Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

Camel

MORAL

Tidak,,Aku Bukan Wahabi..

Sekalipun aku ingin berdiam diri dari membicarakan soal ini dek rasa muak dan loya, namun golongan ini tidak pernah serik untuk memalu irama gendang bida’ah dalam masyarakat sehingga memeningkan masyarakat yang telah dibina sekian lama oleh ulama’-ulama’ silam dengan berteraskan institusi pondok. Ini fakta sejarah, tidak siapa yang boleh menafikan bagaimana peranan pondok dan ulama’-ulama’ yang digelar sebagai kaum tua dalam menyampaikan ilmu agama kepada masyarakat Islam di Tanah Melayu . kalau tidak dek mereka entah Islam atau tidak datuk-datuk dan nenek-nenek kita, ayah-ayah dan ibu-ibu kita. Justeru, Islam kah kita tanpa Islamnya mereka?? Nama seperti Syeikh Daud al-Fatani, Tok Kenali, Syeikh Ahmad al-Fatani, Syeikh Abd Somad al-Palembani, Hj Abdullah Fahim, Hj Abdulah Tahir, Hj Awang Lambor, Hj Yahya Kupang, Syeikh Wan Ali Bin Abdurrahman al-Kelantani (Tok Wan Ali Kutan), Hj Nik Man, Hj Awang Faqir, Hj Daud Bukit Abal, Hj Idris al-Marbawi dan ramai lagi yang tidak mampu aku

Demam..

Hari ini dalam sejarah hidup saya kerana terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan demam+batuk+selesema. Bermacam-macam ubat yang telah saya beli dan makan untuk melegakan sementara menghadapi imtihan fasal ni. Namun selepas seminggu berlalu demam semakin parah. Kepala semakin pening. Namun apakan daya perjuangan tetap diteruskan. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan sehingga saya dapat menghabiskan imtihan ini dgn baik.. Allahummasyfina min kulli daa’ fiddunya wal aakhirah.. Madah pertama telah berlalu. Madah al-Quran. Madah yg menakutkan. Soalan tahun ni adalah antara soalan yg terpayah. Kata kawan senior saya. Ya Allah, kurniakan kejayaan kepadaku. Ameen Ya Rabb.. Madah seterusnya tauhid. Hari Rabu ni. Persediaan? hehehe.. kepala otak hanya duk fikir rumah jer. Tak sabar-sabar rasanya nak terbang ke Malaysia. Abah dan ma cakap, saya demam sebab nak balik Malaysia. Ada ke sebab tu. Sebenarnya sebab perubahan musim dari musim sejuk ke musim panas. Orang baru macam saya yang

Syafawi Berlalu Tahriri Menanti

Pagi tadi ana sudah selesai imtihan syafawi al-Quran (Oral). Alhamdulillah. Macamana? Boleh jawab ke? hehehe.. Biarlah rahsia. Doakan semoga najah.. Kami waafidin (bukan arab) diwajibkan menghafal 8 juzuk untuk tempoh 4 tahun. Dengan kata lain 2 juzuk setahun.. Untuk arab kulluh 30 juzuk. Bagi ana yg datang secara mu'adalah KUSZA - AL-AZHAR, ini menjadi suatu taklifan yang amat berat.. Kerana di KUSZA kami hanya diwajibkan menhafal 100 ayat sahaja dr awal surah al-Baqarah.. Doktor akan soal menggunakan style “tebuk ayat” (secara rawak) maka tak dapat tidak ana kena menghafaz semua sbb tak tahu ayat mana akan diminta sambung. Tapi mampukah ana dalam masa setahun ni?? Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. tapi ana nak berdalih gak.. hehehe.. sempat tu memang la sempat tapi Quran ni bukan jenis yang hafal akan ingat sampai bila-bila.. kita kena selalu ulang. Yang selalu ulang pun masih terlupa yg jarang-jarang lagi la kan.. Tapi kalau diminta baca ayat kursi atau

Aku akan pulang

"bayar duit tiket kat Ust Yus, 5000 genih tu (kena mntk royalti ni.. tlg promosi..hehe..)" Setelah berfikir sampai kepala pun naik pening nak balik ke tidak, akhirnya ana buat keputusan untuk balik jgk ke Malaysia.. walaupun ada sebahagian sahabat-sahabat yang menasihati ana supaya tunggu sehingga natijah keluar dan ada yg nasihat supaya pegi ke Yaman dulu, talaqqi kat sana untuk daurah nanti, alang-alang dah dtg Mesir ni. Kata mereka. Bukanlah maknanya bila ana balik Malaysia pandangan sahabat-sahabat, ana tak terima. Namun hati ana tidak dapat menolak harapan Ma, Abah dan adik-adik ana yg selalu mengukapkan kata-kata rindu setiap kali ana menelefon mereka. Lebih-lebih lagi adik bongsu ana yang baru bersekolah darjah satu, soalan yg biasa dia tanya bila bercakap dengan dia. "Abang Amin bila nak balik?Baby rindula kat abang Amin, Lama dah Baby tak tengok Abang Amin, balik la Abang Amin, Baby rindu sangat kat Abang Amin" Hati Abg mana yg tak tersentuh dgn pujukan adi

Selamat Hari Ibu

(Gamba bukan sekadar hiasan.. Foto original mama saya yg di"adobe" oleh adik saya) Ya Allah, Kasihilah ibuku sebagaimana dia mengasihiku dr kecil sehinggala aku mengenal erti kehidupan. Sesungguhnya aku amat menyayanginya.. Jadikan aku kurrata a'yun di mata hatinya.. Semoga dgn keredhaannya aku mendapat redhaMu Ya Allah.. Tidak dapat kubalasi jasa dan pengorbanannya terhadapku, hanya doa kumampu panjatkan utk mamaku tercinta. Mama nantikan kepulangan Amin..

Kehidupan Suatu Imtihan

Sedar tak sedar atau buat2 tak sedar sebenarnya hidup ini tidak boleh lari dari imtihan (Ujian atau Exam) Dari kechik sampai ke besar.. Start-start lahir dah kena buat ujian.. Ujian apa? Ujian kesihatan daa.. Nak timbang berat and sebagainya.. Bila umur 7 tahun, masuk darjah satu kena ambik ujian dulu. Nak tentukan kelas. Kemudian UPSR, PMR, SPM and ke universiti. Nak kawin pun kena ujian gak.. Ujian HIV.. Nak lesen memandu pun kena ambik ujian.. Lesen terbang tak aci daa.. Pendek kata hidup ini tidak pernah terlepas dari ujian. Benarla firman Allah di dalam surah al-Mulk ayat yg kedua :   الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور "Allah yg menjadikan kematian dan kehidupan utk menguji kamu, siapa di antara kamu yg paling baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" Kenyataan yang wajib kita terima, ujian di dunia ini adalah bersifat majazi sahaja walau mcmn sukar skalipun. Kerana kegagalan yang kita tanggung di dunia akan ad