Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Aku Sudah Kahwin??

"Aku terima nikahnya" "Ni gambar abang long saya dengan isteri dia, Jangan tengok lama2..bini orang.hehehe" Sahabat: Tahniah maulana atas perkahwinan maulana,kami gembira maulana dah kawen.SELAMAT PENGANTIN BARU sy ucapkan pada maulana&istri...(",) pamie : i su beso npk gynye maulana kwin ni..haha.. smp ad org tny kt ak skli btl ke mu dh kwin.. elok mu kwin je btl2 min br sng nk jwp.. haha.. DPMM : Markaz mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada MAULANA n ISTERI...=) semoga bahagia ke akhir hayat. Ustzh Mansurah : Selamat Pengantin Baru Maulana...:) sahabat baru : ye ke ust alamin dah kawen????xtahu pon,sejak bila ust kawen ni???kata masih single lagi...huhuhuhu! Ustzh Mansurah : betul ke maulana dah kawen?tahniah ana ucapkan kepada maulana n istri,smoga bahagia ke anak cucu...= kawan lama : selamat pengantin baru ust alamin,smoga bahagia ke anak cucu...(",) cikgu_eya : err... yang pasal isu kawen tuh, cuba kasi clear sket status...hahaha (tanbih

Adsense Earnings

Hari ini saya nak kongsi earning adsense saya untuk beberapa bulan yg lepas. Sebenarnya saya newbie dalam lapangan ni. So, banyak perkara yang saya perlu pelajari. Walaupun baru $1.45 dollar saya agak berpuas hati kerana tanpa bimbingan mana-mana mentor dengan hanya bantuan dari pakcik google saya cuba untuk melangkah lebih jauh. Kalau convert kepada RM dah 3 ringgit. Hehehe.. Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini. Yang paling penting ialah kita nak ataupun tidak. Seperti prinsip yang saya pegang "tak tahu tak semestinya kita tak boleh belajar" Kadang-kadang bila cerita pasal bisnes internet ni ramai yang akan memandang secara pesimis. Pada saya, saya lakukan ini sebagai hobi. Saya minat untuk mempelajari sesuatu yang baru dan melatih pemikiran untuk berfikir luar daripada kotak (thinking out of the box). Mana tahu hobi ini akan menjadikan saya seorang jutawan internet nanti. Hehehe...InsyAllah .. Jika diizinkan oleh Allah. Bak kata Bapak Suharto "letaklah impian mu

Bayaran pertama nuffnang

Assalamualaikum... Hari ini saya nak berkongsi nuffnang earnings saya yang pertama sebanyak RM0.25. Selepas 6 hari saya memasang iklan nuffnang di blog saya ini akhirnya saya berhasil seperti yang kawan-kawan boleh lihat kat atas. Terima kasih kepada yang mengklik dan kepada yang belum klik tu rerajinkan tangan anda. Sumbangan anda akan digunakan untuk kebaikan blog ini dalam menyampaikan dakwah islamiah melalui penulisan. Jangan takut jangan segan. Kawan-kawan tak rugi apa-apa pun kalau klik. Mungkin hanya selama 5 saat sahaja masa kawan-kawan diperlukan untk membaca iklan tersebut. Alangkah mudahnya untuk membuat kebajikan dengan dunia yang canggih pada hari ini. Jika kawan-kawan berminat untuk mencari income sambil menulis blog, kawan-kawan boleh jenguk-jenguk blog saya yang ini www.adablogbuatduit.blogspot.com Atau kawan-kawan nak cari template yang sesuai untuk diletakkan banner iklan nuffnang atau adsense kawan-kawan boleh survey kat sini ht

Kita Adalah Da'ie

"Ajaklah kepada jalan Tuhan kamu dengan penuh hikmah (jangan marah,jangan berkasar,jangan membenci jika mereka tidak mahu mendengar, jangan berputus asa dari mengajak mereka) dan mau'izah yang baik (bukan dengan mencaci atau mencela). Dan bemujadalah (berdebat) dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Allah mengetahui siapa yang kesesatan dari jalan yang benar dan Allah lebih mengetahu siapa yang mendapat petunjuk" Ayat di atas merupakan tarbiyah terbaik bagi seorang dai'e. Kasar, cela mencela, caci mencaci bukalah cara yang diajar oleh Allah. Kalian pasti merasa benci jika ada yang menghina dan mencaci kalian apakah kalian kira mereka suka jika mereka dihina dan dicaci?? Jika kalian tidak suka dimarahi, apakah kalian fikir orang lain suka untuk kalian marahi?? Perhatikan bagaimana Sayyidina Ali Karramallahu wajhah apabila beliau ingin memancung kepala musuh Islam lalu diludahnya oleh musuh Islam itu maka beliau berhenti. Sahabat bertanya kenapa kamu be

