Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Blog Oh Blog

Islam, Internet dan Talaqqi

Ziarah sahabat di Tanta. Selepas pulang daripada Masjid Sidi Ahmad Badawi singgah makan pizza jap.   Tanggal 14.1.2008 saya akan menduduki imtihan untuk paper falsafah ilmu dan pada 21.1 saya akan menduduki paper falsafah Islam. Untuk fasal satu ini, saya hanya ada dua papers sahaja. Memandangkan exam yang semakin hampir, maka blog saya agak sunyi. Saya tidak berkesempatan menulis. Saya hanya mampu sekadar menjenguk untuk melihat jika ada mesej-mesej yang ditinggalkan oleh kawan-kawan di chat box saya. Hari ini internet kami putus lagi. Puncanya ialah kerana wayar kami dipotong oleh arab yang memang bermasalah. Kali ini merupakan kali ketiga wayar internet kami dipotong. Beginilah karenah arab yang tidak dapat kami bendung. Kami hanya mampu pasrah dengan apa jua yang mereka lakukan. Hidup di mesir tanpa internet ibarat teh tanpa gula. Di sini kami tidak ada aktiviti luar yang menarik kerana risiko di luar sangat menakutkan untuk kami merayau-rayau tanpa tentu arah....

Blog oh blog..

Kat atas tu screenshot analytics nuffnang pengunjung ke blog saya untuk minggu ini. Tak disangka bilangan pengunjung yang menyinggah di sini semakin meningkat sehingga 1343 views dan sebanyak 503 uniques (bukan orang yang sama) dalam tempoh seminggu. Walaupun tidak setanding saifulislam.com namun saya terus mengorak langkah untuk menjadikan blog sebagai medium dakwah. Apa guna ada blog yang cantik, diupdate hari-hari entrynya, pelbagai idea dilontarkan andai tiada yang membaca. Dengan kata lain mesej yang kita nak sampaikan tidak akan kesampaian. Entry ini bukanlah bertujuan untuk berbangga diri tetapi sebagai motivasi untuk saya agar terus menulis dan menulis untuk menyampaikan mesej Islam. Nak gi berperang kat Palastein rasa macam tak mampu dah. Takkan nak berperang depan laptop pun tak mampu kot?? hehehe.. Saya mula mengenali dunia blog sebelum saya ke Mesir. Perasaan ingin memiliki blog sendiri timbul apabila melihat blog kawan saya yang berada di Syiria ketika itu. Ust Nizar...