Sedar tak sedar atau buat2 tak sedar sebenarnya hidup ini tidak boleh lari dari imtihan (Ujian atau Exam) Dari kechik sampai ke besar.. Start-start lahir dah kena buat ujian.. Ujian apa? Ujian kesihatan daa.. Nak timbang berat and sebagainya.. Bila umur 7 tahun, masuk darjah satu kena ambik ujian dulu. Nak tentukan kelas. Kemudian UPSR, PMR, SPM and ke universiti. Nak kawin pun kena ujian gak.. Ujian HIV.. Nak lesen memandu pun kena ambik ujian.. Lesen terbang tak aci daa.. Pendek kata hidup ini tidak pernah terlepas dari ujian. Benarla firman Allah di dalam surah al-Mulk ayat yg kedua :
الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور
"Allah yg menjadikan kematian dan kehidupan utk menguji kamu, siapa di antara kamu yg paling baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun"
Kenyataan yang wajib kita terima, ujian di dunia ini adalah bersifat majazi sahaja walau mcmn sukar skalipun. Kerana kegagalan yang kita tanggung di dunia akan ada akhirnya. Adapun ujian di sana itu yang hakiki. Kerana kegagalan di sana tiada kesudahannya..
Dan di dalam ayat di atas Allah mendahulukan kalimah mati daripada kalimah hidup sedangkan kita hidup dulu baru mati.. Kematian tidak akan ada tanpa kehidupan.. Ini menunjukkan kematian itu lebih utama daripada kehidupan untuk kita dahulukan. Kerana ujian kematian lebih sukar dan dasyat. Dialah pemutus kepada amalan kita. Semoga Allah mematikan kita di atas kalimatain syahadatain :
لا اله إلا الله محمد رسول الله
Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim!
Andai kejayaan ini boleh mendekatkan aku kepadaMu dan menjadikan ia wasilah dalam mencari REDHAMU, memudahkan aku sampai kepadaMu, menjadikan aku hamba yang mengenal erti kehambaan kpdMu, Aku pohon Engkau berikan kejayaan itu kpdKu dgn rahmatMu bukan dengan daya usahaku kerana tidak ada daya dan upaya melainkan drMU..
Ameen Ya Mujibassaailien..
لا حول ولا قوة إلا بالله
salam...
ReplyDeletebila kematian lebih penting dari kehidupan,itu bermakna dalam urusan dunia juga,kita wajib sandarkan pada akhirat yang bakal kita tujui dengan selepas kematian..
kerana apa yang kita lakukan di dunia akan menentukan apa yang akan kita terima disana nanti..
betulkan ustaz??kalu ada yang tersilap harap dibetulkan...
............syukran...........
wslm..
ReplyDeletebenar sekali..
afwan..