Sesat Di Dalam Cahaya

Gambar terbaru Ayah Pin- Gambar sekadar hiasan Semalam saya pergi ambik abang sulung saya dari tempat kerja dia. Abang sulung saya seorang chef di haryaki kopitiam. Kalau biasa ke Kota Bharu memang tahu tempat ni. Kemudian haryaki mendapat tender kantin kilang rhom-wako kilang milik Jepun yang terbesar di Pantai Timur. So dia ditugaskan sebagai ketua merangkap chef di situ. Tetapi, posting kali ini bukanlah saya nak ceritakan pasal abang saya ni tapi saya berkongsi cerita pasal kawan dia. So, bila saya sampai abang saya memanggil saya keluar dari kereta. Saya ingat ada apa. Macam serius je. Ingat ke ada orang nak pukul dia ke apa.hehehe.. beranilah sangat saya ni. Dia kata ada kawan dia nak tanyakan sesuatu pasal ayat seribu dinar. So saya tunggula kat wakaf depan kilang tu. 2 minit kemudian kawan dia pun datang dan bersalam dengan saya. Suspen je kan. Takde apa pun. Kemudian abang saya memperkenal adik dia yang belajar di Mesir ni. Mula-mula nampak macam dia tak b

Tajdid Niat

Beberapa hari yang lepas saya cuba mengejas tiket ke Mesir untuk terbang ke sana lebih awal tapi ejas punya ejas, fikir punya fikir akhirnya tidak ada seat yang kosong. Hajat di hati nak pergi awal dari tarikh di tiket yang saya beli return tapi takde kekosongan memandangkan saya pergi pun dah lewat. 2 bulan sebelun pergi lewat ke?? mungkin sebab terlalu ramai yang nak ke Mesir menyebabkan seat penuh. Yang saya tahu student malaysia yang nak buat medical sahaja yang dapat ke sana. Budak-budak diploma Kusza, Insaniah, Kias dan yang sekufu dengannya memang tak boleh pergi dah selepas pembatalan MOU kerajaan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar. Budak STAM boleh lagi tapi dengar khabar angin ni tahun last mereka dapat pergi. Kesiannye. Kenapa orang yang nak belajar agama pun dihalang. Bukan kerajaan taja pun selama ni. Kami bersusah payah mencari duit sendiri. Buat pinjaman dengan yayasan negeri. Mintak “sedekah” di masjid-masjid dan sebagainya. Kami tak menyusahkan “duit” kerajaan pun.

Memori Raya

Entry kali ini aku ingin berkongsi pengalaman hari raya pada tahun ni. Raya tahun ni antara raya yang paling meriah dan menyeronokkan buat aku. Kalau sebelum ni aku beraya di mesir tapi tahun ni aku beraya dengan semua family aku. Abang-abang aku yang berkerja di Kuala Lumpur pun dah balik kerja di Kelantan. Kami sebelas adik beradik semuanya. Bayangkan macamana keriuhan dan kegembiraan kami beraya. Usik mengusik, bermaaf-maafan dan sesi fotografi menjadikan rumah aku hingap dengan hila tawa. Rumah yang kecil dirasakan bagai lapang bak padang arafah. Kegembiraan raya tahun ini juga mungkin kerana aku sudah boleh berdikari. Boleh beli baju raya sendiri dan adik-adik tanpa menyusahkan abah aku. Walaupun aku belum bekerja tetap dan belum menghabiskan pengajian di Mesir tetapi dengan rezeki aku memberi kuliah di masjid dan di surau sepanjang Ramadhan dan sebelum Ramadhan tambahan lagi dengan ceramah-ceramah jemputan memberikan aku ruang untuk mendapat sedikit pendapatan. Alhamdulillah syuk

Jahil Murakkab

MELAKA 10 Okt. - Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan merupakan antara p enerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70, esok. Dengan penganugerahan darjah DMSM itu, Shah Rukh Khan akan bergelar Datuk .- Utusan. Sumber di sini. Apa kata Al-Amin Daud : Orang bodoh yang tidak mengetahui dia bodoh sahaja yang akan mencadangkan nama Shah Rukh Khan untuk dianugerahkan darjah ini. Di dalam istilah usuluddin disebut sebagai jahil murakkab . Kebodohan yang tersusun di antara bodoh dan dia tidak tahu bahawa dia sebenarnya bodoh atau jahil. Maka tersusun-susun akan kebodohan pada pandangan orang yang memandang dengan nur iman. Adapun bagi orang yang jahil murakkab dia sesekali tidak akan sedar akan kejahilannya sehingga dia menjadikan agama sebagai panduan hidupnya. Apakah sudah tidak ada rakyat Malaysia yang layak untuk dianugerahkan darjah tersebut sehingga kita perlu mengagungkan pelakon hindustan yang merosakkan mi