Skip to main content

Ijmak dan Qias sama??

Soalan : Al-Ijmak ngan al-Qias same ke...? adakah ke dua - dua nye berkait rapat dalam pembangunan tamadun islam..


Di dalam kaedah ilmu Islam ada disebut sebagai masodir syar3iyyah atau di dalam bahasa melayu disebut sumber-sumber hukum Islam atau juga disebut sebagai dalil di dalam Islam..

Terdapat 4 sumber yang disepakati oleh ulamak;

1) Al-Quran

2) Al-Hadis

3) Ijmak

4) Qias

Merujuk kepada persoalan vanila90 saya cuba menjelaskan ta3rif ijmak dan qias sahaja yang saya kutip di dalam kitab Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili (Al-Mazhab atau tiada haram bermazhab).

Apa yang dimaksudkan dengan ijmak?

Ijmak ialah kesepakatan sekalian mujtahid kemudian daripada wafat Rasulullah SAW pada satu masa di atas apa-apa pekerjaan samada daripada pekerjaan agama dan pekerjaan dunia atau perkara yang dinisbahkan kepada aqal atau lughah.

Tidak disyaratkan ijmak itu dengan ijmak sahabat sahaja bahkan ijmak sekalian mujtahid yang lain daripada sahabat juga wajib diikuti samada pekerjaan ibadah ataupun dunia kerana firman Allah Ta’ala;


ومن يشقق الرسول من بعد ما تبين له الهدى ويتبع غير سبيل المؤمنين نوله ما تولى ما تولى ونصله جهنم وساءت مصيرا

Maksudnya: barangsiapa menyalahi akan Rasulullah SAW kemudian daripada nyata baginya yang sebenar dengan sebab mukjizat dan mengikut yang lain daripada i3tiqad dan pekerjaan sekalian yang beriman nescaya kami jadikan dia memerintah akan kesesatan yang dipilih oleh dia dan kami masukkan dia ke dalam api neraka. (An-nisa’ ayat 115)

Berkata al-Baidhowi bermula ayat ini menunjuk atas HARAM menyalahi ijmak. Di dalam ayat al-Quran di atas Allah menyebut sabilul Mukminin atau jalan orang yang beriman maka inilah syaahid (petunjuk) yang menunjukkan kepada wajib mengikuti ijmak dan HARAM menyalahinya. Berkata berkata musonnif tiada dalil yang menunjukkan al-Mukminin di dalam ayat ditujukan kepada sahabat sahaja tetapi termasuk juga ulamak mujtahid. Dalil hadis yang menunjukkan haram menyalahi atau keluar daripada ijmak ialah sabda Nabi SAW ;


لا تجمع أمتي على ضلالة – رواه الترمذي وغيره

Mafhumnya : Tiada berhimpun umat aku di atas kesesatan. Diriwayatkan daripada Imam Tirmizi dan lain-lain imam. Hadis ini menjadi dalil yang menunjukkan ijmak merupakan hujjah Islam samada ijmak sahabat atau imam mujtahid kerana lafaz ummati di dalam hadis umum merangkumi sekalian sahabat dan mujtahid daripada umat Nabi Muhammad SAW.


Saya sebutkan perbandingan di antara ijmak sahabat dan ijmak ulama mujtahid kerana terdapat dakwaan yang menyatakan ijmak sahabat sahaja yang wajib diikuti. Pandangan ini salah berdasarkan dalil al-Quran dan al-hadis yang telah saya bahaskan di atas.

Adapun ijmak ulil amri (pemerintah) atau ustaz-ustaz atau mufti-mufti yang tidak mujtahid tiada ia tidak menjadi dalil kerana syarat ijmak itu tertentu kepada mujtahid sahaja. Maka perlu difahami dan dipelajari siapa yang dikatakan sebagai mujtahid?? Ana tidak berhajat untuk memberi penjelesan di sini kerana mura3atan lissual..

Apa itu Qias??

Qias ialah mengembalikan furu3 (cabang) kepada usul dengan sebab illah (sebab) yang sama.

Mengembalikan bermaksud menyamakan keduanya yang diqias kepada yang usul (yg kena qias) pada hukum. Jika hukum usul haram maka hukum yang diqiaskan juga haram seperi diqiaskan beras dengan gandum di dalam hukum riba kerana illah (sebab) yang sama iaitu makanan. Walapun di dalam hadis Nabi SAW menyebut gandum tetapi kerana illah beras iaitu makanan seperti gandum maka hukumnya sama.

Adapun pandangan yang mengatakan tidak boleh qias di dalam ibadah hanya perlu berpegang dengan al-Quran dan al-hadis sahaja maka pandangan ini jauh menyimpang daripada Al-Quran dan Al-Hadis kerana firman Allah :

فاعتبروا

Maksudnya : i3tibar oleh kamu. Maksud i3tibar itu ialah mengqias sesuatu dengan sesuatu. Nabi SAW sendiri menggunakan qias yang banyak sehingga an-Nasih al-hanbali telah menysun satu kitab yang kecil mengumpul semua qias Rasulullah SAW seperti mengqias mengucup isteri kepada berkumur-kumur di dalam masalah tidak membatalkan puasa.

