Skip to main content

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"


Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.


Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).


Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.


Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.


Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tidak berkeyakinan dan tidak beraqidah sebagaimana mereka.


Imam-imam dan guru-guru besar kaum musyabbihah di antaranya adalah;


1) Abu Abdillah bin Hamad bin 'Ali al-Bogdadi al-Warraq (meninggal 403H). beliau ini pengarang kitab usuluddin yang bernama “syarah usluddin”, di mana dihuraikan banyak tentang tashbih, yakni keserupaan Allah dengan makhluk.


2) Qadhi Abu Ja'la Muhammad bin Hussein bin Khalaf bin Farra' al-Hanbali (meninggal 458H). beliau ini banyak mengarang kitab usuluddin yang banyak memperkatakan tentang tashbih. Ada ulama' mengatakan bahawa : “aib yang dibuat oleh Abu Ja'la ini tidak dapat dibersihkan dengan air sebanyak air laut sekalipun”.


3) Abu Hassan Ali bin Ubaidillah bin Nashar az-Zugwani al-Hanbali (meninggal 527H). beliau pengarang sebuah buku usuluddin yang bernama “al-Idah”, di mana banyak menerangkan soal tashbih dan taklim.


4) Ja'ad bin Dirhan.


5) Bayan bin Ismail.


6) Muhammad bin Kiram (meninggal 256H).


7) Hisyam al-Juwaliqi.


8) Yunus bin Abdirrahman.


9) 'Ali bin Mansur.


*Nombor (6) sampai (9) ini memfatwakan bahawa Allah itu bertempat, dan tempatnya di atas, boleh ditunjuk dengan telunjuk ke atas.


10) Muaz al-Anbari yang memfatwakan bahawa Allah lelaki.


11) Daud al-Jawarihi yang memfatwakan bahawa Allah itu mempunyai anggota serupa dengan anggota manusia seluruhnya.


12) Dan ramai lagi.


Seorang ulama' Islam daripada kaum ahlussunnah wal jamaah bernama Jamaluddin Ibnu al-Jauzi al-Hanbali (ini bukan Ibnul Qayyim al-Jauzi) telah mengarang sebuah kitab untuk menolak fahaman kaum musyabbihah ini yang diberi nama “Daf'u Syubahit Tashbih war Rad 'alal Mujassimah” (penolak syubhah tashbih dan penentang kaum mujassimah).


Diolah bahasa oleh al-Faqir daripada kitab i'tiqad ahlusunnah wal jamaah oleh Kiyai Haji Sirajuddin Abbas.

Comments

  1. waiyyaka ya akhi..
    cepat komen..tak tidur lg rupanya..hehehe..

    ReplyDelete
  2. *Ana bukan kt Malaysia ustaz, tmpt lain. :)

    *Kalau tidak keberatan, boleh ustaz nukilkan akidah Ibnu Taimiyah drpd jumhur ulamak yg sezaman dgn beliau.

    ReplyDelete
  3. oh, ana bukan kt Malaysia ustaz :)

    *Kalau tidak keberatan blh ustaz buat entry pendapat jumhur ulamak tntg akidah Ibnu Taimiyah?

    ReplyDelete
  4. dalam kitab yg sama menjelaskan akidah ibnu taimiyyah yg terpengaruh dgn mujassimah..kalau berkesempatan ana sambung..insyAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembohong besar. Baik kamu baca kajian Ibnu Taimiyah yang dibuat oleh Prof Dr Mohd Kamil. Penfitnah besar.

      Delete
  5. setara mana mu ni nak kritik al qhadi abu ya;la pengarang ahkam sultoniyyah, ibnu taimiyyah pengarang assiasah syar'iyyah.. gambo tuhan yahudi tu ke gambaran kepada tuhan alim ulama' yang anta sebut ni .. bertaqwa lah wahai hamba allah .. jangan malukan serban azhar tu ..

