سم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه واتبع هداه أما بعد
Mereka yang hanya melihat dua kitab hadith Bukhari dan Muslim sahaja
sebagai kitab hadith sahih merupakan mereka yang sempit ilmunya.
Sebelum dua Imam ini para ulama' mazahib mempunya hadith dan sanad-sanad
mereka sendiri. Mereka mengambil daripada generasi sebelumnya.
Dua Imam Bukhari dan Muslim menyambung kejuhudan mereka di dalam
meriwayatkan hadith daripada generasi sebelumnya termasuk Imam-Imam
Mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad
Bin Hanbal.
Di antara kitab-kitab hadith yang bernilai di dalam Islam ialah ;
1) Sahih Bukhari, himpunan Imam Bukhari (m. 870), mengandungi 7275 ahadith
2) Sahih Muslim, himpunan Imam Muslim (m. 875), mengandungi 9200 ahadith
3) Sunan al-Sughra, himpunan Imam Nasa'i (m. 915)
4) Sunan Abu Daud, himpunan Imam Abu Daud (m. 888)
5) Jami' at-Tirmizi, himpunan Imam Tirmidzi (m. 892)
6) Sunan Ibnu Majah, himpunan Imam Ibnu Majah (m. 887)
Selain 6 kitab ini yang dinamakan sebagai الكتب الستة atau الصحاح الستة
terdapat kitab hadith yang lain yang masyhur di sisi kita iaitu ;
1-al-Muwatta’
2-Musnad Ahmad
3-Musnad al-Syafi`e
4-Sahih Ibn Khuzaimah
5-Mustadrak al-Hakim
6-Sunan al-Daruqutni
7-Jami’ al-Darimi
8- Muntaqa Ibn al-Jarud
9-Sahih Ibn Hibban
10-Mustakhraj Abi Awanah
Berikut adalah 29 jenis kitab hadith ;
1) Jami’/ jawami’
2) Sunan/ ahkam
3) Mathani/ musnad
4) Ma’ajim/ mu’jam
5) Masyikhat
6) Ajza’/ rasail
7) Arbainat
8] Afrad dan Gharaaib
9) Mustadrak
10) Mustakhraj
11) ‘ilal
12) Atraf
13) Tarajim
14) Ta’aliq
15) Taghrib wa tarhib
16) Mursalsalat
17) Tsulasiyyat
18) Al-amali
19) Zawaid
20) Al-Mukhtasarat
21) Takharij
22) Syarhul atsar
23) Asbab nuzul hadis
24) At-tartib
25) At-Ta’liq
26) Al-Mawdhu`at
27) Al-ma’thurat
28) an-Nasikh wal Mansukh
29) Mutasyabih/ Musykil hadis
Setiap kategori kitab hadith di atas mempunyai kitab-kitab yang sangat
banyak jumlahnya seperti yang disebut oleh Al-Kittani dalam kitab beliau
Al-Risalah Al-Mustatharrifah bahawa terdapat hampir 82 kitab yang
ditulis dalam method المسانيد sahaja. Belum lagi jenis-jenis yang lain.
Saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang berkelulusan PHD dalam bidang
hadith pada hari ini untuk tempoh setahun dua di Universiti tanpa sanad
ilmu dan guru yang jelas, begitu yakin untuk menyatakan sesuatu hadith
itu palsu atau tidak.
Seolah-olah mereka telah menguasai dan
menghafal semua kitab hadith dan mengatakan dengan penuh yakin bahawa
sesuatu hadith itu tiada riwayat.
Kalaupun tiada di dalam Sahih Bukhari dan Muslim apakah tidak ada di dalam kitab-kitab hadith yang lain?
Hari ini ramai yang berani kerana kejahilan. Kalaulah mereka sedar,
kedudukan ilmu mereka sebenarnya sangat jauh daripada para ulama'
terdahulu, sudah pasti mereka lebih suka untuk berdiam diri daripada
berkata-kata.
Semoga Allah Ta'ala memelihara kita daripada
golongan yang pendek akal mereka, panjang angan-angan bahkan Al-Quran
dan Al-Hadith yang keluar daripada bibir mereka tidak sampai ke
hati-hati mereka.
والله سبحانه وتعالى أعلم بالصواب
Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Comments
Post a Comment