Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Layar Kehidupan..

  Puisi kehidupan   Kehidupan,, Ibarat pelayaran di lautan luas.. ada pasang ada surut.. Ada ombak ada badai.. Ada gelap ada cerah.. Bukan laut jikalau tidak berombak.. Tiada ombak jikalau tidak bergelora.. Kerana geloranya ombak.. Laut menjadi pantai.. Bayangkan laut tanpa ombak,, Bukan lagi pantai namanya,, Fikirkan ombak tanpa gelora,, Jadilah sengau yang mengalir sepi,, Destinasi kita semuanya sama,, Tapi arah yang membezakannya,, Sampai masa kan tiba jua,, Sampai atau tidak,, Nakhoda penentunya..     Nukilan: Mohd Al-Amin Bin Daud Mansurah 2.33 am.

Permata Mansurah..

Sebulan yang lepas, bumi Mansurah diserikan dengan kelahiran beberapa orang cahayamata sulung bagi pasangan Pakdam dan Makdam yang berkahwin di sini. Pakdam dan Makdam adalah panggilan oleh pelajar Malaysia kepada golongan yang telah berkahwin di sini.. Di kesempatan ini, saya bersama beberapa orang sahabat menziarahi mereka. Tak dapat dukung anak sendiri,,ambik berkat anak orang pun takpe dah..hehehe..sampai masa kita dukung anak sendiri pulak..ke guane Ammu Pamies ? Mohd Faahim Zaidan merupakan anak kepada sahabat saya, saudara Azizi yang melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya, saudari Mas pada tahun lepas. Kedua-duanya merupakan sahabat saya semasa belajar di Kusza. Saudara Azizi yang mengambil keputusan nekad untuk berkahwin di sini walaupun pada awal pelbagai dugaan yang perlu ditempuhi mereka dan akhirnya cinta mereka disatukan dengan sebuah ikatan suci. Sememangnya melangsungkan perkahwinan di dalam tempoh belajar merupakan tindakan yang berani. Keberaniannya me

Apa Ada Pada Kebetulan?

“Indahnya gandum yang menguning. Bukan kebetulan tetapi suratan Ilahi” Saya tertarik untuk mengupas suatu perkataan yang senantiasa meniti dibibir kita sehari-hari. Sebagai contoh bila kita berjumpa dengan sahabat kita secara tidak sengaja maka terpancul di mulut kita.. “kebetulan ya jumpa kat sini”.. atau jika kita berjumpa dengan orang yang mempunyai nama yang sama dengan kita maka kita akan katakan.. “kebetulan ya nama kita sama” Saya cuba membincangkannya secara literal dahulu. Perkataan kebetulan di ambil daripada perkataan betul yang memawa maksud benar atau sungguh. Secara penggunaan orang melayu digunakan perkataan ini untuk menunjukkan kejadian yang tidak dirancang dan telah berlaku. Perkara yang tidak berlaku lagi tidak dikira sebagai kebetulan. Apa pandangan Islam mengenai kebetulan? Di dalam akidah Islam tidak ada yang dikatakan sebagai kebetulan kerana semuanya merupakan takdir daripada Allah SWT. Setiap yang berlaku hatta sekecil mana sekalipun tidak terlepas d