    ReplyDelete
  6. bukan aku kritik..itu kiyai haji sirajuddin abbas yg sebut..aku salin je..mu gi marah dia la..
    gambar tu sekadar gambaran sahaja..nama lagi gambar..ada ke aku kata ni Tuhan wahabi? mu terasa sebab apa?
    apa kaitan serban azhar? jgn nak kait peribadi aku.main peribadi ni cara org xde hujjah..
    kalau masuk sini sbg anonymous xyah nak sound2 aku mcmni..
    org penakut sahaja yg tak berani tunjuk muka..
    datang tak diundang, balik tak dihalau..babai!!!

    ReplyDelete
  7. mmg x abis2 golongan wahabi ni...
    bile dikatakan wahabi x mengaku...tp bila kita terangkan ttg kesalahan diorg...org yg xmengakulah yg selalunya pling melenting...apa punyer turr...

    ReplyDelete
  8. Ahmad Zulfadhli Ibrahim27 June 2010 at 23:27

    salam....
    bleh x ust tunjukkn kt mn bukti bhw imam2 kt ats ni menyerupakan Allah ngan makhluk....
    naqalkn tulisn imam2 kt ats ni dlm blog ni....
    ana hrp nta baca kitab2 yg ust kate dye tu menyerupakn Allah ngan makhluk...adakah btul pndgn i2..???
    stakat tu dlu ye....

    - open up your mind -

    ReplyDelete
  9. ahli sunnah mmg menolak tashbih dan tajsim. tapi enta tu faham ke benda apa tashbih dan tajsim ni smpai boleh tuduh2 org musyabbihah dan mujassimah?

    lagi satu, mana ada al-qadhi abu ja'la ibn farra. nampaknya eja nama abu ya'la dan muhammad bin karam pun salah. karam jadi kiram.

    sheikh syakrawi kata ALlah ada telinga ni mujassimah jugak ke? tgk video dia:
    http://www.youtube.com/watch?v=K3mIFBUg5Kk&feature=player_embedded

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebal betul wahabi ni...pi mengaji ilmu kalam smpi habis baru komen.

      Delete
  10. relax ustaz Amin.. orang yang jahil akan menunjukkan kejahilannya dalam perkataannya. ustaz jgn layan Anonymous tu.

    buat Anonymous penyataan mengenai tokoh2 guru puak musyabbihah yg tersebut diatas adalah penyataan dari ulama' ahlu sunnah dlm kitab2 mereka, bukn ustz sendiri pandai2 tuduh..

    ReplyDelete
  11. salam alaikm. hmmm, patutlah bunyi artikel ni mcm ada yg tak kene. masakan tidak? ia dipetik drpd karya kiyai sirajudin abbas!

    apakah ustaz tidak tahu akan kepincangan kitabnya itu (i'tiqad ahl sunnah wal jamaah)? byk sekali sumber yg tidak tepat. mungkin bukanlah niat kiyai itu hendak berbohong. barangkali ia disebabkan oleh tersalah pilih sumber, maka sbb itulah kitabnya itu menjadi cacat lantaran byknya sumber yg tidak sahih, bahkan maudhu'!

    saya ingatkan graduan azhar sudah dilatih utk berhati-hati dlm menaqal ilmu. cubalah ustaz contohi sikap ustaz nizam abd kadir. dia pun graduan azhar jugak, tapi sikapnya adalah telus dan adil terhadap ilmu.

    maaf klu ustaz tersinggung.

    salam alaikm

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum warahmatuLlah,

    Apa masalahnya dengan kiyai sirajuddin abbas ? Adakah kerana ia menolak wahhabi. Dan kemudian menulis buku 40 masalah Agama untuk menjelaskan dengan dalil dari al Quran dan Hadith serta pendapat ulamak bagi membantah tuduhan wahhabi ?

    Nizam abdul kadir pulak anda sokong ? Maaf ya.. anda menolak ulamak besar indonesia berkenaan. Dan kemudian terus memuji seorang yang tidak diketahui latarbelakangnya ? (Adakah kerana beliau menyokong fahaman seperti anda) ?

    Dan adakah anda ini sebenarnya adil dan telus juga ?

    ReplyDelete
  13. Salam saudara,boleh tolong kupaskn lebih mendalam perbezaan islam,yahudi dan kristian.

    ReplyDelete
  14. Jihad,melatih Taqwa dan akhlak mulia,semoga dirahmati.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa