Kepada akhi al-husaini yang bertanya mengenai sunnah taqririyyah ana buat satu entry di sini daripada apa yang ana terjemahkan daripada kitab al-wajiiz fi usulil fiqh karangan Duktur Abdul Karim Zaidan mukasurat 131 di bawah tajuk as-sunnah at-taqririyyah perenggan ke 4 sehingga akhir.. Penterjemahan ini harfan biharfin dan ana cuba sesuaikan dengan bahasa melayu sebaik mungkin untuk mengelakkan berubah murad asal penulis. Boleh rujuk kembali seperti sumber yang ana nyatakan di atas.. Sunnah taqririyyah ialah diam Nabi SAW daripada mengingkari perkataan atau perbuatan yang dilakukan di hadapan Nabi SAW atau ketika Baginda tidak ada tetapi mengetahui perkara tersebut. Maka diam ini menunjukkan kepada harus melakukannya kerana Rasulullah SAW tidak akan diam terhadap perkara yang batil ataupun mungkar. Di antara contoh jenis sunnah taqririyyah ini : Diam Nabi SAW dan tidak mengingkari kanak-kanak yang bermain perang-perang di dalam masjid dan diam Nabi SAW daripada nanyian dua oran...
Kullu lillah...