Skip to main content

Doa tawassul ahlu kisa’

Hari ini saya cuba menjelaskan persoalan doa yang mengandungi unsur tawassul dengan ahlu kisa’. Ada yang menginkari doa ini kerana kata mereka terdapat unsur syiah kerana menyebut nama ahli keluarga Nabi SAW. Ada juga yang mengingkarinya kerana surat berantai ini mengandungi butiran palsu.Doa Selsema H1N1

Merujuk kepada surat berantai di atas. Pertamanya kita perlu jelas dan dapat membezakan surat berantai dengan doa yang dinyatakan adalah dua perkara yang berbeza. Kalau kita menafikan kebenaran surat berantai dengan nama yang tersebut di dalam surat itu tidak bermakna kita juga menafikan kebenaran doa tersebut.

Secara peribadi saya juga tidak mengenali nama yang disebutkan di dalam surat tersebut. Tetapi doa ini saya telah kenali semenjak saya di bangku sekolah lagi sebelum wujudnya surat ini. Bahkan mengikut riwayat guru kami di pondok ia menjadi amalan guru-guru pada zaman dahulu untuk mengelak wabak taun. Ia dibaca secara beramai-ramai sambil berjalan mengelilingi kampung.


Sudah tentu doa yang diajar oleh Rasulullah SAW merupakan doa yang paling afdhol. Afdhol di atas wazam isim tafdhil bermaksud paling baik atau terbaik dan di sana ada doa-doa yang baik yang kita tidak boleh menafikan dengan sewenang-wenangnya.  Afdhol bukan bermaksud menafikan yang baik.

Seumpama kita mengatakan memakan roti lebih baik daripada nasi. Apakah nasi tidak baik? Bukan begitu tetapi kita katakan ia lebih baik. Seperti contoh yang lain. Solat sunat afdhol dilakukan di rumah. Apakah bermaksud jika dibuat  di masjid maka tidak sah? Sudah tentu tidak, tetapi afdhol (lebih baik).

Begitulah perumpamaan dengan doa-doa yang disusun oleh ulama’ kita. Jika kita hendak bandingkan dengan doa Nabi SAW maka tidak ada bandingannya tetapi itu samasekali tidak menafikan kelebihan doa para ulama’ yang menjadi qudwah kita selepas Nabi SAW.


Di bawah ni kenyataan yang diambil daripada blog al-fansuri yang menyebut riwayat ulama' ahli sunnah waljamaah . Boleh rujuk kitab yang dinyatakan untuk mendapat penjelasan kebenaran doa ini;

 
Antara ulama Sunni yang menyebut mengenai amalan tawassul dengan Ahlul Kisa` sebagai sarana mencegah wabak penyakit adalah al-Qadhi asy-Syaikh Yusuf bin Isma`il an-Nabhaani رحمه الله. Dalam karyanya "Sa`aadatud Daarain" halaman 627 beliau menyatakan bahawa amalan tersebut antara yang mujarrab untuk mencegah wabak.


Di dalam doa ini kita bertawassul dengan ahli kisa' keturunan Rasulullah SAW yang dimuliakan oleh Allah dan dinyatakan kelebihan mereka di dalam hadis yang mutawaatir yang diriwayatkan oleh lebih daripada 30 orang sahabat dan disebut sebagai "'itrati".

تركت فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا بعدي كتاب الله وعترتي أهل بيتي

Aku tinggalkan kepada kamu jika kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selepas aku iaitu Al-Quran dan Ahli keluargaku.

Hadis ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun kerana ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad, Al-Hakim di dalam mustadraknya dan ramai lagi tanpa saya memanjang perbicaraannya di sini. Boleh rujuk di sini untuk penjelasan hadis ini dan sumber kitab-kitab hadis yang meriwayatkannya. Maka termasuk di dalam umum hadis ini Sayyidina Ali, Siti Fatimah, Sayyidina Hassan Dan Sayyidina Hussin Radiallahu 'Anhum Ajma'ien..


Mencintai ahli beit bukan beerti kita syiah. Kerana mencintai ahli beit Rasulullah SAW merupakan suatu tuntutan di dalam mazhab ahli sunnah wal jamaah bahkan disarankan oleh Nabi SAW di dalam hadis “itrati di atas. Kerana hendak menentang syiah kita jangan jadi syiah dengan membenci ahli keluarga Nabi SAW. Kerana hakikatnya syiah yang mengkhianati ahli keluarga Nabi SAW seperti yang tercatat di dalam sejarah versi ahli sunnah wal jamaah.


Jangan anggap keturunan Rasulullah itu syiah. Walaupun syiah menjadikan Sayyidina Ali sebagai imam mereka itu bukan bermaksud Sayyidina Ali itu syiah. Begitu juga dengan Siti Fatimah dan anak keduanya yang merupakan cucu kesayangan baginda SAW, Sayyidina Hassan dan Sayyidina Hussin. Wal ‘iyazabillah min zaalik.


