Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hukum Umum

Doa tawassul ahlu kisa’

Hari ini saya cuba menjelaskan persoalan doa yang mengandungi unsur tawassul dengan ahlu kisa’. Ada yang menginkari doa ini kerana kata mereka terdapat unsur syiah kerana menyebut nama ahli keluarga Nabi SAW. Ada juga yang mengingkarinya kerana surat berantai ini mengandungi butiran palsu. Merujuk kepada surat berantai di atas. Pertamanya kita perlu jelas dan dapat membezakan surat berantai dengan doa yang dinyatakan adalah dua perkara yang berbeza. Kalau kita menafikan kebenaran surat berantai dengan nama yang tersebut di dalam surat itu tidak bermakna kita juga menafikan kebenaran doa tersebut. Secara peribadi saya juga tidak mengenali nama yang disebutkan di dalam surat tersebut. Tetapi doa ini saya telah kenali semenjak saya di bangku sekolah lagi sebelum wujudnya surat ini. Bahkan mengikut riwayat guru kami di pondok ia menjadi amalan guru-guru pada zaman dahulu untuk mengelak wabak taun. Ia dibaca secara beramai-ramai sambil berjalan mengelilingi kampung. Sudah tentu do...

Bida'ah lagi..

"Syeikh Afeefuddin Al-Jailani sedang membacakan talqin" Artikel ini ditulis di atas permintaan sahabat untuk memahami permasalahan mengenai bidaah. Saya tidak bercadang untuk membawa dalil-dalil dari kitab-kitab yang besar untuk menerangkan masalah yang tiada berkesudahan ini. Sekadar pemerhatian, saya dapati sudah banyak artikel mengenainya ditulis yang dipetik daripada kitab ulamak dan juga dalil al-Quran dan al-Hadis. Namun apa yang ingin saya kongsikan bersama suatu kefahaman yang perlu ada kepada kita untuk memahami permasalahan ini yang sengaja dibesar-besarkan agar umat Islam terus berselisih sepanjang zaman sehingga melupakan perkara yang lebih besar daripada membincangakn masalah khilafiyah yang sudah diselesaikan oleh ulamak terdahulu beratusan tahun. Namun, kerana wujudnya segelintir golongan yang tidak ingin berpedoman dengan kalam ulamak bahkan mereka lebih suka untuk menggunakan kalam mereka sendiri menyebabkan mereka hanyut dalam kefahaman yang mereka cip...

Binatang-Binatang Syurga

Sumber : Risalah al-Mi3raj yg bernama Mar-atussaalikin m/s 12. Binatang-Binatang dunia yg dimasukkan ke dalam syurga ada sepuluh ekor; 1) Buraq (Tunggangan Nabi Muhammad SAW ketik isra') 2) Unta yg disembelih oleh kaum thamud yg zalim dan derhaka kpd Nabi Soleh a.s. 3) Himar (keldai) tunggangan Nabi Allah 'Aziz. 4) Lembu jantan yg hendak dijamukan oleh Nabi Ibrahim kpd Malaikat yg datang ke rumahnya berupa orang2 muda. 5) Kibash penebus leher Nabi Allah Ismail tatkala hendak disembelih oleh ayahnya Nabi Allah Ibrahim a.s.. 6) Burung Hud Hud Nabi Allah Sulaiman. 7) Semut (Ketua semut yg keluar bersama2 Nabi Allah Sulaiman tatkala hendak meminta hujan di tengah padang. 8) Anjing ashabul kahfi. 9) Ikan nun yg menelan Nabi Allah Yunus a.s tatkala dibuang oleh kaum fasiq ke dalam laut. 10) Lembu Bani Israil yg disembelih kerana hendak membangunkan org kaya sudah mati dibunuh oleh anak saudaranya supaya dipukulkan Nabi Allah Musa lidahnya kepada mayat itu boleh ia bertutur...