Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Kemiskinan Bukan Alasan..

“Adik Nur Madihah bersama ibu dan ayahnya di teratak kediaman mereka” Sebak hati membaca kisah perjalanan dan menatap pondok kediaman adik Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal yang dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang SPM 2008 yang mendapat 20A. 19 A1 dan 1 A2. Tanpa disedari air mata membasahi pipi mengungkap setiap bait kata-katanya yang membahasakan diri sebagai kakak. Betapa kemiskinan dan kesusahan itu bukanlah suatu alasan untuk kita gagal bahkan ia menjadi pendorong yang sangat luar biasa untuk meraih sebuah kejayaan. Adik Nik Nur Madihah yang belajar di sekolah Maahad Muhammadi Lilbanat di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan merupakan anak sulung daripada 4 beradik ini merupakan anak kepada seorang nelayan dan ibunya bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Malaysia Kelantan. Beliau tinggal di Kampung Parang Puting di mana sekolah rendah saya dahulu dan kampung saya membesar tapi saya tidak pernah mengenali adik ini sehinggalah kejayaan ini menjadikan beliau selebrit

Bida'ah lagi..

"Syeikh Afeefuddin Al-Jailani sedang membacakan talqin" Artikel ini ditulis di atas permintaan sahabat untuk memahami permasalahan mengenai bidaah. Saya tidak bercadang untuk membawa dalil-dalil dari kitab-kitab yang besar untuk menerangkan masalah yang tiada berkesudahan ini. Sekadar pemerhatian, saya dapati sudah banyak artikel mengenainya ditulis yang dipetik daripada kitab ulamak dan juga dalil al-Quran dan al-Hadis. Namun apa yang ingin saya kongsikan bersama suatu kefahaman yang perlu ada kepada kita untuk memahami permasalahan ini yang sengaja dibesar-besarkan agar umat Islam terus berselisih sepanjang zaman sehingga melupakan perkara yang lebih besar daripada membincangakn masalah khilafiyah yang sudah diselesaikan oleh ulamak terdahulu beratusan tahun. Namun, kerana wujudnya segelintir golongan yang tidak ingin berpedoman dengan kalam ulamak bahkan mereka lebih suka untuk menggunakan kalam mereka sendiri menyebabkan mereka hanyut dalam kefahaman yang mereka cip