Semoga dengan mencintai ahli beit Rasulillah SAW menjadi asbab syafaat Allah pada hari kiamat nanti sepertimana yang dinyatakan oleh Imamuna As-Syafie di dalam syairnya yang mengandungi erti tawassul dengan keluarga Nabi SAW;


آلُ النبيِّ ذريعتي وهُمُو إليْهِ وَسِيلَتِي أرْجُو بهمْ أُعْطَى غَداً بيدي اليمين صحيفتي


Maksudnya: ahli keluarga Nabi merupakan perisaiku (apabila aku ada kesusahan di dunia dan di akhirat).Mereka merupakan wasilah aku kepada Allah dan aku mengharapkan diberikan kitab catitan amalku nanti dengan tangan kanan (dengan keberkatan mereka).


Jika ahli keluarga Rasulullah boleh menjadi asbab syafaat untuk diberikan kitab dengan tangan kanan pada hari kiamat yang dahsyat jadi bagaimana kiranya kesusahan di dunia ini?


Pada hakikatnya hanya Allah sahaja yang boleh memberi manfaat dan mudharat kepada kita tetapi tidakkah Allah menjadikan bagi setiap sesuatu itu asbab? Jika kepala sakit, kita mencari panadol sebagai asbab untuk menghilangkan sakit dan kita tidak katakan ia perbuatan syirik selagimana dia menganggap panadol sebagai asbab sahaja mengapa kita katakan bertawassul dengan ahli keluarga Nabi SAW dianggap perbuatan syirik sedangkan mereka asbab kepada nusrah Allah SWT.

Comments

  1. Salam Ustaz,

    Terima Kasih di atas penerangan diatas.Setakat ini sepanjang pengetahuan saya, banyak pendapat yang memandang serong zikir tawassul Ahlu Kisa' ini tanpa fakta ilmu.Saya pun mengetahui mengenai zikir ini semenjak tahun 80 an lagi.Penjelasan dari Ustaz dapat menjelaskan kekusutan masyarakat Islam di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam Ustaz..

    Sama-sama..Kekeliruan demi kekeliruan semakin ditimbulkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab..Menjadi tanggungjawab ana sebagai seorang pelajar agama menjelaskan syubuhat ini..semoga kita dapat membuat penilaian berdasarkan kaedah ilmu yang sebenar..

    ReplyDelete
  3. tapi ustaz, dalam doa di atas, jelas menunjukkan kita beri
    tiqad bahwa nama-nama yang disebut itu sebagai pemadam penyakit.sedangkan setahu saya hanya Allah S.W.T. yang berhak untuk menghentikan penyakit. dan dari apa yang saya belajar, untuk bertawassul, bukan kita menyebut terus bahwasanya mereka dapat memadamkan penyakit secra qat'ie, tetapi kita hanya menyebut dengan keberkatan yang ada pada mereka, maka kita mengharapkan Allah dapat memadamkan penyakit tersebut. Ini dari apa yang saya dapat dari tok guru pondok saya. Dan saya rasa ini lebih rajih, sesuai dengan pendapat jabatan mufti selangor.

    ReplyDelete
  4. Syeikh abu,,

    Tawassul ni masuk bab akidah ke bab fiqhiyyah??

    Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah sendiri menyatakan sendiri di dalam fatwa beliau ia berkaitan dengan masalah fiqhiyyah bukan masalah akidah..

    Perkataan tawassul sendiri sudah memberi maksud kita menjadikan ia sbg wasilah..apabila kita katakan wasilah maka ia tidak memberi maksud wasilah itu yang memberi mudharat dan manfaat tetapi ghayahnya iaitu Allah SWT..

    Wasilah itu yang jalan yang menyampaikan kita kepada ghayah hakiki iaitu Allah SWT..Sebagimana Allah menjadikan Rasulullah SAW sebagai wasilah kita dalam mengenal dan beribadah kepadaNya..

    Sebagaimana kita menjadikan wasilah kerja sebagai jalan mendapatkan rezeki yang hakikatnya direzekikan oleh Allah..

    Setiap perkara itu dijadikan oleh Allah sebab dan musabbab..Ada ikhtiar, usaha dan wasitah. Bukan direct turun dari langit syeikh.. Inilah akidah ahli sunnah wal jamaah yang berbeza dgn jabbariah dan qadariah..

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah,tumpang belajar..

    ReplyDelete
  6. Tolong bagi komen pasal blog ni.Penulisnya menuduh Tokguru Hj.Hadi dan Tokguru Nik Aziz pengikut wahabi.http://www.pasvspas.blogspot.com/

    Saya pun nak tahu jugak apa sebenarnya wahabi ni.adakah ianya menyalahi ahli sunnah atau tidak.

    ReplyDelete
  7. Satu lagi blog si Rasul Melayu punya,dah main blog pulak org tua tu.Tolong pantau..http://messengerofgodtoday.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..dpt ilmu...syukran =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa