"bayar duit tiket kat Ust Yus, 5000 genih tu (kena mntk royalti ni.. tlg promosi..hehe..)"
Setelah berfikir sampai kepala pun naik pening nak balik ke tidak, akhirnya ana buat keputusan untuk balik jgk ke Malaysia.. walaupun ada sebahagian sahabat-sahabat yang menasihati ana supaya tunggu sehingga natijah keluar dan ada yg nasihat supaya pegi ke Yaman dulu, talaqqi kat sana untuk daurah nanti, alang-alang dah dtg Mesir ni. Kata mereka. Bukanlah maknanya bila ana balik Malaysia pandangan sahabat-sahabat, ana tak terima. Namun hati ana tidak dapat menolak harapan Ma, Abah dan adik-adik ana yg selalu mengukapkan kata-kata rindu setiap kali ana menelefon mereka. Lebih-lebih lagi adik bongsu ana yang baru bersekolah darjah satu, soalan yg biasa dia tanya bila bercakap dengan dia. "Abang Amin bila nak balik?Baby rindula kat abang Amin, Lama dah Baby tak tengok Abang Amin, balik la Abang Amin, Baby rindu sangat kat Abang Amin" Hati Abg mana yg tak tersentuh dgn pujukan adiknya yang baru darjah satu, budak-budak yg belum kenal erti rindu namun mengukapkan kalam rindu pada seorang abangnya yang jauh diperantauan. "Nanti Abang balik la" balas ana.
Kalau cakap pasal balik, takde org yg tak nak balik. Bak kata org "Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri" tapi baik lagi kalau tak hujan.hehehehe.. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak kampung halaman..
Lagipun ana ambik tiket return.. dengan kata lain ana akan datang lagi ke Mesir.. bukan balik terus. Sekurang-kurangnya terubat sedikit kerinduan. Tahun depan boleh pegi Yaman. InsyAllah klu ada rezeki..
Teringat satu kata-kata "Yg Ditinggal lebih perit daripada orang yang meninggalkan kita" Maknanya kalau kita rasa perit berjauhan daripada mereka, mereka lebih perit kerana ditinggalkan kita.. Hidup ini nak tak nak kita terpaksa terima hakikat setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Yg abadi hanyalah di sana.. Ya Allah kumpulkan kami di syurgaMu buat selamanya. Jangan pisahkan kami. Ameen Ya Rabb..
Ma, Abah, adik-adikku, abang-abangku nantikan kepulanganku.. sesungguhnya hati ini terlalu merindui kalian..
salam ...
ReplyDeletecam kenal jer org yg pakai baju merah tu...hehehee
Salam berbalas kunjungan.
ReplyDeleteSemoga dengan kepulangan mengubat rindu dan menaikkan lagi semangat untuk belajar.
SALAM ZIARAH. Semoga berjaya dalam imtihan. Tanah rendah sekebun bunga menanti kepulangan para alim dari bumi anbiya.
ReplyDeleteIkhlas bila menulis dan menulislah dengan ikhlas.
HARIRI DAUD
www.hariridaud.wordpress.com