Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Ingin Tahu atau Menahu

"Sistem talaqqi dulu dan kini yang menjaga penuntut ilmu daripada tersilap memahami Al-Quran dan As-Sunnah" "Sistem talaqqi di Masjid Al-Azhar yang melahirkan puluhan ribu ulama' yang menjadi rujukan dunia" Banyak persoalan yang menjengah masuk di blog dan yahoo group. YM saya sudah beberapa minggu tidak online. Kalau online pun invisble. Jangan marah ya. Bukan tidak sudi menjawab setiap persoalan yang diajukan. Ingin sekali terus dijawab walau dengan beberapa kalam pendek, namun tiada mood di saat ini dengan beberapa situasi yang tidak stabil. berpuluh artikel saya di KIV dulu. Saya tidak perlu memanjangkan di sini mengapa dan kenapa. Buat pengetahun sahabat-sahabat, saya sedang menunggu natijah (result) dan jika rezeki saya lulus, saya akan pulang ke Malaysia. Doa kalian amatlah dihargai. Doakan saya ya. Sahabat-sahabat yang bertanya ada yang bersifat “ingin tahu” dan ada yang bersifat “ingin menahu”. Apa beza “tahu” dan “menahu”. Orang kelantan mu

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah. Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid. Firman Allah yang dimaksudkan akhi; قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ “(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan m