Tanggal 14.1.2008 saya akan menduduki imtihan untuk paper falsafah ilmu dan pada 21.1 saya akan menduduki paper falsafah Islam. Untuk fasal satu ini, saya hanya ada dua papers sahaja.
Memandangkan exam yang semakin hampir, maka blog saya agak sunyi. Saya tidak berkesempatan menulis. Saya hanya mampu sekadar menjenguk untuk melihat jika ada mesej-mesej yang ditinggalkan oleh kawan-kawan di chat box saya.
Hari ini internet kami putus lagi. Puncanya ialah kerana wayar kami dipotong oleh arab yang memang bermasalah. Kali ini merupakan kali ketiga wayar internet kami dipotong. Beginilah karenah arab yang tidak dapat kami bendung. Kami hanya mampu pasrah dengan apa jua yang mereka lakukan.
Hidup di mesir tanpa internet ibarat teh tanpa gula. Di sini kami tidak ada aktiviti luar yang menarik kerana risiko di luar sangat menakutkan untuk kami merayau-rayau tanpa tentu arah. So, internet menjadi teman setia untuk berkongsi suka duka yang kami tempuhi. Segala maklumat persatuan banyak disebarkan melalui YM dan blog Persatuan DPM dan yang sewaktunya.
Pendek kata, tanpanya maklumat tidak akan sampai kepada kami. Bagi saya yang menjadikan blog sebagai ruang bisnes agak terganggu. InsyAllah lepas exam saya akan memberikan tumpuan yang lebih untuk meningkatkan earning adsense dan nuffnang saya. Beberapa e-book telah saya kaji untuk menambahkan pengetahuan dan tips-tips yang berkesan untuk melangkah lebih jauh ke dunia bisnes internet. Saya terlalu baru di dalam dunia ini. Jika ada sesipa yang sudi membantu dan berkongsi pengalaman dan juga petua-petua, amatlah saya alukan.
Dunia blog yang menjadi fenomena kepada masyarakat kita, tidaklah harus disia-siakan. Di samping menyampaikan dakwah, kita perlu melangkah lebih jauh untuk menjana ekonomi umat Islam. Mungkin suatu hari nanti, kami pelajar Al-Azhar boleh menubuhkan satu team yang kuat untuk menguasai dunia internet. Kita boleh mewujudkan satu syarikat pengiklanan sendiri yang sudah tentu menitikberatkan soal halal dan haram.
Fenomena blog menjadikan setiap pelajar al-Azhar memiliki satu blog. Secara percuma, blogger anak syarikat google membenarkan kita memiliki blog sendiri. Memiliki blog adalah amat mudah. Semudah tiga step sahaja tetapi untuk menjadikan blog kita di antara blog yang sentiasa dikunjungi oleh pembaca amat sukar sekali. Sudah tentu contentnya menjadi penarik utama. Template yang cantik hanya tambahan kepada content yang menarik dan mempunyai identiti tersendiri.
Internet dan blog menjadi wadah utama kepada mereka yang ingin memahami Islam. Ada blog yang membicarakan soal hukum, isu semasa, politik dan sebagainya. Namun kita haruslah berwaspada dengan blog-blog yang memusuhi Islam. Sayugia kita mencari bimbingan guru agar kita tidak tersesat di dalam pembacaan. Blog hanya tambahan ilmu dan maklumat kepada apa yang kita pelajari secara berguru. Jangan hanya kerana mereka menggunakan title sebagai Ustaz maka kita terus menerima bulat-bulat lontaran idea yang mereka tuliskan. Apalagi jika yang menulis tentang agama bukanlah berlatarbelakangkan agama.
Latarbelakang agama bukan bermakna dia memilik ijazah atau sarjana di dalam bidang pengajian Islam kerana ramai sarjana Islam juga yang menyimpang daripada kefahaman yang betul mengikut akidah ahli sunnah wal jamah. Ada juga yang tidak memiliki ijazah atau sarjana di dalam bidang agama tetapi ilmu mereka lebih jauh tinggi daripada yang mempelajari agama secara bersyahadah (bersijil) seperti guru-guru dan ustaz-ustaz keluaran pondok. Syahadah mereka adalah daripada guru mereka setelah diuji ilmu yang mereka tamatkan.
