Skip to main content

Blog oh blog..

Kat atas tu screenshot analytics nuffnang pengunjung ke blog saya untuk minggu ini. Tak disangka bilangan pengunjung yang menyinggah di sini semakin meningkat sehingga 1343 views dan sebanyak 503 uniques (bukan orang yang sama) dalam tempoh seminggu. Walaupun tidak setanding saifulislam.com namun saya terus mengorak langkah untuk menjadikan blog sebagai medium dakwah. Apa guna ada blog yang cantik, diupdate hari-hari entrynya, pelbagai idea dilontarkan andai tiada yang membaca. Dengan kata lain mesej yang kita nak sampaikan tidak akan kesampaian.

Entry ini bukanlah bertujuan untuk berbangga diri tetapi sebagai motivasi untuk saya agar terus menulis dan menulis untuk menyampaikan mesej Islam. Nak gi berperang kat Palastein rasa macam tak mampu dah. Takkan nak berperang depan laptop pun tak mampu kot?? hehehe..

Saya mula mengenali dunia blog sebelum saya ke Mesir. Perasaan ingin memiliki blog sendiri timbul apabila melihat blog kawan saya yang berada di Syiria ketika itu. Ust Nizar aka arjuna di www.syifaarjuna.blogspot.com. Sekarang dah jadi imam di masjid kat Selangor. Tetapi impian hanya tinggal impian kerana saya tidak tahu di mana ingin bermula. Memandangkan ketika itu saya masih di KUSZA, kemudahan internet yang terbatas dan tidak memiliki laptop sendiri kerana PC saya telah hilang dicuri. Itu cerita lama. hehehe.. takde rezeki nak buat macamana kan??

Apabila berada di Mesir, saya mula berjinak-jinak dengan blog dan juga forum terutamanya www.iluvislam.com. Dengan kemudahan internet di depan mata, rugi rasanya kalau tidak dimanfaatkan untuk Islam. Akhirnya saya cuba belajar sendiri dari tutorial yang ada di internet dan akhirnya lahirlah www.al-amindaud.blogspot.com seperti yang kawan-kawan dapat lihat sekarang.

Selepas beberapa episod berlalu, perasan give up mula timbul. Idea macam ada tetapi tidak tahu bagaimana untuk dilontarkan. Mudah untuk disampaikan melalui lisan tetapi begitu kaku untuk diluahkan melalui tulisan. Rasa nak delete je blog masa tu. hehehe.. Dengan sedikit kekuatan saya cuba menempis segala anasir yang datang dengan niat ingin melakukan sesuatu untuk Islam.

Saya berharap saya terus thabat dalam lapangan ini. Terima kasih kepada sahabat sahabiah yang sudi meluangkan masa untuk membaca dan menyinggah di teratak ini. Tanpa kalian siapalah saya?? Sebarang komen dan pandangan amatlah dihargai. So. jangan lupa untuk mencoretkan sesuatu sebelum pergi kerana perkongsian itu menujukkan kita saling menyayangi sesama Islam. Sharing is caring. Ana akhukum fil Islam..

Comments

  1. first to komen. xde keje sbnrnye. smbil reply shoutbox, singgah jap sini.
    majulah blogger utk negara!

    ReplyDelete
  2. Syukran syeikh.. blogger utk Islam.. tapi blog ana xsemantap blog enta..hehehe..nak kena bljr lg ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa