Skip to main content

Bayaran pertama nuffnang


Assalamualaikum...

Hari ini saya nak berkongsi nuffnang earnings saya yang pertama sebanyak RM0.25. Selepas 6 hari saya memasang iklan nuffnang di blog saya ini akhirnya saya berhasil seperti yang kawan-kawan boleh lihat kat atas.

Terima kasih kepada yang mengklik dan kepada yang belum klik tu rerajinkan tangan anda. Sumbangan anda akan digunakan untuk kebaikan blog ini dalam menyampaikan dakwah islamiah melalui penulisan.

Jangan takut jangan segan. Kawan-kawan tak rugi apa-apa pun kalau klik. Mungkin hanya selama 5 saat sahaja masa kawan-kawan diperlukan untk membaca iklan tersebut. Alangkah mudahnya untuk membuat kebajikan dengan dunia yang canggih pada hari ini.

Jika kawan-kawan berminat untuk mencari income sambil menulis blog, kawan-kawan boleh jenguk-jenguk blog saya yang ini www.adablogbuatduit.blogspot.com

Atau kawan-kawan nak cari template yang sesuai untuk diletakkan banner iklan nuffnang atau adsense kawan-kawan boleh survey kat sini http://alltemplatesblog.blogspot.com/

Jangan bazirkan ruang blog anda dengan flash-flash yang memberatkan blog anda tanpa earning. At least lepas la nak bayar bil streamyx atau kalau kawan-kawan kat mesir nak bayar internet kat ammu tu.hehehe..

Comments

  1. salam...enta wat lagi ke nuffnang ni??ana bru try buat..t x faham sangat cane nak kne buat...blh tlg???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah. Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid. Firman Allah yang dimaksudkan akhi; قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ “(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan meng...