Mereka yang singkat ilmu di dalam pengajian hadith ; 1) Melihat hadith dhaif samataraf dengan hadith palsu dan lebih suka menggunakan akal berbanding hadith dhaif yang lebih disukai oleh para ulama dalam beramal. 2) Membataskan kesahihan hadith kepada Al-Albani dan beberapa orang tokoh mereka yang tidak sampai kepada kedudukan muhaddith apalagi Al-Hafiz di dalam bidang hadith. 3) Meninggalkan riwayat Imam-Imam hadith yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadith mereka beserta sanad mereka sendiri kerana menganggap hadith itu palsu. 4) Membataskan kefahaman hadith kepada maksud zahir tanpa merujuk kepada fiqhul hadith. 5) Tidak dapat membezakan di antara sahih makna hadith dan dhaif riwayat. Mereka membuang hadith yang lemah riwayat sekalipun maknanya sahih. 6) Membataskan hadith sahih hanya kepada kitab hadith Bukhari dan Muslim sahaja itupun selepas disaring mengikut kehendak mereka. 7) Tidak dapat membezakan hadith yang digunapakai di dalam menetapkan hukum hakam dan yang digunapaka
Kullu lillah...