Islam agama yang diwarisi daripada Nabi SAW kepada dada sahabat-sahabat yang sempat bertalaqqi secara langsung daripada baginda. Maka ilmu yang sampai daripada dada ke dada adalah ilmu yang sepatutnya kita pelajari dan fahami kerana ia formula dan sifir yang tepat untuk memahami kitab-kitab yang dikarang oleh mereka. Melalui pembacaan kita hanya boleh menambahkan maklumat tetapi bukan kefahaman yang betul. Kefahaman mesti dipelajari secara langsung daripada guru-guru yang mempelajari daripada guru mereka sehinggalah kepada tabi3 tabien kepada tabi3ien daripada sahabat dan terus kepada Nabi Muhammad SAW.
Inilah methodologi yang diguna pakai oleh ulamak kita sehinggalah ke hari ini. Kemudahan internet dan buku tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kita tidak bertalaqqi (face to face) dengan ulamak kita supaya kefahaman kita tentang Islam tidak menyimpang daripada kefahaman sebenar yang diwarisi daripada Nabi SAW.
Salam ma'al hijrah kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Kullu aamin wa antum toyyibun.
ustaz, bukankah pepsi termasuk dalam barangan yang perlu diboikot?
ReplyDeletetiadakah perasaan belas terhadap saudara kita di palestin?
bagaimana kami sebagai yang tidak tahu tentang agama ini mahu mengikut pelajar2 agama jika tiada contoh ikutan yang baik?
owh, tidak...
fitnah besar ini..
maafkan ana..maksud enta iklan nuffnang ke??keluar iklan pepsi??ke adsense??tlg maklumkan pada ana supaya ana boleh filter iklan tu..
ReplyDeleteooo pepsi dalam gambar ya??kalau enta belajar kat mesir mesti enta tahu biasanya di kedai arab tidak ada banyak pilihan air.biasanya hanya ada pepsi.bukan macam di malaysia.ada teh tarik.yang disediakan ialah air paip yang tidak direbus.kami tiada pilihan samada minum air paip atau pepsi..
ReplyDeleteana akui pepsi adalah antara barangan yang diboikot..jangan jadikan kesilapan kami sebagai contoh kepada kalian..
Terima kasih di atas teguran yang membina..
salam..
ReplyDeleteerm..betul juga kata muhammad tu, saya setuju.
tapi ustaz, misalkata ustaz dah tahu di kedai2 arab ni tiada jual air selain air pepsi, bukankah lebih baik beli air di kedai lain @ bawa air dari rumah misalkata memang berhajat untuk makan dikedai?..
bagi saya, itu lebih baik dalam menegur peniaga2 arab tu. Kalau selalu kata terpaksa, sampai kucing bertanduk pun tak boleh nak ubah keadaan.
rasanya, kita yang perlu proaktif, bukan sekadar mengikut keadaan.
cubalah ustaz... hhmm... alang2 tue nak tanya... apa maksud boikot yg sebenar?? buang segala barangan israel atau stop membeli??? apa yg saya patut buat dengan hanset nokia saya nie??? baru beli lak tue... sebelum perang la...
ReplyDeleteapa yang boleh kita boikot tu boikot la..maksudnya ada alternatif lain produk Islam..kalau xde nak wat macamana mcm kita pakai windows atau sbgnya..henset tu dah beli nak wat mcmn..xkan nak buang kot??bagi ana jela..hehehe..ana pun pakai nokia jugak..drpd segi hukum jual beli halal je barang tuh cuma drpd sudut wara3..drpd sudut sense of belonging dan sbgnya..
ReplyDeletesalam.. dr blog juga..
ReplyDeletehati sy terbuka utk mulakan hidup br...
tak sia2 blog2 yg berbentuk dakwah...
setidak2nya ada kesedaran org2 spt sy..
wslm,,
ReplyDeletealhamdulillah..kita tahu antara tujuan internet dibuat utk merosakkan umat Islam dengan membuka sempadan peta dunia.. mengapa kita tdk guna cara yg mereka buat utk melawan balik mereka..kesan internet menyebabkan tdk akan ada manusia yg mengatakan tidak smp dakwah kpd kami..
Segala maklumat dihujung jari..tinggal lagi nak atau tidak??
Smg Allah menthabatkan kita di atas jalanNya sehingga nyawa kita diambil..