
Madah pertama telah berlalu. Madah al-Quran. Madah yg menakutkan. Soalan tahun ni adalah antara soalan yg terpayah. Kata kawan senior saya. Ya Allah, kurniakan kejayaan kepadaku. Ameen Ya Rabb.. Madah seterusnya tauhid. Hari Rabu ni. Persediaan? hehehe.. kepala otak hanya duk fikir rumah jer. Tak sabar-sabar rasanya nak terbang ke Malaysia. Abah dan ma cakap, saya demam sebab nak balik Malaysia. Ada ke sebab tu. Sebenarnya sebab perubahan musim dari musim sejuk ke musim panas. Orang baru macam saya yang tidak biasa dengan perubahan ini pasti akan mengalami gangguan kesihatan. Orang lama pun ada yang demam. Ini biasa bila berlaku bila musim berubah. Di mana-mana pun bukan hanya di Mesir.
Bermacam-macam cabaran belajar di tempat orang. Khususnya di Mesir. Cabarannya terlalu hebat. Hanya mereka yg mempunyai hemah yang tinggi sahaja mampu meredasi onak-onak bumi anbiya’ ini. Ya Allah perteguhkan iman dan kekuatan aku. Jadikan aku dari kalangan hamba2Mu yg sabar dan teguh imannya dalam menghadapi mehnah dan fitnah dunia seperti Para NabiMu, para syuhada’ dan as-Solihin..Ameen..
Semoga najah dalam imtihan
ReplyDeletela yukallifulla hunafsan illa wus 'aha .. Allah x membebankn seseorg melainkn sesuai dgn kmampuannya.. :)
ReplyDelete