“Indahnya gandum yang menguning. Bukan kebetulan tetapi suratan Ilahi”
Saya tertarik untuk mengupas suatu perkataan yang senantiasa meniti dibibir kita sehari-hari. Sebagai contoh bila kita berjumpa dengan sahabat kita secara tidak sengaja maka terpancul di mulut kita.. “kebetulan ya jumpa kat sini”.. atau jika kita berjumpa dengan orang yang mempunyai nama yang sama dengan kita maka kita akan katakan.. “kebetulan ya nama kita sama”
Saya cuba membincangkannya secara literal dahulu. Perkataan kebetulan di ambil daripada perkataan betul yang memawa maksud benar atau sungguh. Secara penggunaan orang melayu digunakan perkataan ini untuk menunjukkan kejadian yang tidak dirancang dan telah berlaku. Perkara yang tidak berlaku lagi tidak dikira sebagai kebetulan.
Apa pandangan Islam mengenai kebetulan?
Di dalam akidah Islam tidak ada yang dikatakan sebagai kebetulan kerana semuanya merupakan takdir daripada Allah SWT. Setiap yang berlaku hatta sekecil mana sekalipun tidak terlepas daripada khudrat dan ilmu Allah SWT. Tetapi kita boleh katakan kebetulan yang dimaksudkan oleh orang kita ialah berbetulan dengan takdir. Maka jika dimaksudkan dengan kebetulan ialah yang berbetulan dengan takdir maka tidaklah menjadi salah untuk kita mengatakan secara kebetulan. Dengan perkataan yang lain ialah sesuatu yang di luar kemampuan kita berlaku dan berbetulan dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT.
Namun jika dii’tiqadkan yang kebetulan itu terjadi dengan sendiri bukan daripada khudrat Allah SWT maka kalam sebegini boleh mengeluarkan kita daripada Islam dan dikira sebagai murtad dan wajib bertaubat dan jika tidak mahu bertaubat maka dipancung oleh Imam atau ketua negara sebuah negara Islam.
Ulamak mutakallim membahagikan perbuatan kita kepada dua. Pertama disebut sebagai ikhtiari dan kedua disebut sebagai idthirori. Ikhtiari ialah yang kita lakukan dengan pilihan kita dan usaha kita seperti kita memilih untuk memakan nasik atau roti. Maka ini di dalam kawalan kita. Adapun idthirori ialah sesuatu yang di luar bidang kuasa kita yang berlaku dengan ketentuan Allah SWT seperti kelipan mata dan sebgainya.
Di dalam permasalahan ini wujudnya beberapa golongan di dalam Islam seperti golongan Jabariyyah dan Qadariyyah di mana jabariyyah mengatakan perbuatan kita secara terpaksa dengan menafikan pilihan kita. Seperti bulu yang diterbangkan oleh angin. Maka yang memaksa kita ialah kudrat Allah SWT. Qadariyyah pula mengatakan Allah Ta’ala tidak ada sangkut paut dengan apa yang kita lakukan. Maksudnya Allah Ta’ala memberikan kita khudrat secara total dengan menafikan khudrat Allah Ta’ala di dalam perbuatan yang kita lakukan.
Muktazilah pula berpandangan Allah hanya melakukan perkara yang baik dan terlebih baik adapun perkara yang buruk tidak dilakukan oleh Allah Ta’ala. Tujuan mereka untuk mentanzihkan Allah Ta’ala daripada perkara yang buruk tetapi tanpa mereka sedari mereka membataskan kuasa Allah dan seolah-olah ada kuasa lain yang membuat perkara yang buruk. Jika bukan Allah yang melakukan perkara yang buruk maka siapa lagi? Sebab itu di dalam rukun iman kita wajib beriman dengan qada’ dan qadar buruk dan baik ditentukan oleh Allah SWT. Tinggal lagi usaha dan ikhtiar kita dalam memilih yang mana disuruh oleh Allah dan yang dilarang oleh Allah SWT. Ulamak ahli sunnah menghukumkan haram jika kita mengatakan babi Allah atau apa-apa yang buruk dan keji sebagai beradab dengan Allah SWT walaupun pada hakikatnya semuanya dijadikan oleh Allah SWT.
Ketiga-tiga aliran ini merupakan aliran yang sesat dan menyesatkan yang melakukan bidaah di dalam urusan agama. Adapun akidah ahli sunnah kita mengi’tiqadkan bahawasanya Allah Ta’ala memberikan ikhtiar dan kasbun iaitu pilihan dan usaha kepada kita tanpa menafikan campurtangan khudrat Allah tetapi kita diberi pilihan samada untuk melakukan ketaatan atau maksiat. Dengan sebab inilah kita diazab dengan maksiat yang kita lakukan dan kita diberi pahala dengan ketaatan yang kita laksanakan.
syukran dan tahniah dg artikel terbaru, walau sibuk dg imtihan namun sempat memberi manfaat.. pembuka minda, petunjuk bila kesamaran.. anjakan paradigma, manfaat sepanjan zaman...
ReplyDeletekalau boleh sambung lagi perbahasan di atas..
agar segala kekusutan kembali tercerna dan terungkai..
hamburkan segala permata ilmu yg masih bersemadi di dalam benak, hati dan fikiranmu wahai sahabatku..
agar dapat ku kutip menjadi bekalan sepanjang perjuangan..
-ikhlas dr : Aljauhary..
afwan ya akhi..indah sungguh kalam mu duhai sahabat.insyAllah dikesempatan lain akan dibincangkan lebih panjang..doakanku agar terus thabat dalam memberi kefahaman akidah kepada masyarakat kita..syukran kembali di atas komen akhi..
ReplyDeleteSalam perjuangan..
ReplyDeleteSalam perjuangan..syukran singgah kat sini..
ReplyDeleteyes...memang kebetulan...hehehe...
ReplyDeletegood luck 4 u study...
salam ya akhi,
ReplyDeletekebetulan dan takdir dari Allah itu suatu perkara yang sama. kerna segala yang berlaku adalah di dalam pengetahuanNya. oleh itu, terimalah ia dengan redha kerana kebetulan itu walaupun sukar diterima tetapi datangnya dari Allah. pasti ada hikmah di sebaliknya yang kita sendiri tidak sedar.....