Sa3ah dan Iklan???

tetamu prihatin: salam ustaz al-amin. tetamu prihatin: emm..agak kurang menarik,kalo blog yg bercirikan keislaman,tapi mempunyai ads nuffnang yg mempamerkan holiday in israel..harap blh lebih berhati2..(may be ia random,tp harap blh dperbetulkan).. Assalamualaikum.. Selepas isu gambar yang ada minuman pepsi ditegur oleh sahabat pengunjung ke blog saya, hari ini saya mendapat satu lagi teguran yang positif daripada seorang pengunjung yang menamakan diri beliau sebagai tetamu prihatin yang sangat prihatin lebih-lebih di saat kesedihan dunia Islam terhadap kezaliman rejim zionis yang tidak sudah-sudah memusuhi umat Islam Palastein yang tidak pernah mengganggu mereka. Entry ini bukanlah untuk mebela diri kerana yang salah itu tetap salah dan saya terima sebagai nasihat daripada sahabat seagama. Jazakumullahu khairan jazak. Isu pepsi saya telah jelaskan di ruangan komentar dengan menyatakan situasi saya yang agak terpaksa tetapi sebenarnya boleh sahaja untuk saya tidak minum sehinggalah s...

Salam Tahun Baru

Kesibukan untuk menghadapi imtihan yang tinggal beberapa minggu lagi menjadikan blog saya terbiar ibarat rumah usang tanpa penghuni.. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan salam tahun baru kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Terima kasih kepada sahabat seperjuangan saya yang sama-sama masih lagi berjuang di bumi anbiya' di atas kad ucapan di atas.. Semoga tahun baru yang hadir setiap tahun akan memperbaharukan juga iman kita seperti saranan Nabi SAW kepada sahabat untuk sentiasa memperbaharui iman mereka. Maka tanya sahabat. Bagaimana untuk kami memperbaharui iman kami wahai Rasulullah. Maka jawab baginda dengan memperbanyakkan menyebut la ilaha illallah.

Panggilan daripada Penjara

Hari ini abah menerima panggilan daripada penjara Pengkalan Chepa. Panggilan tu bukanlah sebab saya melakukan kesalahan jenayah tetapi pegawai dari sana bertanyakan tentang saya untuk diserap menjadi tenaga pengajar di sana. Seminggu sekali mereka mengadakan kuliah fardhu ain dan lain-lain untuk banduan di dalam penjara. Rezeki datang mencurah-curah sekembalinya saya daripada bumi barakah mesir untuk bercuti. Saya fikir percutiaan saya hanya dihabiskan di rumah bersama keluarga tanpa komitmen luar. Bermula dengan kuliah maghrib di masjid dan surau sekitar Kota Bharu, kuliah sekali seminggu di Kolej Kejururawatan Kota Bharu dan jemputan ceramah Ramadhan di JKR Negeri Kelantan. Sepanjang Ramadhan pula saya diamanahkan untuk menyampaikan kuliah subuh di sebuah surau seperti yang saya pernah cerita di entri yang lalu. Selepas daripada hari raya sehingga sekarang saya hanya memberikan kuliah di tiga tempat sahaja untuk dua kuliah maghrib dan satu kuliah sebelum Jumaat...

Kita Adalah Da'ie

"Ajaklah kepada jalan Tuhan kamu dengan penuh hikmah (jangan marah,jangan berkasar,jangan membenci jika mereka tidak mahu mendengar, jangan berputus asa dari mengajak mereka) dan mau'izah yang baik (bukan dengan mencaci atau mencela). Dan bemujadalah (berdebat) dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Allah mengetahui siapa yang kesesatan dari jalan yang benar dan Allah lebih mengetahu siapa yang mendapat petunjuk" Ayat di atas merupakan tarbiyah terbaik bagi seorang dai'e. Kasar, cela mencela, caci mencaci bukalah cara yang diajar oleh Allah. Kalian pasti merasa benci jika ada yang menghina dan mencaci kalian apakah kalian kira mereka suka jika mereka dihina dan dicaci?? Jika kalian tidak suka dimarahi, apakah kalian fikir orang lain suka untuk kalian marahi?? Perhatikan bagaimana Sayyidina Ali Karramallahu wajhah apabila beliau ingin memancung kepala musuh Islam lalu diludahnya oleh musuh Islam itu maka beliau berhenti. Sahabat bertanya kenapa kamu be...

Sesat Di Dalam Cahaya

Gambar terbaru Ayah Pin- Gambar sekadar hiasan Semalam saya pergi ambik abang sulung saya dari tempat kerja dia. Abang sulung saya seorang chef di haryaki kopitiam. Kalau biasa ke Kota Bharu memang tahu tempat ni. Kemudian haryaki mendapat tender kantin kilang rhom-wako kilang milik Jepun yang terbesar di Pantai Timur. So dia ditugaskan sebagai ketua merangkap chef di situ. Tetapi, posting kali ini bukanlah saya nak ceritakan pasal abang saya ni tapi saya berkongsi cerita pasal kawan dia. So, bila saya sampai abang saya memanggil saya keluar dari kereta. Saya ingat ada apa. Macam serius je. Ingat ke ada orang nak pukul dia ke apa.hehehe.. beranilah sangat saya ni. Dia kata ada kawan dia nak tanyakan sesuatu pasal ayat seribu dinar. So saya tunggula kat wakaf depan kilang tu. 2 minit kemudian kawan dia pun datang dan bersalam dengan saya. Suspen je kan. Takde apa pun. Kemudian abang saya memperkenal adik dia yang belajar di Mesir ni. Mula-mula nampak macam dia tak b...

2 Mata

Berapa ramai daripada kita yang menangis kerana putus cinta? Berapa ramai daripada kita yang menangis kerana orang yang kita sayang meninggalkan kita? Berapa ramai daripada kita yang menangis kerana gagal dalam exam? Berapa ramai daripada kita yang menangis kerana menonton filem hindustan? Berapa ramai daripada kita yang menangis kerana penyakit dan kesempitan yang ditanggung? Tetapi,, Berapa kali mata kita menitiskan airmata kerana takutkan Allah?? Tepuk dada tanya iman.. Andai mata kita tidak bisa menitiskan airmata di atas setiap dosa dan noda yang pernah kita lakui, ketahuilah sebenarnya hati kita telahpun mati sebelum matinya jasad yang memiliki hati..

Raja Petra Hina Islam

"Gambar Raja Petra bersama Isteri" PUTRAJAYA 5 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam hari ini membuat laporan polis ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (gambar) ekoran beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.   Laporan polis ke atas laman web dan penulis blog tersebut turut dilakukan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Balai Polis Putrajaya di sini pada pukul 12.30 petang. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz yang mengetuai kumpulan agensi tersebut berkata, pihaknya memberi perhatian berat terhadap beberapa artikel yang ditulis oleh Raja Petra antaranya yang boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam, Nabi Muhammad dan umat Islam. ''Tul...

Ceramah Ramadhan di JKR

Pada 4.9.2008 bersamaan dengan 4 Ramadhan 1429 Hijrah, Al-Amin Daud telah dijemput untuk memberikan ceramah di Pejabat JKR Cawangan Elektrik Negeri Kelantan dengan tajuk "Persiapan sebelum puasa, rukun dan sayarat-syarat puasa serta kelebihan bulan Ramadhan. Ceramah ini diberi tempoh selama satu jam namun terlebih sehingga sejam 15 minit kerana perbincangan menjadi hangat dengan sesi soal jawab yang ditujukan oleh hadirin. Hadirin yang hadir termasuk Tuan Pengarah, kakitangan-kakitangan JKR, kerani-kerani dan pelajar-pelajar praktikal yang berkerja di pejabat tersebut. Jazakumullah khairan Jaza' diucapkan kepada semua yang terlibat kerana memberi kepercayaan kepada Al-Amin Daud untuk menyampaikan ceramah tersebut. Persoalan yang dilontarkan berkisar mengenai puasa dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Persoalan jamak dan qasar juga ditujukan memandangkan ramai dari kakitangan yang akan balik bercuti ke kampung masing-masing sempena aidilfitri nanti. Ini merupakan kali pe...

Ahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan

Berbuka dengan kurma itu sunnah Nabi SAW Ini antara isi kuliah maghrib Al-Amin Daud di surau Pasir Tumboh berhadapan SMU(A) Taqaddum Maarif pada malam Khamis 28/8/08. Puasa Ramadhan merupakan satu rukun daripda 5 rukun Islam. Ramadhan merupakan suatu bulan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala khusus kepada ummat Nabi Muhammad SAW tidak kepada umat-umat Nabi-Nabi terdahulu. Padanya terdapat seribu kebaikan yang tidak ternilai hitungannya. Ramadhan merupakan bulan rahmat, bulan keampunan dan bulan pembebasan daripada api neraka seperti hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi Radiyallahu 3anhu ; وهو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار “ Dialah satu bulan awalnya ada rahmat pertengahanya ada keampunan dan penutupnya ada pelepasan dari api neraka” Puasa bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga sepertimana sabda Nabi SAW : كم من صائم ليس له من صيامه إلا الجوع والعطش Mafhumnya : Berapa ramai orang yang berpua...

Kehidupan Suatu Imtihan

Sedar tak sedar atau buat2 tak sedar sebenarnya hidup ini tidak boleh lari dari imtihan (Ujian atau Exam) Dari kechik sampai ke besar.. Start-start lahir dah kena buat ujian.. Ujian apa? Ujian kesihatan daa.. Nak timbang berat and sebagainya.. Bila umur 7 tahun, masuk darjah satu kena ambik ujian dulu. Nak tentukan kelas. Kemudian UPSR, PMR, SPM and ke universiti. Nak kawin pun kena ujian gak.. Ujian HIV.. Nak lesen memandu pun kena ambik ujian.. Lesen terbang tak aci daa.. Pendek kata hidup ini tidak pernah terlepas dari ujian. Benarla firman Allah di dalam surah al-Mulk ayat yg kedua :   الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور "Allah yg menjadikan kematian dan kehidupan utk menguji kamu, siapa di antara kamu yg paling baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" Kenyataan yang wajib kita terima, ujian di dunia ini adalah bersifat majazi sahaja walau mcmn sukar skalipun. Kerana kegagalan yang kita tanggung di dunia aka...

eRTi sEbUah ciNTa yaNg diCaRi

Cinta?? Apa itu cinta?? Apa ada dgn cinta?? Ini soal cinta.. Soal hati dan perasaan.. Kamu tahu apa? Cinta itu kan anugerah?? Kenapa harus disia-siakan?? Bukankah Allah merahmati orang-orang yang berkasih sayang, saling cinta menyintai?? Cintakan fitrah?? Inilah ayat-ayat cinta yg selalu kedengaran di mana-mana sahaja menjadi hujjah buat sang pencinta.. Tetapi persoalan yg perlu kita tanya ialah apakah erti sebuah cinta kita untuk si dia?? Apakah cinta kita hanya sekadar ber"sms" dan bergayut di telefon sehingga nilai topup kita kalau dihitung agaknya boleh beli sebuah proton perdana agaknya.. Cuba kira sendiri mengikut kadar yg kita guna dan tambah tempoh percintaan kita bersama si dia.. semakin lama hubungan kita, semakin betambah.. tu tak campur harga hadiah untuk si dia lg, harga belanja si dia lagi dan macam-macam kos tambahan. Apakah cinta pada kita hanya sekadar keluar bersama-sama, jalan-jalan cari makan.. berpimpinan tangan mengalahkan Shah Rukh Khan da...

..:: Allah Selamatkan Kamu ::..

Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Mohd Al-Amin.. Allah selamatkan kamu.. Syukran-syukran..sudi doakan ana..hehehe.. teringat cite P.Ramlee bile dengar lagu ni.. Hari ini tanggal 27 Januari 2008 adalah hari kelahiran ana yg ke 23.. terasa bagai terlalu pantas masa berlalu.. betul kata Sayyidina Isa 'Alaihissalam : " Hidup ini adalah hanya 3 detik.. pertama detik yg telah kita lalui .. kedua detik yg sedang kita lalui dan ketiga detik yg kita tak pasti apakah kita akan lalui ataupun tidak .. Namun persoalannya apakah kita telah cukup bersedia menghadapi suatu hari yang pasti akan dilalui oleh setiap jiwa.. tepuk dada tanya iman.. Teringat satu ayat Allah yg sgt memberi kesan pd jiwa ana bila setiap kali membaca "Kalau kamu buat baik, kebaikan tu untuk kamu dan kalau kamu buat jahat, kejahatan tu kembali kepada kamu juga" Tidak terkesan sedikit pun kepada zat Allah dari apa-apa kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan.. ...