Skip to main content

Islam, Internet dan Talaqqi

Ziarah sahabat di Tanta. Selepas pulang daripada Masjid Sidi Ahmad Badawi singgah makan pizza jap.
 

Tanggal 14.1.2008 saya akan menduduki imtihan untuk paper falsafah ilmu dan pada 21.1 saya akan menduduki paper falsafah Islam. Untuk fasal satu ini, saya hanya ada dua papers sahaja.
Memandangkan exam yang semakin hampir, maka blog saya agak sunyi. Saya tidak berkesempatan menulis. Saya hanya mampu sekadar menjenguk untuk melihat jika ada mesej-mesej yang ditinggalkan oleh kawan-kawan di chat box saya.


Hari ini internet kami putus lagi. Puncanya ialah kerana wayar kami dipotong oleh arab yang memang bermasalah. Kali ini merupakan kali ketiga wayar internet kami dipotong. Beginilah karenah arab yang tidak dapat kami bendung. Kami hanya mampu pasrah dengan apa jua yang mereka lakukan.


Hidup di mesir tanpa internet ibarat teh tanpa gula. Di sini kami tidak ada aktiviti luar yang menarik kerana risiko di luar sangat menakutkan untuk kami merayau-rayau tanpa tentu arah. So, internet menjadi teman setia untuk berkongsi suka duka yang kami tempuhi. Segala maklumat persatuan banyak disebarkan melalui YM dan blog Persatuan DPM dan yang sewaktunya.


Pendek kata, tanpanya maklumat tidak akan sampai kepada kami. Bagi saya yang menjadikan blog sebagai ruang bisnes agak terganggu. InsyAllah lepas exam saya akan memberikan tumpuan yang lebih untuk meningkatkan earning adsense dan nuffnang saya. Beberapa e-book telah saya kaji untuk menambahkan pengetahuan dan tips-tips yang berkesan untuk melangkah lebih jauh ke dunia bisnes internet. Saya terlalu baru di dalam dunia ini. Jika ada sesipa yang sudi membantu dan berkongsi pengalaman dan juga petua-petua, amatlah saya alukan.


Dunia blog yang menjadi fenomena kepada masyarakat kita, tidaklah harus disia-siakan. Di samping menyampaikan dakwah, kita perlu melangkah lebih jauh untuk menjana ekonomi umat Islam. Mungkin suatu hari nanti, kami pelajar Al-Azhar boleh menubuhkan satu team yang kuat untuk menguasai dunia internet. Kita boleh mewujudkan satu syarikat pengiklanan sendiri yang sudah tentu menitikberatkan soal halal dan haram.


Fenomena blog menjadikan setiap pelajar al-Azhar memiliki satu blog. Secara percuma, blogger anak syarikat google membenarkan kita memiliki blog sendiri. Memiliki blog adalah amat mudah. Semudah tiga step sahaja tetapi untuk menjadikan blog kita di antara blog yang sentiasa dikunjungi oleh pembaca amat sukar sekali. Sudah tentu contentnya menjadi penarik utama. Template yang cantik hanya tambahan kepada content yang menarik dan mempunyai identiti tersendiri.


Internet dan blog menjadi wadah utama kepada mereka yang ingin memahami Islam. Ada blog yang membicarakan soal hukum, isu semasa, politik dan sebagainya. Namun kita haruslah berwaspada dengan blog-blog yang memusuhi Islam. Sayugia kita mencari bimbingan guru agar kita tidak tersesat di dalam pembacaan. Blog hanya tambahan ilmu dan maklumat kepada apa yang kita pelajari secara berguru. Jangan hanya kerana mereka menggunakan title sebagai Ustaz maka kita terus menerima bulat-bulat lontaran idea yang mereka tuliskan. Apalagi jika yang menulis tentang agama bukanlah berlatarbelakangkan agama.


Latarbelakang agama bukan bermakna dia memilik ijazah atau sarjana di dalam bidang pengajian Islam kerana ramai sarjana Islam juga yang menyimpang daripada kefahaman yang betul mengikut akidah ahli sunnah wal jamah. Ada juga yang tidak memiliki ijazah atau sarjana di dalam bidang agama tetapi ilmu mereka lebih jauh tinggi daripada yang mempelajari agama secara bersyahadah (bersijil) seperti guru-guru dan ustaz-ustaz keluaran pondok. Syahadah mereka adalah daripada guru mereka setelah diuji ilmu yang mereka tamatkan.


