Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Ijmak dan Qias sama??

Soalan : Al-Ijmak ngan al-Qias same ke...? adakah ke dua - dua nye berkait rapat dalam pembangunan tamadun islam.. Di dalam kaedah ilmu Islam ada disebut sebagai masodir syar3iyyah atau di dalam bahasa melayu disebut sumber-sumber hukum Islam atau juga disebut sebagai dalil di dalam Islam.. Terdapat 4 sumber yang disepakati oleh ulamak; 1) Al-Quran 2) Al-Hadis 3) Ijmak 4) Qias Merujuk kepada persoalan vanila90 saya cuba menjelaskan ta3rif ijmak dan qias sahaja yang saya kutip di dalam kitab Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili (Al-Mazhab atau tiada haram bermazhab). Apa yang dimaksudkan dengan ijmak? Ijmak ialah kesepakatan sekalian mujtahid kemudian daripada wafat Rasulullah SAW pada satu masa di atas apa-apa pekerjaan samada daripada pekerjaan agama dan pekerjaan dunia atau perkara yang dinisbahkan kepada aqal atau lughah. Tidak disyaratkan ijmak itu dengan ijmak sahabat sahaja bahkan ijmak sekalian mujtahid yang lain daripada sahabat juga wajib diikuti sama