Skip to main content

Demam..

Hari ini dalam sejarah hidup saya kerana terpaksa menduduki peperiksaan dalam keadaan demam+batuk+selesema. Bermacam-macam ubat yang telah saya beli dan makan untuk melegakan sementara menghadapi imtihan fasal ni. Namun selepas seminggu berlalu demam semakin parah. Kepala semakin pening. Namun apakan daya perjuangan tetap diteruskan. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan sehingga saya dapat menghabiskan imtihan ini dgn baik.. Allahummasyfina min kulli daa’ fiddunya wal aakhirah..

Madah pertama telah berlalu. Madah al-Quran. Madah yg menakutkan. Soalan tahun ni adalah antara soalan yg terpayah. Kata kawan senior saya. Ya Allah, kurniakan kejayaan kepadaku. Ameen Ya Rabb.. Madah seterusnya tauhid. Hari Rabu ni. Persediaan? hehehe.. kepala otak hanya duk fikir rumah jer. Tak sabar-sabar rasanya nak terbang ke Malaysia. Abah dan ma cakap, saya demam sebab nak balik Malaysia. Ada ke sebab tu. Sebenarnya sebab perubahan musim dari musim sejuk ke musim panas. Orang baru macam saya yang tidak biasa dengan perubahan ini pasti akan mengalami gangguan kesihatan. Orang lama pun ada yang demam. Ini biasa bila berlaku bila musim berubah. Di mana-mana pun bukan hanya di Mesir.

Bermacam-macam cabaran belajar di tempat orang. Khususnya di Mesir. Cabarannya terlalu hebat. Hanya mereka yg mempunyai hemah yang tinggi sahaja mampu meredasi onak-onak bumi anbiya’ ini. Ya Allah perteguhkan iman dan kekuatan aku. Jadikan aku dari kalangan hamba2Mu yg sabar dan teguh imannya dalam menghadapi mehnah dan fitnah dunia seperti Para NabiMu, para syuhada’ dan as-Solihin..Ameen..

Comments

  1. Semoga najah dalam imtihan

    ReplyDelete
  2. la yukallifulla hunafsan illa wus 'aha .. Allah x membebankn seseorg melainkn sesuai dgn kmampuannya.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah. Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid. Firman Allah yang dimaksudkan akhi; قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ “(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan meng...