Disyaratkan qias mesti sabit dengan al-Quran atau al-Hadis atau ijmak.


Ijmak dan Qias sama?


Daripada satu sudut jmak dan Qias ada persamaan dan berbeza daripada sudut yang lain.

Berbeza kerana ijmak merupakan kesepakatan sahabat Nabi SAW dan ulama' mujtahid Islam di dalam sesuatu permasalahan hukum yang warid (datang) daripada Al-Quran dan Al-Hadis adapun qias merupakan suatu kaedah aqliyyah berdasarkan syarat-syarat tertentu dalam menetapkan sesuatu hukum yang tidak wujud secara qot3ie di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan kata lain jika sesuatu hukum tidak ada nas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis maka kaedah qias digunakan untuk menentukan hukumnya seperti yang kita telah bincangkan di dalam pengertian di atas.

Persamaan keduanya daripada sudut keduanya merupakan sumber hukum yang digunakan oleh ulama mujtahid di dalam menetapkan sesuatu permasalahan.


Kaitan dengan tamaddun Islam.


Persoalan kaitan ijmak dan qias dengan tamaddun Islam maka ana katakan ia mempunyai kaitan yang rapat kerana jika kita mendalami falsafah Islam kita akan mendapati pemikiran-pemikiran yang hebat yang membawa kepada ketinggian tamaddun Islam dengan menggunakan qawaid aqliyyah yang salimah seperti ilmu mantiq. Qias merupakan salah satu cabang daripada ilmu mantiq yang digunapakai oleh ulama dalam memahami al-Quran dan al-Hadis yang jawamiul jawaami3. Apa makna jawamiul jawami3?? Secara mudah boleh difahami ialah perkataan yang sedikit tetapi maknanya yang luas. Ayat al-Quran iejaz (ringkas) tetapi sangat luas pengertian begitu juga dengan kalam Nabi SAW yang kita panggil sebagai hadis atau sunnah sehingga jika dikumpul tafsiran Basmalah sahaja sudah tentu kita tidak mampu untuk menghabiskan dalam masa satu hari bahkan sebulan

Tanpa ijmak dan qias hukum Islam menjadi jumud kerana terbatas kepada apa yang disebut secara zahir di dalam al-Quran tanpa menilik kepada makna disebaliknya sedangkan al-Quran merupakan panduan hidup sehingga hari kiamat. Setiap zaman akan ada hukum baru atau hukum kontemporari maka qias memainkan peranan penting dalam menentukan halal dan haramnya. Walaupun qias menggunakan akal tetapi ia disyaratkan selari dengan al-Quran dan al-Hadis kerana hukum asalnya terdapat di dalam al-Quran tetapi diqiaskan perkara-perkara yang baru kepada hukum yang sudah ada di dalam al-Quran dan al-hadis dan ijmak yang kita telah bincangkan tadi.


Comments

  1. Assalamu'alaikum sheikh..

    Terima kasih atas ilmunya :)

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam sheikh..

    Boleh tak kalau nak letak dlm blog jomfaham..hehehe..

    ReplyDelete
  3. hehe boleh je akh.. nanti ana letakkan sekali. Tentang ape tajuk yang nak dibahas dalam jom faham. Ana cadang enta ceritakan tentang kepentingan aqidah kepada umat Islam. Kesan jika tiada aqidah yang benar.

    Boleh la lepas tuh masukkan pemahaman tauhid, iman di dalam tu.

    Kendian boleh masukkan sekali tajuk lain. Aqidah yang bercanggah dengan ahlu sunnah wal jama'ah mengikut ulamak cth : muktazilah, qadiyani, bahaiyyah, anti hadith, mujassimah, musyabbihah, jahmiyah etc (setiap satunya diberikan perbahasan jg)

    Hehe.. nih sekadar cadangan je sheikh. :)

    ReplyDelete
  4. insyAllah..ana cuba cari rujukannya di ma3raad kitab..xbyk rujukan ni..esok nak naik kaherah ni..ada ma3raad dauli..

    ReplyDelete
  5. AlhamduliLLah :) Jadi kita menyampaikan ilmu disamping itu kita menerima ilmu apa yang kita tulis :)Semoga barokah ilmu akh al amin :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah akh..sama2 kita manfaatkan apa yang kita tahu..Enta mantap lagi sbnrnya..ana kena belajar ngn enta ni..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..

    penulisan ni dapat membantu saya dalam menyiapkan assignment yg diamanahkan selain menambah ilmu..

    terima kasih atas perkongsian yg sungguh bermakna ni.. =)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..semoga ada manfaat utk kita bersama..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…