Islam agama yang diwarisi daripada Nabi SAW kepada dada sahabat-sahabat yang sempat bertalaqqi secara langsung daripada baginda. Maka ilmu yang sampai daripada dada ke dada adalah ilmu yang sepatutnya kita pelajari dan fahami kerana ia formula dan sifir yang tepat untuk memahami kitab-kitab yang dikarang oleh mereka. Melalui pembacaan kita hanya boleh menambahkan maklumat tetapi bukan kefahaman yang betul. Kefahaman mesti dipelajari secara langsung daripada guru-guru yang mempelajari daripada guru mereka sehinggalah kepada tabi3 tabien kepada tabi3ien daripada sahabat dan terus kepada Nabi Muhammad SAW.


Inilah methodologi yang diguna pakai oleh ulamak kita sehinggalah ke hari ini. Kemudahan internet dan buku tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kita tidak bertalaqqi (face to face) dengan ulamak kita supaya kefahaman kita tentang Islam tidak menyimpang daripada kefahaman sebenar yang diwarisi daripada Nabi SAW.


Salam ma'al hijrah kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Kullu aamin wa antum toyyibun.

Comments

  1. ustaz, bukankah pepsi termasuk dalam barangan yang perlu diboikot?

    tiadakah perasaan belas terhadap saudara kita di palestin?

    bagaimana kami sebagai yang tidak tahu tentang agama ini mahu mengikut pelajar2 agama jika tiada contoh ikutan yang baik?

    owh, tidak...


    fitnah besar ini..

    ReplyDelete
  2. maafkan ana..maksud enta iklan nuffnang ke??keluar iklan pepsi??ke adsense??tlg maklumkan pada ana supaya ana boleh filter iklan tu..

    ReplyDelete
  3. ooo pepsi dalam gambar ya??kalau enta belajar kat mesir mesti enta tahu biasanya di kedai arab tidak ada banyak pilihan air.biasanya hanya ada pepsi.bukan macam di malaysia.ada teh tarik.yang disediakan ialah air paip yang tidak direbus.kami tiada pilihan samada minum air paip atau pepsi..

    ana akui pepsi adalah antara barangan yang diboikot..jangan jadikan kesilapan kami sebagai contoh kepada kalian..

    Terima kasih di atas teguran yang membina..

    ReplyDelete
  4. salam..

    erm..betul juga kata muhammad tu, saya setuju.

    tapi ustaz, misalkata ustaz dah tahu di kedai2 arab ni tiada jual air selain air pepsi, bukankah lebih baik beli air di kedai lain @ bawa air dari rumah misalkata memang berhajat untuk makan dikedai?..

    bagi saya, itu lebih baik dalam menegur peniaga2 arab tu. Kalau selalu kata terpaksa, sampai kucing bertanduk pun tak boleh nak ubah keadaan.

    rasanya, kita yang perlu proaktif, bukan sekadar mengikut keadaan.

    ReplyDelete
  5. cubalah ustaz... hhmm... alang2 tue nak tanya... apa maksud boikot yg sebenar?? buang segala barangan israel atau stop membeli??? apa yg saya patut buat dengan hanset nokia saya nie??? baru beli lak tue... sebelum perang la...

    ReplyDelete
  6. apa yang boleh kita boikot tu boikot la..maksudnya ada alternatif lain produk Islam..kalau xde nak wat macamana mcm kita pakai windows atau sbgnya..henset tu dah beli nak wat mcmn..xkan nak buang kot??bagi ana jela..hehehe..ana pun pakai nokia jugak..drpd segi hukum jual beli halal je barang tuh cuma drpd sudut wara3..drpd sudut sense of belonging dan sbgnya..

    ReplyDelete
  7. salam.. dr blog juga..

    hati sy terbuka utk mulakan hidup br...
    tak sia2 blog2 yg berbentuk dakwah...
    setidak2nya ada kesedaran org2 spt sy..

    ReplyDelete
  8. wslm,,

    alhamdulillah..kita tahu antara tujuan internet dibuat utk merosakkan umat Islam dengan membuka sempadan peta dunia.. mengapa kita tdk guna cara yg mereka buat utk melawan balik mereka..kesan internet menyebabkan tdk akan ada manusia yg mengatakan tidak smp dakwah kpd kami..

    Segala maklumat dihujung jari..tinggal lagi nak atau tidak??

    Smg Allah menthabatkan kita di atas jalanNya sehingga nyawa kita diambil..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa