Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2008

eRTi sEbUah ciNTa yaNg diCaRi

Cinta?? Apa itu cinta?? Apa ada dgn cinta?? Ini soal cinta.. Soal hati dan perasaan.. Kamu tahu apa? Cinta itu kan anugerah?? Kenapa harus disia-siakan?? Bukankah Allah merahmati orang-orang yang berkasih sayang, saling cinta menyintai?? Cintakan fitrah?? Inilah ayat-ayat cinta yg selalu kedengaran di mana-mana sahaja menjadi hujjah buat sang pencinta.. Tetapi persoalan yg perlu kita tanya ialah apakah erti sebuah cinta kita untuk si dia?? Apakah cinta kita hanya sekadar ber"sms" dan bergayut di telefon sehingga nilai topup kita kalau dihitung agaknya boleh beli sebuah proton perdana agaknya.. Cuba kira sendiri mengikut kadar yg kita guna dan tambah tempoh percintaan kita bersama si dia.. semakin lama hubungan kita, semakin betambah.. tu tak campur harga hadiah untuk si dia lg, harga belanja si dia lagi dan macam-macam kos tambahan. Apakah cinta pada kita hanya sekadar keluar bersama-sama, jalan-jalan cari makan.. berpimpinan tangan mengalahkan Shah Rukh Khan da

Aku Yang Faqir

  Aku Si Faqir Yg Berkelana.. Musafir Jauh Menuju Sana.. Datang Mencari Sirna Bahagia.. Agar Kegelapan Kembali Bercahaya.. Diri Ini Menanti Pergi.. Menjadi Pelakon Watak Sendiri.. Entahkan Untung Entahkan Rugi.. Entahkan Suka Entahkan Sepi.. Semuanya sudah ditentukan Ilahi.. Hanya Dia Tempat Tujuan.. KeredhanNya Saja Yg Kudambakan.. MaghfirahNya Jua Yg Kuharapkan.. Agar Ku Kembali Dgn Jiwa Yg Tenang.. Wahai Tuhan Rabbul 'Izzati, Kini Aku Jatuh Terbelenggu.. Dek Noda Yg Pernah Kulaku.. Dek Dosa Yg Datang Menghantu.. Terimalah Aku Sbg HambaMu.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku Yg Satu.. Khamis 1:07am .. di bumi mesir, mansurah

Sebuah Kenangan

Sahabat-Sahabat Usuluddin Kusza 2006 Dari kanan Epoi (Jordan), Suhaili (Mesir), Hanan (Jordan), Alif (Mesir), Daus (UDM), Abg Hj (Kagat), Amad (Mesir), Amin (Mesir), Mus (Yaman) dan Malik(UDM) "Kurindukan Saat-Saat Itu "

Majlis Pengijazahan Sanad Hadis Musalsal

(Bersama Syed dan Mahlam) (Syeikhuna Muhammad Fuad Hafizohullah sdg menandatangani ijazah sanad hadis musalsal) (Kenangan bersama Syeikhuna Muhamad Fuad al-Maliki Hafizohullah) Malam 27.1.2008 adalah malam yg sgt berharga buat diri ana kerana dapat menerima ijazah sanad hadis musalsal drpd Syeikhuna Muhamad Fuad al-Maliki Hafizohullah dan sanad umum kitab2 tulisan beliau yg diadakan di Dewan Malaysia 'Abbasiyyah Kaherah atau ARMA..Syeikhuna Muhamad Fuad al-Maliki merupakan anak murid kepada Syeikh Prof. Dr. Muhaddith Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Hasani Rahimahullahu Ta'ala Waqaddasallahu Wanawwara Dhorihahu, seorang ulama besar Mekah al-Mukarramah yg bersambung nasab sehingga Sayyidina Hasaan Radiallahu Ta'ala 'anhu, cucu Rasulullah SAW.. Sheikhuna Muhammad Fuad pernah menerima anugerah tokoh ma'al hijrah dan sekarang merupakan ahli majlis fatwa Negeri Sembilan.. Beliau merupakan khalifah Tariqah Ja'fariah di Malaysia..